28 March 2012

NFC project - No need new tender, we need the Agro Minister to tender his resignation...

The federal government will call for a tender for interested companies keen on taking over the troubled National Feedlot Corporation (NFC) project. Agriculture and Agro-based Industries Minister Noh Omar said today that the federal government was serious in ensuring that the project continues as planned.
 

According to Bernama, Noh said that this plan has been endorsed by Prime Minister Najib Abdul Razak and his deputy Muhyiddin Yassin.

"We have appointed a independent auditor because we are serious (to continue this project).


"We are also in the second process of calling for a tender for any interested companies," he said during the ministerial winding up speech during the debate on the motion of thanks for the royal address.


During his speech, Noh did not mention whether outgoing cabinet minister Shahrizat Abdul Jalil's family will lose the project. He also did not mention if the federal government would seek an reimbursement of the RM250 million soft loan to Shahrizat's family.

Troubles involving the NFC were first revealed in the Auditor-General Report 2010, which showed that the company had failed to meet targets set by the federal government in 2007. Following this, PKR produced documents which showed that the RM250 million soft loan was abused for several investments that were not related to the cattle-rearing industry. 

This includes the purchase of several plush condominium units in Kuala Lumpur and abroad, venturing into the restaurant and supermarket industry and a plot of prime land in Putrajaya. After months of denying any wrong doing, Shahrizat announced on March 11 that she would not be re-appointed as a senator when her term expires on April 8. 

A day after her sudden announcement, her husband Mohamad Salleh Ismail was charged with two counts of criminal breach of trust and two counts of violating the Companies Act 1965.- malaysiakini

Najib covering up scandal with new NFC bids




Projek NFC - tak perlu tender, apa yang perlu Menteri Agro 'tender' perletakkan jawatannya...

Kerajaan akan membuka tender kepada mana-mana syarikat yang berminat untuk mengambil alih projek ternakan lembu daging Perbadanan Fidlot Nasional (NFC), kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar.
  
Beliau berkata kementerian itu serius untuk memastikan projek tersebut dapat diteruskan dan berjalan lancar seperti yang dicadangkan sebelum ini. Menurutnya, cadangan mempelawa syarikat lain meneruskan projek itu telah diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum ini dengan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin diminta diminta memastikan projek itu diteruskan, lapor Bernama.
  
"Kita telah melantik juruaudit bebas kerana kita serius (untuk teruskan projek ini). Kita juga dalam proses kedua iaitu membuka tender projek untuk diteruskan oleh mana-mana syarikat yang berminat," katanya ketika menggulung usul menjunjung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong bagi kementeriannya di Dewan Rakyat hari ini.
  
Isu NFC berbangkit apabila didakwa telah menyalah guna peruntukan kerajaan sebanyak RM250 juta untuk projek pengeluaran daging. Dalam ucapannya, Noh tidak menyebut sama ada keluarga menteri kabinet Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil akan kehilangan projek tersebut.

Beliau juga tidak menyebut sama ada kerajaan persekutuan akan mendapatkan semula pembayaran daripada pinjaman mudah RM250 juta kepada keluarga Shahrizat.


Masalah yang melibatkan NFC pertama kali didedahkan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2010, yang menunjukkan syarikat itu gagal memenuhi sasaran yang ditetapkan oleh kerajaan persekutuan pada tahun 2007.


Berikutan ini, PKR mengeluarkan dokumen yang menunjukkan bahawa pinjaman mudah RM250 juta didakwa telah disalahgunakan untuk beberapa pelaburan yang tidak berkaitan dengan industri pemeliharaan lembu.

Ini termasuk pembelian beberapa unit kondominium mewah di Kuala Lumpur dan luar negara, meneroka industri restoran dan pasar raya serta sebidang tanah di Putrajaya.


Selepas berbulan-bulan menafikan sebarang salahlaku, Shahrizat mengumumkan pada 11 Mac bahawa beliau tidak akan dilantik semula sebagai senator apabila tempohnya tamat pada 8 April.


Sehari selepas membuat pengumuman tersebut, suaminya Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail didakwa atas dua tuduhan pecah amanah jenayah dan dua tuduhan melanggar Akta Syarikat 1965.-malaysiakini



cheers.

No comments: