10 March 2012

Bare denials not good enough, Rafizi tells Najib...


Prime Minister Najib Razak has been told either to confirm or deny the veracity of the document produced yesterday, which allegedly showed the Prime Minister's Office (PMO) had footed the bill for his daughter's engagement party.

PKR strategies director Rafizi Ramli said that while the PMO had swiftly denied the allegation, it did not address the Banquet Event Order (BEO) from Shangri La Hotel which showed the booking and payment instructions were dealt with by the PM's office.


"PMO's demand for my instant apology is premature at this juncture as the two paragraphs statement consists of only mere denials without any hard evidence or facts that can support the denial.


"Nor did the PMO dispute the veracity of the BEO document produced against the prime minister," he said in a statement today.


Rafizi said if premier wants to clear his name, he has to:


  • Confirm or deny that the engagement party cost as much as specified in the BEO document.
  • Confirm or deny the veracity and authenticity of the document that the PMO had footed the bill.
  • Instruct PMO to produce the original copy of the purchase order sent to Shangrila Hotel to ascertain which party was responsible for the order.
  • Instruct the PMO to produce a snapshot of the accounting transaction to ascertain if the order were recorded in the government's accounting system.
  • Instruct the PMO to produce the original invoice sent to Shangri La Hotel to determine if the whole expenses was charged personally to Najib as claimed.
  • Instruct the PMO to produce the original snapshot of the accounting transaction from the government's accounting system which recorded the invoice sent by Shangri La Hotel, to ascertain whether the liability to pay the invoice was ever recorded.
  • Instruct the PMO to produce the original payment voucher made to Shangri La Hotel to ascertain the party which first settled the bill.
  • Produce his personal cheque used to pay, or his bank statements, or any third party records of his financial transactions as proof of payments to substantiate his claim that the bill was footed by him.
NONE

Rafizi, who is a chartered accountant by profession, said if all the evidence can be produced, only then will the rakyat be satisfied that public money was not used to pay for Najib's daughter's engagement party.

"Unless these eight questions and hard evidence are produced to the public, he will grapple with the public perception that despite his massive campaign to portray him as a clean and transparent prime minister, he is no different from his other colleagues in the cabinet who allegedly use the public fund for personal gains."


Yesterday, Rafizi
claimed that, based on the BEO document, the PMO was billed RM409,767 for his daughter's engagement party on June 17 last year.


Najib's daugther Nooryana Najwa, 23, is engaged to Daniyar Nazarbayev, 23. A trip to Astana, Kazakhstan last year for the pre-engagement ceremony courted controversy as opposition figures claim that public funds were abused to pay for Najib's family trip.- malaysiakini

Prove PMO did not pay for engagement dinner, Rafizi tells Najib



Najib, kemukan bukti biayai anak bertunang...

Sambil menegaskan bahawa tidak timbul soal beliau memohon maaf, Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli sebaliknya meminta Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menjawab lapan perkara dengan mengemukakan dokumen rasmi sebagai bukti perbelanjaan pertunangan anak perempuannya tidak dibayar oleh rakyat.

- Pertama, Najib perlu mengesahkan sama ada perbelanjaan yang tertera seperti dokumen Hotel Shangrila itu adalah perbelanjaan majlis pertunangan anak beliau;

- Kedua, Najib perlu mengesahkan sama ada dokumen Banquet Event Order (BEO) yang dikemukakan olehnya (Rafizi) adalah dokumen yang sah dan bukannya palsu;

 

- Ketiga, Najib perlu mengarahkan Pejabat Perdana Menteri
mengemukakan kepada rakyat salinan Purchase Order (dokumen tempahan) yang dihantar kepada Hotel Shangrila untuk menentukan pihak manakah sebenarnya yang bertanggungjawab membuat tempahan tersebut;

- Keempat, Najib perlu mengarahkan Pejabat Perdana Menteri mengemukakan rekod perakaunan dari sistem perakaunan Kerajaan Malaysia yang merekodkan Purchase Order tersebut, bagi menentukan sama ada tempahan direkodkan sebagai tanggungan Kerajaan Malaysia;

- Kelima, Najib perlu mengarahkan Pejabat Perdana Menteri mengemukakan kepada rakyat salinan invois yang dihantar oleh Hotel Shangrila kerana ia boleh menjadi bukti bahawa ia dicaj kepada Perdana Menteri atas kapasiti peribadi beliau ataupun ditanggung oleh Kerajaan Malaysia;

- Keenam, Najib perlu mengarahkan Pejabat Perdana Menteri mengemukakan rekod perakauan dari sistem perakaunan Kerajaan Malaysia yang merekodkan invois tersebut, bagi menentukan sama ada bayaran akan dibuat oleh Kerajaan Malaysia;

- Ketujuh, Najib perlu mengarahkan Pejabat Perdana Menteri mengemukakan baucer bayaran yang dibuat kepada Hotel Shangrila untuk menentukan siapakah yang mula-mula sekali menyelesaikan tanggungan belanja majlis tersebut; dan

- Kelapan, Najib perlu mengemukakan bukti bayaran yang dibuat oleh beliau dan keluarga beliau untuk menanggung perbelanjaan tersebut; termasuklah salinan cek, penyata bank atau dokumen-dokumen lain dari akaun bank peribadi beliau.


"Sekiranya perdana menteri berjaya mengemukakan dokumen-dokumen tersebut dan membuktikan tidak pernah sekalipun caj tanggungan berjumlah hampir setengah juta itu direkodkan sebagai tanggungan Kerajaan Malaysia, barulah rakyat Malaysia boleh berpuas hati bahawa majlis mewah untuk pertunangan anak beliau itu tidak ditanggung rakyat Malaysia," tegas Rafizi dalam satu kenyataan.



Nooryana Najwa Najib and Daniyar NazarbayevJika tidak, tambahnya, perdana menteri akan berdepan dengan persepsi rakyat bahawa beliau pun tidak ubah seperti menteri-menteri lain di dalam kabinetnya yang didakwanya, menggunakan wang rakyat dengan sewenang-wenangnya untuk bermewah bagi tujuan peribadi.  

Menurut Rafizi, beliau menyambut baik kenyataan rasmi yang pantas dikeluarkan oleh PMO menafikan bahawa perbelanjaan majlis pertunangan anak Najib pada 17 Jun 2011 lalu dibiayai oleh wang rakyat melalui Pejabat Perdana Menteri, walaupun dokumen dari Hotel Shangrila yang mengendalikan majlis secara jelas menunjukkan semua urusan tempahan dan bayaran dibuat melalui PMO.

"Persoalan saya memohon maaf tidak timbul kerana kenyataan dua perenggan itu hanyalah satu penafian, tanpa ada sebarang bukti atau fakta yang boleh menafikan kesahihan dokumen atau tuduhan yang  dibawa terhadap Perdana Menteri.

"Dalam suasana kepercayaan rakyat terhadap iltizam BN memerangi rasuah adalah sangat rendah, penafian semata-mata tidaklah mencukupi. Apatah lagi apabila dokumen yang dibawa menjadi bukti kukuh bahawa Pejabat Perdana Menteri mengendalikan urusan tempahan dan bayaran bagi majlis itu," tambahnya. - malaysiakini


Dr Tan: Siapa biaya kos pertunangan anak Najib?

Onyourtoes - A backdoor minister can secure for her family hundreds of million, you don’t tell me a sitting PM cannot abuse 500k. This is chicken feed. Just like Kutty always said he and the government has made billionaires out of many so are you going to believe they themselves are not billionaires? By the way why ask PM directly. You should ask the Chief Secretary to the Government or the Accountant Genearal. Make them earn their own upkeep. Make them come out to confirm and deny who has paid for the engagement function.

Betul punya Satu Malaysia - Hello Jib, Betui jugak apa yang di katakan oleh Rafizi tu....Yang Hang ni asyik nafi sini sana tapi tak bagi bukti bahawa wang kerajaan tak di pakai untuk perkahwinan anak Rosmah tu, macam mana????Kalau nak Rakyat betul-betul percaya, bukti mesti di tunjuk, bukan setakat menafi sahaja....Tak kan Rosmah tak tau!!!

MPA - If this is true, then I have this to say: Dear fellow Malaysians, it looks like all of us had been taken for a ride by our beloved and caring PM.He is going round the whole country giving RM500 BR1M to needy households (monthly income of below RM3,000) to feed the whole family for the year. At the same time, he is feeding his in-laws, relatives and selected friends (those earning above RM3,000) with dinner costing RM500 for a single meal.

What!!! RM400,000 for daughter's party, RM500 for BR1M???

cheers.

1 comment:

Anonymous said...

Mungkin Najib akan jawab..."hello, aku PM, hangpa sapa? just shutup!!"