14 July 2011

Bik Mama banyak duit nu.....

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) didesak supaya menyiasat sumber kewangan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor hingga beliau mampu untuk memiliki cincin dan gelang tangan bertatahkan berlian.Ahli Parlimen Pokok Sena, Dato’ Mahfuz Omar berkata, SPRM harus menjalankan siasatan segera bagaimana, Rosmah sebagai seorang suri rumah mampu memakai cincin dan gelang tangan berlian.

Selepas tersiar dalam laman-laman web mengenai cincin berlian milik Rosmah bernilai RM73 juta yang diimport dari Amerika Syarikat tanpa membayar cukai, tersebar pula gambar Rosmah juga memakai gelang tangan berlian seberat 65 karat bernilai RM1.65 juta.

“SPRM mesti telus dalam siasatannya. Di mana Rosmah dapat wang, pada hal beliau hanya seorang suri rumah sahaja,” kata Mahfuz ketika dihubungi FMT hari ini. Beliau yang juga Naib Presiden PAS menegaskan bahawa sudah tentu Rosmah tidak mampu. Begitu juga suaminya (Datuk Seri) Najib Tun Razak tidak akan mampu membelinya dengan gaji sebagai seorang perdana menteri.

“Kita bimbang berlaku penyelewengan. Kemungkinan ada pihak-pihak yang berkepentingan yang ‘memberi’ barang-barang mewah itu kepada Rosmah.

“Maka kita pun nak tahu apa yang mereka dapat daripada Rosmah sehingga mereka sanggup menghadiahkan barang-barang yang sangat bernilai itu,” terang beliau.

Mahfuz berkata,sekiranya Rosmah menggunakan wang dari orang ramai (taxpayers’ money) sepertimana yang didakwa oleh setengah- setengah pihak, siapa yang bertanggungjawab melulus dan mengeluarkan wang untuk Rosmah.

“Memandangkan sudah ada pihak yang membuat laporan kepada SPRM, suruhanjaya itu harus menjalankan siasatan segera berhubung cincin dan gelang tangan itu,” katanya.
Presiden Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin telah membuat laporan di pejabat SPRM di Pulau Pinang kelmarin berhubung dengan cincin berlian ini.

Najib, Rosmah ada kepentingan

Beliau yakin Najib dan Rosmah ada kepentingan dalam perkara ini, lagi pun kedua-dua item ini tidak dikenakan cukai dari Jabatan Kastam.

“Kita harus ingat bahawa Jabatan Kastam terletak di bawah Kementerian Kewangan dan Najib adalah juga Menteri Kewangan,” tegas beliau.

Mahfuz berkata, kita harus mencari jalan bagaimana untuk mendesak supaya Najib mengambil cuti atau digantung tugasnya sebagai perdana menteri sementara siasatan dijalankan terhadap beliau dan Rosmah.

“Memandangkan Yang DiPertuan Agong tidak mempunyai kuasa untuk memecat Perdana Menteri, maka kita harus mencari jalan supaya beliau (Najib) mengambil cuti atau jawatannya digantung buat sementara,” terang beliau.

Kelmarin, beberapa blogger melaporkan bahawa cincin berlian berharga RM73 juta itu dibawa masuk ke negara ini melalui syarikat Jacob & Co, milik Jacob Arabo, seorang ahli perniagaan berbangsa Yahudi.

Sementara blogger lain, “Semut and Papan Kekunci” menyiarkan gambar Rosmah memakai gelang tangan berlian seberat 65 karat berharga RM1.65 juta.

Dalam perkembangan yang lain, Mahfuz memberitahu bahawa Najib akan mengimpot empat atau lima buah kereta mewah tidak lama lagi dan beliau pasti Najib tidak membanyar duti import yang mencecahkan jutaan ringgit itu.

“Sebagai Menteri Kewangan di mana Jabatan Kastam terletak di bawah kawalseliaannya, saya yakin beliau tidak akan membayar cukai import,” katanya.

source:FMT

Meet Jacob the jeweller

cheers.

3 comments:

Anonymous said...

kenapa diam membisu aje?
nafi lah!
saman lah!

rakyat yang sokong DSNajib* mesti di yakinkan
sekurang2nya DSNajib bersumpah kat masjid masa fitnah altantuya dulu

sekarang rosmah apa cerita?

*sayang kat DSNajib tak semestinya sayang kat rosmah

Anonymous said...

assalamualaikum semua

sy org pas tetapi sebagai org islam kita jgn tuduh sembarangan. cek dulu fakta...benar ke wujud cincin semahal itu? cuba cek dlm internet search "the world's most expensive diamond ring". berpandu kan itu...baru kita buat rumusan.

jgn begitu mudah buat dosa tak tentu pasal...tak berbaloi di akhirat kelak.

salam perjuangan

Anonymous said...

The ring was exported by Jacob & Co, a New York-based firm, and imported care of Malca Amit through one Jeremy Beh Sin Tee. It was also stated that inspection was to be done by Rosmah herself.

The declarant was an A Krishnan, an operation manager and the invoice number 20110002294 dated 15 April 2011. The agent was Airoceanic Express Sdn Bhd, which is based in Petaling Jaya.

The ring was described as a 'Natural Fancy Blue Gray Cushion Cut Diamond Ring'. The full price stated was RM24,458,400-00 and no duty was stated in the column where the Customs normally inserts the amount.

Btw, tarikh yang dipaparkan pada gambar skrin adalah bersamaan dengan Najib pergi amerika dengan Rosmoh april 2011 ini keratan berita :

SEPANG, 9 April -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berlepas ke Amerika Syarikat Jumaat malam untuk lawatan kerja ke Washington dan New York bermula 10 hingga 16 April.

Najib, yang diiringi isteri Datin Seri Rosmah Mansor, berlepas dengan pesawat rasmi kerajaan kira-kira pukul 9.20 malam di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) di sini.