23 July 2011

Sapa yang tak berperikemanusiaan....

Peserta demonstrasi jalanan anjuran pembangkang telah diajar dengan taktik-taktik tertentu bagi menampakkan tindakan polis terhadap mereka seolah-olah ganas dan tidak berperikemanusiaan.

Perkara itu diakui sendiri oleh bekas Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR) negeri, Aminah Abdullah yang pernah terbabit dalam beberapa perhimpunan haram dahulu. Jelasnya, mereka yang diarah bertindak sedemikian akan menerima habuan tertentu seperti wang ringgit.

“Dulu semasa berdemonstrasi kalau polis pegang sikit anggota badan, kita akan meronta-ronta bagi memaksa polis pegang kita dengan lebih kuat dan kadangkala sehingga baju terkoyak supaya nampak seperti tindakan ganas.

“Ada ketika juga kita disuruh duduk di atas jalan, supaya polis terpaksa mengheret kita,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.




Anda saksikanlah video di atas ini dan pikiaq2 mai apakah budak yang ditahan itu berlakon?

Tanya diri sendiri, setelah ditangkap dan digari kenapa pegawai tersebut masih melakukan tumbuk curi atas orang yang ditangkap?


Kalau ini bukan zalim namanya apakah jadahnya?
atau mungkin polis ini berlakon kot.....

cheers.

1 comment:

Anonymous said...

Bukan polis kata mereka tak ertindak ganas. Malah tunjuk video lagi nak bukti akan sifat perikemanusiaan mereka.