29 November 2007

Dah untung dari kutipan tol,mau pampasan lagi.....

Tol bagi 4 buah lebuhraya - Lebuh Raya Utara-Selatan,Prolintas
(Ampang-Hulu Klang),Sprint dan Jambatan Pulau Pinang, tidak akan
dinaikkan buat masa ini,sedangkan tol bagi 5 lebuhraya lain tolnya dinaikkan antara 7% hingga 50% seperti yang termaktub dalam perjanjian konsensasi itu.

Menurut Samy Vel,gomen terpaksa belanja sebanyak RM242 juta sebagai bayaran pampasan ganti rugi kepada pihak konsensasi yang mengendalikan kutipan tol di lebuhraya-lebuhraya tersebut.

Adai Samy Vel...itu hari U ada cakap bahawa kutipan tol yang diperolehi oleh syarikat konsesi daripada pengguna lebuhraya adalah sebanyak RM 23.7 juta.Pada tahun 2006 U punya gomen ada bayar pampasan ganti rugi sebanyak RM38.5 juta. Ini bererti pihak konsesnsi telah meraihkan sebanyak RM62.2 juta daripada gomen dan pengguna lebuhraya. Bukankah ini satu bentuk 'highway robbery'? Apa pasai U mau bayar sama itu penyamun lagi?,mungkin,U ada dapat sikit dari belakang...

Adai Samy Vel....Pengendali kutipan tol jambatan Pulau Pinang,Penang Bridge Sdn. Bhd. (PPSB),mengumumkan bahawa perolehan daripada kutipan tol jambatan Pulau Pinang adalah sebanyak RM146 juta dan gomen pula telah bayar pampasan sebanyak RM 22 juta,kerana tidak benar mereka menaikkan tol. Ini bererti PPSB telah meraih keuntungan sebanyak RM188 juta. Awat PPSB dok rugi lagikah atau penyamun-penyamunnya masih tak cukup duit untuk nak makan?

Adai Samy Vel...RM 242 juta itu kacang putih saja,U punya bos Pat Lah dulu ada kasi RM600 juta untuk diberikan kepada 191 bahagian UMNO semasa persidangan UMNO tahun lalu dan RM600 juta lagi dijanjikan sebelum pilihanraya ini.Apa mau susah pasal wang....?

Samy Vel juga berkata bahawa cadangan untuk menaikkan tol kepada 6 buah lebuhraya lain adalah berdasarkan kepada lebuhraya-lebuhraya tersebut sangat kurang digunakan pemandu. Bila ditanya adalah keputusan tidak menaikkan tol ini disebabkan pilihanraya,Samy Vel menjawab,"If it is because of the election, then toll should be free of charge."

Tapi,lepas pilihanraya tol semua lebuhraya akan naik........

cheers.

3 comments:

Unknown said...

Tadak, kita tamau kasi itu toll naik tapi dia sindri mau naik.

ali allah ditta said...

Cikgu,

Pasai barang Samy boleh naik,maka tol tak naik...

cheers.

Maverick SM said...

Toll, toll, toll, bayar, bayar, bayar, hingga tak da wang untuk nasi dan anak.

Bila kah akan rakyat bankrupt?