10 November 2007

Lets walk and not talk for a fair pilihanraya......

Pat Lah dalam ucapan penutupnya di PWTC,berkata,"Permintaan pihak pembangkang seperti penggunaan dakwat tidak boleh hilang untuk menyekat pemilih mengundi lebih daripada sekali telah diterima oleh Suruhanjaya Pilihanraya (SPR). Di samping itu, katanya, SPR juga menyediakan tong undi yang telus cahaya yang boleh dilihat didalamnya dan lain-lain yang boleh mereka rundingkan dengan suruhanjaya tersebut.

Setakat tong undi yang telus cahaya dan dakwat yang tidak boleh hilang tidak semestinya gerenti penyelewengan tidak akan berlaku.Apa yang penting daftar pemilih juga hendaklah telus,yang boleh digunakan oleh semua pihak,termasuk pembangkang,bukan berubah-ubah setiap minit. Soal rasuah politik,penggunaan jentera kerajaan dalam kempen pilihan raya, penggunaan pihak berkuasa polis dan agensi-agensi kerajaan dan separa kerajaan hendaklah dihentikan. Semua orang tahu BN dan Umno menggunakan kemudahan-kemudahan ini dan memperkudakan ,polis dan media massa untuk menyekat,ugut dan berkempen habis-habisan ketika pilihan raya sedangkan suara pembangkang disenyapkan.

Demokrasi jenis apa ni Pat Lah? Pat Lah,you ajak UMNO dan rakyat mengejar kemajuan kelas pertama,go glocal konon,tapi, fikiran you,UMNO dan BN masih lagi third class.

Aku,turun esok,jumpa di Mesjid Negara, kalau nasib malang akan menghadapi pasukan topi merah dan itulah risiko yang terpaksa dihadapi.

Aku harap rakan bloggers lain serta rakan siber yang dok komen tu... lets walk not talk,talk only……

cheers.

3 comments:

Unknown said...

sori, tuan tak kenai saya. Bakaq penarik beca sms saya tanya tuan punya no handphone. Dia terperangkap dekat lrt.

ali allah ditta said...

macam mana aku nak bagi,masa tu kan aku masih dok lari dihambat si polis mangkok hanyut dan baru aku buka komputer pukoi 9.30 malam ni...

Unknown said...

Aku harap hang tak apa2. Hang kontek la dia pasai apa. Aku nak bagi no phone dia disini leceh nanti banyak orang tau. Kalau hang tak ada no dia hang email aku cikgunazir@gmail.com