07 September 2017

Li Chunrong bakal CEO Proton...

Photo published for Proton terima CEO baharu dari China?

Khabar angin bertiup mengatakan Zhejiang Geely Holding bakal melantik warga China sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) syarikat kereta nasional, Proton.

Menurut laporan China Press yang memetik agensi berita China Xinhua, bekas timbalan pengurus besar Dongfeng Honda Engine Co Li Chunrong yang menyertai Geely 22 Ogos lalu bakal dilantik memegang jawatan itu.

Menurut laporan itu lagi, Li dibawa masuk ke Geely khusus untuk peranan itu.

Namun, kedua-dua Geely - pemegang 49.9 peratus saham Proton - dan Proton tidak mengesahkan khabar angin itu. 

Jabatan Komunikasi Korporat Geely memberitahu China Press pihak mereka hanya akan mengeluarkan kenyataan berhubung CEO baru Proton pada waktu yang sesuai.

CEO Proton Datuk Ahmad Fuaad Mohd Kenali juga enggan mengulas dakwaan itu.

Walaupun dengan pengalaman dalam industri automotif, laporan itu mendakwa Li kurang berpengalaman dalam operasi di negara luar, terutama berkaitan perkembangan ke pasaran antarabangsa.


Image may contain: 2 people, text

Pada Mei lalu, DRB-Hicom menjual 49.9 peratus sahamnya kepada Geely.

Urusniaga itu juga menyaksikan syarikat automotif China itu menguasai 51 peratus pegangan dalam Lotus Advance Technology Sdn Bhd.

Pengerusi Geely Li Shufu sebelum ini berkata keutamaan mereka adalah untuk memulihkan Proton secepat mungkin.

Sebelum urusniaga itu, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata kerajaan tidak akan campur tangan dalam setiap keputusan yang diambil Proton, namun menyifatkan usahasama dengan Geely adalah positif memandangkan syarikat itu berjaya memulihkan Volvo.

Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Johari Abdul Ghani pula tidak tahu-menahu berhubung dakwaan lantikan CEO baru itu.

"Saya perlu periksa dulu, tetapi ini syarikat persendirian dan tiada kaitan lagi dengan kerajaan.

"Terpulang kepada rakan niaga mereka untuk melantik sesiapa sahaja sebagai CEO," katanya ketika dihubungi. - mk

Photo published for Saksi bimbang bantu siasatan jenayah 1MDB, kata FBI
Saksi 1MDB Terlalu Takut 
Uuntuk Bercakap...

Penyiasat Amerika Syarikat yang menjalankan siasatan jenayah terhadap dana berkaitan 1MDB menghadapi masalah kerana beberapa individu yang mungkin menjadi saksi, terlalu takut untuk bercakap, lapor rangkaian media AS, Bloomberg.

Sesetengahnya di “negara-negara asing” yang telah membantu siasatan jenayah, bimbang dengan keselamatan mereka, sementara yang lain mengatakan ia terlalu berbahaya untuk bekerjasama, kata Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) dalam satu pemfailan di Mahkamah Persekutuan di Los Angeles semalam.

Laporan itu menyebut bahawa FBI telah meminta supaya dirahsiakan nama-nama pemberi maklumat daripada pihak yang didakwa dalang konspirasi 1MDB itu.

Individu-individu berkenaan berkata mereka bimbang untuk meletakkan “keselamatan diri mereka dan keluarga mereka dalam risiko yang serius, kata FBI dalam pemfailannya itu.

Bulan lalu, Jabatan Kehakiman AS (DOJ) memohon supaya samannya untuk merampas keuntungan dari pengeluar filem Red Granite, serta 12 saman berkaitan 1MDB, ditangguhkan agar tidak menjejaskan siasatan jenayah terhadap perkara itu.

Aset yang disasarkan itu diperoleh oleh Low Taek Jho, yang juga dikenali sebagai Jho Low; Riza Aziz, anak tiri Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak; dan Khadem al Qubaisi, bekas pengarah urusan International Petroleum Investment Co (Ipic) Abu Dhabi.


Related image

Laporan berita Malaysia dipetik

Pihak-pihak yang terlibat dalam saman berkaitan 1MDB itu telah meminta mahkamah supaya meneruskan prosiding.

FBI juga memetik laporan berita Malaysia, di mana pegawai tempatan ditangkap kerana peranan mereka dalam siasatan dakwaan penyelewengan dalam 1MDB dan pemandu bekas peguam negara Tan Sri Abdul Gani Patail, yang ditembak di rumahnya di Ampang Perdana lewat bulan lepas.

Berikutan dakwaan skandal 1MDB yang terdedah dua tahun lalu, pihak berkuasa Malaysia, termasuk Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), polis dan Bank Negara Malaysia (BNM) memulakan siasatan mereka terhadap dakwaan penyelewengan dana milik negara itu.

Pada 27 Julai 2015, perkhidmatan Gani ditamatkan secara tiba-tiba, dilaporkan kerana masalah kesihatan, dan beliau digantikan oleh Tan Sri Mohamed Apandi Ali.

Siasatan AS terhadap 1MDB adalah sebahagian daripada usaha global untuk mengesan berapa banyak daripada AS$6 bilion (RM25.51 bilion pada kadar semasa) yang dikumpulkan 1MDB untuk projek-projek pembangunan, yang didakwa telah diselewengkan atau terlibat dalam pengubahan wang haram.

Switzerland, Singapura dan Luxembourg adalah antara negara yang turut menyiasat peranan yang dimainkan oleh bank dan individu dalam skandal 1MDB. - mk

1MDB Stolen Funds Witnesses Are Scared to Talk, FBI Says

SEA Games 2017...

The just-concluded South East Asian Games 2017 has shown the sinister side of Malaysians. The audacity of our supporters to chant, in unison, “Singapore Anjing” during a football match between the two neighbours was disgraceful indeed. If anything, it goes to show the level our youths have descended to, courtesy of an education system that has gone awry due to an overdose of race and religion in schools’ curriculums.

I don’t blame the system; it is the people behind the system who are at fault. The easiest way to frighten the Malays into supporting the ruling coalition is to impress them that the Chinese are out to wrest control of the government and destroy Islam. How naïve could they be? Divide and rule, a divisive methodology employed by the British, is here to stay.

Then there was the exhortation by Deputy Prime Minister Ahmad Zahid Hamidi during an assembly of pensioners at the Malaysia Agro Exposition, Serdang on August 14. In his opening remarks he urged pensioners to remain loyal to the government reminding them “to show gratitude to Allah by being thankful to the government, which has given them a good life”.

Zahid said the government had disbursed over RM20 billion in pensions and was committed to providing pensioners with better facilities such as quality healthcare. “Never bite the hand that feeds you,” he reminded. 


Image result for zahid warns pensioners Never bite the hand that feeds you

I am a pensioner and I have this to say, “Pension is an entitlement not a privilege, so whoever is the government has to honour the pledge”. Zahid too shouldn’t forget not to ‘bite the hand that feeds him’ because it is the rakyat who feed the administration.

I sacrificed my life for 30-odd years bearing arms for King and Country so people, like DPM Zahid, can have a sound sleep and a good life. My political leanings and orientations are not for sale. Period.

The despicable act of a grandfather, father and two uncles raping a 19-year-old girl in Sarawak is shocking. The three had sexually assaulted the poor girl since she was 13. Can you believe that? There are many more such cases. Social media, unlike the days of yore, have made news readily available to all. 

You just need a Wi-Fi accessible smartphone to gain the latest news. It is so simple. News, good and bad, are at your fingertips. Broadsheets, radio and television have literally gone out of fashion. And the good thing about social media is, you can read and make comments on the spot. And I have been doing so since I acquired myself a smartphone some years ago.

So who say things don’t make sense? They certainly do make sense. - Fathol Zaman Bukhari ,Ipoh Echo.


Forex, I accepted my share of accountability...
Story kat SINI dan SINI    


"Tak suka minyak naik sila keluar"

Image may contain: text

cheers.

No comments: