03 November 2016

Pembantu Rumah Dan Orang Gaji Mahathir Pun Najib Pecat...


Selepas beberapa keistimewaan yang diberikan ditarik balik sebelum ini, kini giliran pembantu rumah dan orang gaji bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pula ditamatkan kontrak oleh kerajaan. 

Tindakan terbaharu dipercayai kerana serangan berterusan oleh Dr Mahathir yang mengecam dan menuduh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebagai perasuah dan mencuri duit negara dengan terpalitnya skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB). 

Pembantu rumah dan orang gaji tersebut sudah berkhidmat dengan Dr Mahathir selama 35 tahun ditamatkan khidmat mereka bermula hari ini. Perkara tersebut dikongsi dalam beberapa laman Facebook peminat Dr Mahathir. 

“Selepas berkhidmat 35 tahun dengan keluarga Tun Dr Mahathir Mohamad, hari ini, tukang masak dan pembantu rumah Tun M antara mereka yang telah ditamatkan perkhidmatan dan kontrak oleh kerajaan. Terima kasih kerana menjaga kami sekeluarga. Jangan lupakan kami ya.” 

Tindakan ini bukan kali pertama dilakukan oleh pentadbiran Najib yang tidak senang duduk dengan Dr Mahathir, malah sebelum ini kenderaan pengiring Dr Mahathir juga ditarik balik dan jet peribadi juga ditarik balik. 

Berbeza dengan layanan kepada bekas perdana menteri terdahulu, semua keistimewaan ditarik balik daripada Dr Mahathir. 

Tindakan tersebut hanya dikenakan kepada Dr Mahathir tapi tidak pula kepada seorang lagi bekas perdana menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi yang masih lagi menikmati layanan keistimewaan daripada kerajaan. 

Tun Abdullah tidak termasuk dalam menyerang Najib, sebaliknya memberikan sokongan terbuka kepada Putrajaya walaupun dikaitkan dengan kehilangan berbilion wang negara. - malaysiansmustknowthetruth


Image result for zahid hamidi n gobind singh deo
Zahid Hamidi menggelabah diaju soalan derma RM2.6 bilion...

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Zahid Hamidi hari ini mengelak dan dilihat terpinga-pinga apabila diajukan soalan mengenai dana RM2.6 bilion yang masuk ke akaun peribadi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Zahid sebelum ini mendakwa dana besar itu telah disumbangkan kepada Najib yang juga Menteri Kewangan oleh seorang penderma Arab berdarah raja sebagai usaha untuk mengekang fahaman Islam yang menyimpang daripada terus berkembang di negara ini.

Bagaimanapun, kenyataan itu telah disanggah dengan bukti kukuh oleh Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat yang mendedahkan bahawa dana berbilion ringgit yang masuk ke akaun peribadi ‘MO1’ berpunca daripada penyelewengan dana syarikat milik negara 1MDB.

Individu ‘MO1’ atau ‘Malaysia Official 1’ yang disahkan sebagai Najib oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Abdul Rahman Dahlan, disebut sebanyak 36 kali dalam tuntutan saman yang dikeluarkan DOJ pada Julai bagi merampas aset yang terkait dana diseleweng daripada syarikat sarat hutang itu.

“Yang itu (soal derma RM2.6 bilion) kita telah serahkan hasil siasatan itu kepada pihak task force dan biarlah menteri kewangan kedua menjawab,” kata Zahid yang juga Ahli Parlimen Bagan Datoh sebagai menjawab celahan Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo.  

Sebelum itu, Gobind dalam sesi khas waktu pertanyaan-pertanyaan menteri (QMT) mahu tahu sama ada siasatan berhubung perkara itu masih dijalankan memandang terdapat percanggahan fakta dan kenyataan berhubung sumber dana RM2.6 bilion itu.

Tidak berpuas hati dengan jawapan itu, Gobind yang juga Ketua Biro Undang-undang DAP menuntut supaya Zahid menyatakan sama ada kenyataan beliau mengenai derma itu tidak benar dan adakah satu siasatan semula perlu dijalankan. 

Bagaimanapun, Zahid menggelak daripada menjawab persoalan berkenaan dan memberi jawapan pendek: “Saya rasakan apa yang saya nyatakan itu akan digulung oleh pihak yang berkenaan dan eloklah tajuk itu kita tukar kepada tajuk lain.” – Roketkini.com

How some influential figures tried to stop Anwar’s release...

A group of businessmen and politicians had attempted to influence the outcome of a Federal Court’s decision in 2004 which freed opposition leader Anwar Ibrahim, a new biography on former prime minister Abdullah Ahmad Badawi reveals.

The “influential” individuals had hoped that Abdullah, who was one year into his premiership, would intervene to ensure Anwar remained in prison.

Abdullah, however, stood his ground, saying he was answerable to God.

“If their decision is to free Anwar, then I have to respect and accept it. If they made a biased decision by discounting the evidence, then in the afterlife, they are answerable to God. Likewise, if I interfere in the decision, then I have to answer to my Maker.

“I am not willing to take that onerous burden upon myself,” he was quoted as telling his son-in-law Khairy Jamaluddin and journalist-turned-businessman, Kalimullah Hassan, in the book “Being Abdullah Ahmad Badawi”.

The authorised biography by veteran journalist Wong Sulong was launched Monday by Perak’s Sultan Nazrin Shah.

In the book, Kalimullah claimed that he and Khairy, now the youth and sports minister, had been approached by businessmen and politicians urging them to speak to Abdullah to intervene in the Federal Court decision.

“Both Khairy and I said he should not interfere, otherwise he would be reinforcing the long-held perception that the Executive interfered with the Judiciary,” he said, recalling their breakfast meeting with Abdullah who had just returned from undergoing surgery in Australia.

“I am glad you think that way,” replied Abdullah. “As a Muslim, I am answerable to Allah. My job as Chief Executive does not give me the right to interfere with the Judiciary.”

On September 2, 2004, Anwar won his appeal in the Federal Court to challenge his conviction for abuse of power, six years to the day of his sacking from the Cabinet by Abdullah’s predecessor Dr Mahathir Mohamad.

The revelations in the book underlined the kind of powers the government wielded in the country’s institutions, including the media.

The book claimed there was also unease felt by Umno-linked individuals over Anwar’s freedom, many of whom wanted the media to downplay news coverage of the verdict.

However, a meeting Abdullah chaired and which was attended among others by his deputy at the time Najib Razak as well as then police chief Bakri Omar, decided that newspapers should have the freedom to run the verdict, said the book. - fmt

Bila Penyamun 'Deal' Sama Perasuah...

Bagaimana dan Kenapa Najib boleh 'deal and seal' dengan syarikat China Communications Construction Compang {CCCC} untuk menandatangani MoU untuk Projek Landasan Kereta Api Pantai Timur (ECRL) di mana syarikat CCCC itu telah disenaraihitamkan oleh BANK DUNIA kerana memberi RASUAH untuk mendapat tender di Maldivies, Sri Lanka, Filipina dan Uganda. Syarikat itu telah digantung selama 8 tahun dari tahun 2011. 

Kini Najib sanggup menyerahkan projek bernilai RM30 billion melalui rundingan terus yang secara TIBA-TIBA JADI HARGA RM55 billion kepada CCCC...

TAHUKAH ANDA..

Pada 2015 Federal Reserve arahkan China Construction Bank bertindak atasi dakwaan gubahan wang haram cawangan di NY. Malah The Economist sifatkan China Construction Bank (CCB) sebagai "China Corruption Bank". So anda fikir lah sendiri... - f/bk

Media yang awal, buka cerita minyak masak akan naik adalah media Mandarin. Terbukti ceritanya tepat. Kini media Mandarin juga cerita subsidi gas LPG akan dihapuskan dan gas akan naik sehingga RM7 setong, harap spekulasi ini AMAT TIDAK BENAR. - f/bk 




cheers.

No comments: