10 April 2014

Azmin - mula kena halau lepaih tu dipanggil balik dan Din pula dah lupa pasai pemborosan dan pembaziran...

Mohammed Azmin Ali tidak berpuas hati dengan tindakan kedudukan usulnya berkenaan perilaku hakim diletakkan sebagai perkara terakhir dalam Aturan Urusan Mesyuarat hari ini. – Gambar fail The Malaysian Insider, 10 April, 2014.

Azmin dihalau keluar Dewan Rakyat, pertikai usul bahas perilaku hakim...

Ahli Parlimen Gombak, Mohammed Azmin Ali diarahkan keluar dari Dewan Rakyat hari ini setelah cuba mempertahankan hujahnya untuk membangkitkan usul perilaku hakim yang diletakkan sebagai perkara terakhir dalam Aturan Urusan Mesyuarat hari ini.

Azmin berkata tindakan Yang Dipertua, Tan Sri Pandikar Amin Mulia sangat mengecewakannya dan alasan yang diberikan sangat tidak kukuh.

“Saya minta penjelasan mengapa usul penting dan menepati perlembagaan untuk membincangkan perilaku hakim ditolak sewenang-wenangnya.

“Usul kerajaan setakat nombor enam. Kenapa tak letak usul saya di nombor tujuh?” katanya dalam satu sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Dalam pada itu Ahli Parlimen Pakatan Rakyat bertindak meninggalkan Dewan beramai-ramai hari ini selepas dua ahli Parlimen mereka diarah keluar oleh Speaker Pandikar Amin Mulia.

MP Gombak Azmin Ali dari PKR diarah keluar Dewan apabila beliau berterusan menuntut penjelasan speaker mengapa dia mengutamakan urusan kerajaan dan tidak mempercepat usul Azmin untuk mengecam tiga hakim.

MP PAS Sepang Hanipa Maidin juga diarah keluar ketika cuba bangun memohon izin kepada Pandikar sambil mengangkat buku peraturan mesyuarat dan menyebut "peraturan mesyuarat 22(1)".

Ini mendorong MP Pakatan yang turut tidak puashati dengan speakar, bertindak keluar beramai-ramai meninggalkan Dewan.

Sejurus sebelum meninggalkan Dewan, MP Bukit Gelugor Karpal Singh dengan tegas memberitahu speaker "supaya jangan main-main dengan perlembagaan".

Bercakap dalam sidang media kemudiannya, Hanipa berkata beliau menjadi "mangsa keadaan" di tengah kehangatan insiden Azmin yang juga ADUN Bukit Antarabangsa itu dihalau keluar.

Menurutnya, hasrat sebenarnya bangun menggunakan peraturan mesyuarat itu bagi mengemukakan usul mengenai isu KLIA 2 dan arahan supaya AirAsia pindah ke situ daripada LCCT 2 sebelum 9 Mei ini.

Menyifatkan perkara itu penting dibahaskan, Hanipa menjelaskan beliau berbuat demikian memandangkan sebelum ini Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim pernah melakukan perkara yang sama bagi membincangkan isu syarikat Bernas.

"Belum sempat saya jelaskan, saya telah dihalau keluar. Ini satu ketidakadilan kepada saya... Lagi pun Sepang adalah kawasan saya.

"Saya jadi mangsa (keadaan). Saya amat tidak berpuas hati," kata Hanipa kepada pemberita di lobi parlimen petang ini.

Sehubungan itu, sebagai solidariti dan protes terhadap tindakan speaker yang mengarahkan kedua-dua pemimpin Pakatan itu, semua MP Pakatan Rakyat keluar Dewan.

"Kami protes apa yang terjadi dan kami keluar daripada dewan," kata MP Sungai Petani Datuk Johari Abdul.


Setelah halau, speaker panggil masuk Dewan Rakyat semula...

Sementara itu, sejurus sidang perlimen bersambung pada jam 2.30 petang, Pandikar mengumumkan bahawa Azmin dan Hanipa dibenarkan masuk semula untuk meneruskan perbahasan berdasarkan perkara 90 peraturan mesyuarat iaitu menggunakan kuasa budi bicaranya sebagai speaker.
  
Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia hari ini menggunakan kuasanya menarik semula arahan keluar dewan kepada Ahli Parlimen Gombak Mohamed Azmin Ali dan Ahli Parlimen Sepang Mohamed Hanipa Maidin.

"Saya boleh menggunakan kuasa Peraturan Mesyuarat 90 menggunakan budi bicara. Walaupun tadi saya kata Gombak keluar, Sepang keluar. Sekarang ini saya boleh panggil mereka balik kerana itu budi bicara saya.

"Kalau Gombak dan Sepang masuk pun saya izinkan.Kalau saya tak izinkan, persidangan akan datang bermakna ada tiga hari mereka tidak dapat masuk," katanya dalam sidang Dewan Rakyat hari ini.

Azmin diminta meninggalkan dewan setelah mahu menegakkan hujahnya agar dewan menerima usul untuk membicarakan tingkah laku hakim. Hanipa pula diminta meninggalkan dewan setelah cuba membangkitkan usul tergempar mengenai Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2). – tmi


Putrajaya perlu jelaskan manfaat lawatan Muhyiddin ke Dubai...

Putrajaya hari ini dipersoalkan apa keperluan menghantar timbalan perdana menteri bersama isterinya, termasuk 15 pegawai dari pejabatnya ke Dubai yang bermain golf di sana.

Putrajaya juga perlu menjelaskan kos sebenar lawatan Tan Sri Muhyiddin Yassin dan rombongannya itu, kata pemimpin DAP.



Ahli Parlimen Bukit Bendera, Zairil Khir Johari dan Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Steven Sim dalam satu kenyataan di Kuala Lumpur berkata, kerajaan seharusnya menjelaskan kesemua kos termasuk "pesawat khas", hotel, dan perbelanjaan lain.

 "Pada masa yang sama, rakyat perlu dimaklumkan bagaimana program seperti itu memanfaatkan rakyat Malaysia terutamanya dalam bidang pendidikan," kata kenyataan tersebut.

"Kenapa kerajaan perlu menghantar timbalan perdana menteri bersama isterinya, termasuk 15 pegawai? Apa keperluan bermain golf dengan tugas?" kata mereka.

"Adakah ini selari dengan pengurangan kos yang diumumkan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Ali Hamsa?" soal mereka lagi.

Muhyiddin, yang juga menteri pendidikan sebelum ini diselar atas lawatan lima hari ke Dubai dengan lebih banyak urusan tidak rasmi berbanding perkara yang memberi manfaat kepada kerajaan.

Zairil dan Steve mendedahkan perkara itu selepas mendapat maklumat yang disebarkan melalui Internet. Baca seterusnya di sini.


17-strong delegation on 'golfing trip' raises ire...

Does an official overseas trip by a minister, especially in times of austerity, really need an entourage of 17 people?

More so if the trip involves lots of golf sessions and private dinners, and not much work itself?

These are the questions raised by DAP MPs Zairil Khir Johari and Steven Sim, from a leaked document showing Education Minister Muhyiddin Yassin is now in Dubai with 16 officers, most of whom are political appointees.

The document, posted on the blog peniupwisel2020.blogspot.com, shows that most of the 16 are special officers and bodyguards. Not one is an Education Ministry officer.

Zairil said that this raises doubts over the claim that Muhyiddin is on a working trip.

Besides his wife, Muhyiddin took with him a senior private secretary, two political secretaries, a press secretary, four special officers and seven security personnel.

The document appeared to have been endorsed by Muhyiddin, who is also deputy prime minister, last month.

“The government must immediately clarify how much the entire trip, including the use of special aircraft, hotel stays and all other incidental expenses, has cost the taxpayers.

“At the same time, the public must be told how such a programme will bring benefit to Malaysians, especially in terms of education or commerce,” Zairil (right) and Sim said in a statement.

They also asked if bringing along a wife and 15 personal aides and staff on a “golf holiday with some work squeezed in” was in line with the cost-cutting measures of the civil service.

'Treasury circular limits travel'

According to a Treasury circular, civil servants must only go on international trips for conferences or inter-governmental meetings.

“Officers who attend must have assigned tasks directly involved (with the event) and there should not be more than three officers from each ministry or department.

“Ministers can only bring three minstry officers on international assignments while deputy ministers can only bring two officers.

“The chief secretary is not allowed to join a ministerial trip, except for scheduled meetings,” the 2008 circular accessible via the Treasury website reads.

Azmin Ali (left), who acted as Anwar Ibrahim's private secretary when he was deputy prime minister from 1993 to 1998, said the deputy prime minister’s delegation then only consisted of five - the private secretary, press secretary, two security personnel and the DPM himself.

“There was a tradition of bringing the whole office along but then it was stopped as embassies have the staff to assist visitors from Kuala Lumpur. They even have security personnel,” Azmin, who is now PKR deputy president said.

He added that all trips then had to be approved by the cabinet and a strict guideline adhered to, but he is not certain if the same guideline is still in use.

Muhyiddin's office has not responded to requests for a response.- mk

 
 
Menteri Dalam Negeri, Datuk Ahmad Zahid Hamidi hari ini menawarkan RM501 kepada Datuk Seri Yong Teck Lee jika bekas Ketua Menteri Sabah tersebut berani menamparnya...




Embedded image permalink

cheers.

1 comment:

Anonymous said...

Nak jadikan Parlimen Malaysia bertaraf dunia konon... mana mungkin jika orang mengendalinya macam dari zaman batu.