14 October 2013

MB Selangor jawab kritikan Anwar...



Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menyambut baik pandangan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap pengurusan dana kerajaan negeri di bawah pentadbirannya.

Malah, Abdul Khalid menyifatkan teguran dan kritikan adalah amalan sihat yang dibudayakan dalam kepimpinan Pakatan Rakyat.

“Itu perkara biasa, kita (Pakatan Rakyat) sentiasa menggalakkan perbincangan dan meraikan pendapat,” ujarnya.

Semalam, Anwar ketika berucap di pentas terbuka semasa forum berhubung Laporan Ketua Audit Negara 2012 di Petaling Jaya berkata Abdul Khalid seharusnya mengimbangi perbelanjaan dengan simpanan kewangan Kerajaan Negeri.

Sebaliknya, Anwar menyukai cara Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan contoh pemimpin PR yang berjaya menguruskan belanjawan yang seimbang.

Menjawab pandangan Anwar itu, Abdul Khalid berkata usaha mengumpulkan dana adalah jauh lebih sukar berbanding membelanjakan dana yang ada.

“Apa yang membezakannya adalah strategi pengurusan dana (antara Selangor dan Pulau Pinang). Saya merasakan adalah sangat sukar untuk mengumpulkan dana berbanding membelanjakan dana.

“Bagi Selangor, untuk membelanjakan dana ini dilakukan dengan penuh tertib supaya rakyat tahu kemana duit mereka dibelanjakan,” jelasnya kepada TVSelangor seusai Majlis Penyerahan Lembu Korban 2013 di Masjid Kampung Pendamar, hari ini.-harakahdaily


Selangor MB clarifies state’s surplus funds, accepts Anwar’s criticism as normal...

Selangor Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim today said the process of accumulating surplus funds by the state government was something difficult to achieve and a careful strategy was necessary to expend the money.

He said the criticism made against him by opposition leader Datuk Seri Anwar Ibrahim at a forum in Petaling Jaya yesterday that he (Abdul Khalid) had failed to make good on the state's revenue and instead was proud to have surplus funds was a normal criticism.

"To me, it (criticism) is a normal thing and I regard Anwar as encouraging us to have more discussions to come up with the best strategy to manage the state funds," he told reporters after handing over cows for the Aidiladha sacrifice at Masjid Kampung Pendamar, Klang.

 Abdul Khalid said because such a high surplus in funds was achieved after much effort on the part of the state government since 2008, hence it was careful in its spending so that the people would know how the money was being spent. - Bernama



cheers.

3 comments:

Yusof said...

Saya dengar khabar bahawa Tan sri Khalid mungkin akan di minta berhenti menjadi MB.ini kerana Ego nya terlalu tinggi dan sanggup membelakangi ahli parti Pakatan.

Saifuddin di letakkan di pejabatnya untok membantu Khalid dalam politik Pakatan,supaya ahli ahli Pakatan tidak buat bising.tetapi tugas yang di berikan kapada Saifuddin berlainan dari tujuan asal ia di tempatkan di Pejabat Khalid.

Setiausaha Politiknya Fekah yang gagal menghormati pemimpin Pakatan tekah di tukar di jawatan lain,tapi nampaknya Khalid maseh tidak dapat membaca apa yang tersirat dalam kepala pemimpin tinggi PKR.

Khalid,you were there because of Pakatan Raayat not because you are smart.

amier said...

dear yusoff, khalid is there untill now since 2008 because he is smart and accepted by majority of selangor's voters

Anonymous said...

Smart macam mana pun Khalid kena 'toe the line'.

Kalau dia & kuncu2nya decide nak keluar PR,tindakannya merugikan PKR kerana belum tentu dia akan kekal MB.

The next parti yang banyak kerusi ialah PAS, dan mungkin Sultan Selangor lebih rela lantik orang PAS jadi MB,kalau DAP tu sukar sikit.

Kalau pun Khalid & kuncu2 keluar PKR,dia masih tak boleh bentuk satu kerajaan baru walaupun bergabung dengan BN.

Jadi Khalid terpaksa buat pilihan,toe the line atau jadi pembangkang dan hilang jawatan MBnya.

The only problem kini ialah Khalid is a popular MB dan disayangi oleh rakyat Selangor tak kira bangsa mana.