28 March 2011

Daim macam Mahathir mudah lupa.....

Tun Daim Zainuddin yang mendakwa Pakatan Rakyat (PR), yang kini mentadbir empat negeri “hanyalah satu konspirasi politik”

Daim berkata, beliau melihat PR tidak akan dapat mencapai kata sepakat dalam hal penting mengenai kebaikan negara kerana masing-masing parti taksub kepada pendirian dan prinsip sendiri.

“DAP itu parti chauvinis kecinaan, PAS pula perguna Islam, bukan sebagai ad-Din tapi sebagai topeng politik untuk mengabui mata orang-orang Melayu di kampung.

Tanya kawan Anwar, mereka kata Anwar pakai macam-macam topeng sejak masih di universiti,” kata Daim dalam wawancara dengan akhbar arus perdana.“PKR hidup kerana Anwar dan untuk Anwar. Daim juga mendakwa, bukan saja PR tidak mempunyai asas politik yang kukuh, dalam parti pun PKR terus bergelumang masalah.

“Dalam setiap demokrasi berparlimen, perlu ada parti pembangkang. Jadi dari segi relevansi, ya, pembangkang itu relevan setiap masa.Pembangkang yang relevan ialah yang menjadi ‘check and balance’ kepada kerajaan, yang tidak ‘chauvinistic’ dan tidak berpandangan sempit, yang boleh menyatukan rakyat Malaysia yang berbilang bangsa,” katanya.

Ahli Parlimen Ipoh Barat,M Kulasegaran berpendapat, kenyataan Daim menunjukkan ia hanya bersifat “satu tohmahan” ke atas PR.

“Tidak siapa terfikir bahawa ketiga-tiga parti ini boleh membentuk kerjasama dan mencapai kejayaan dalam pilihanan raya umum lalu... beliau (Tun Daim) perlu realistik, perlu menerima perubahan-perubahan berlaku dalam dunia politik semasa,” katanya lagi.

Katanya lagi, parti-parti komponen PR sudah mampu membuat keputusan berdasarkan prinsip kata sepakat dalam apa jua isu berbanding dalam BN yang didominasi oleh UMNO.

Kula Segaran juga bertanya jika PR disifatkan sebagai konspirasi politik “mengapa kerajaan BN tidak sanggup meluluskan permohonan mendaftarkan PR walaupun sudah lebih setahun telah dikemukakan” kepada Pendaftar Pertubuhan.

Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar juga menolak pandangan Daim dengan menegaskan, pemimpin veteran juga sudah “lupa” akan perkembangan politik semasa. “Bila menjadi parti politik, mesti ada konspirasi politik untuk mengalahkan pihak lain. Ini lumrah politik,” tambah beliau yang turut menekankan bahawa Umno-BN pula ada konsiprasi tetapi bersifat kotor dan jahat.

“Tetapi konspirasi Pakatan ialah mahu membawa perubahan, konspirasi politik positif, mahu menggantikan BN... itu konspirasi kami,” kata Mahfuz yang menekankan bahawa beliau melihat konspirasi dari sudut positif dan negatif.

Katanya, BN juga ada konspirasi tetapi yang bersifat “jahat” mahu menghancurkan kerjasama PR.“Konspirasi Pakatan bukan bersifat jahat, tetapi pakatan untuk berkongsi untuk membawa perubahan, untuk menggerakkan rakyat untuk membawa perubahan... hanya rakyat yang bergerak boleh membawa perubahan,” katanya.

Mahfuz menambah, Umno-BN selama ini menganggap bahawa hanya mereka yang boleh membawa perubahan kepada rakyat dan negara, tetapi telah lupa bahawa di kebanyakan negara termasuk di Amerika Syarikat, negara masing-masing terus mengalami kemajuan walaupun pemimpin dan parti politik bertukar tangan.

source:malaysian insider

They brought in Rahim Thamby Chik, now Daim, UMNO must be really worried.

Daim is nothing but a master of lies and corruption,just like his political master, Mahathir....

cheers.

3 comments:

Anonymous said...

Mahathir dan Daim akan matian menghalang Anwar daripada menjadi PM.Ini kerana mereka kedua2 tahu yang Anwar maseh menyimpan berkotak2 document kerajaan yang boleh membabitkan kedua2nya dengan rasuah.Mencuri duit kerajaan.Mereke amat takut akan di heret ka mahkamah untok menghadapi kes corruption.

Sekain.Untok pengatahuan rayaat Melayu Malaysia.

Anonymous said...

Daim ni tiba tiba muncul sebab apa??? cuba menipu rakyat lagi?pasal pilihan raya sarawak? juga takut kalau pr ambil alih, habislah dia ni... masa akan menentukan!

Anonymous said...

Salam, aku pernah kerja dgn Proxy mangkok nih di GLC semasa dia jadi Finance Minister....menurut Boss aku semua arahan dari dia hanya dia tulis dgn pencil jer...lepas baca kena padam atau bakar terus...terasa mcm cite Mission Impossible lak pulok...tapi itulah kenyataannya...Boss aku kekadang tuh bengang semacam jer tapi tak dak choice...cuma ayat nih yg pernah kelaur dari mulut dia yg aku ingat sampai hari ini --> "Semua depa nak kaut...mcm Malaysia nih depa punya !!".

Dia nih mmg licik orgnya...kaya 2x ganda dari Robert Kuok (Forbes - The Richest Malaysian)...

Dgr cite dia ada bertimbun duit note RM500 dan RM1000 yg tersangkut kat Indonesia masih lagi tak blh bawa keluar - kes semasa Matawang RM kena haram meniaga kat luar negara dulu...

Depa nih semua mmg LAKNATULLAH !!