10 February 2019

1MDB - Rompakkan terbesar di dunia...


The World's Biggest Heist...

Image result for Xavier Andre Justo

Bekas eksekutif PetroSaudi International Ltd (PetroSaudi), Xavier Andre Justo (pix,atas), menyifatkan pengalamannya dipenjara di Thailand selama 18 bulan angkara tampil mendedahkan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) ibarat dicampak ke neraka dunia.

Warganegara Switzerland yang menempa nama di pelbagai dada akhbar tempatan dan antarabangsa itu bagaimanapun berkata tiada sesiapa di dunia ini yang harus mengalami episod getir yang beliau harungi bersama keluarganya.

“Mereka ambil semuanya daripada kami. Saya meringkuk selama 18 bulan dalam penjara, manakala isteri turut terseksa sepanjang tempoh berkenaan. Mereka buat kami muflis dan mencuri berbilion (ringgit) daripada orang miskin.

“Sekarang, hanya kerana saya dibebaskan, semua ini (peristiwa hitam) harus dilupakan? Tidak! Mereka perlu terima pembalasan selepas sekian lama mempergunakan dan memanipulasi sistem keadilan serta polis.

“Semuanya bagi mengaburi penipuan mereka dan menyembunyikan hasil (rompakan bernilai) jutaan ringgit,” katanya dalam temu bual program ‘Malaysia: Rompakan Terbesar Dunia’ yang ditayangkan menerusi stesen televisyen Aljazeera, hari ini.

Berkongsi ranjau perjalanan hidupnya sebagai antara saksi utama kes 1MDB, Justo berkata tindakan memberanikan diri untuk tampil mendedahkan skandal terbabit dan berdepan rangkaian sindiket penjenayah amat berbahaya kerana mereka tidak mengenal erti kemanusiaan.

Katanya, penjenayah yang terpalit dengan skandal menggegarkan dunia itu sanggup ‘mengotorkan tangan’ untuk melakukan sebarang tindakan hanya bagi memastikan hasil rompakan mereka terus selamat daripada dihidu orang ramai.

“Saya saksinya. Apabila segala penipuan menemui titik noktah, maka pertarungan mencari kebenaran pun bermula. Memandangkan episod yang sangat teruk sudah berakhir, permulaan fasa lebih baik kini mula menjengah,” katanya.

Menampilkan beberapa tetamu jemputan utama, dokumentari yang membawa pendedahan hangat itu turut menyajikan sisi pengalaman ditempuh isteri Justo, Laura.

Justo ditahan di rumahnya di Koh Samui, Thailand, pada 10 Februari 2015 dan dijatuhi hukuman penjara 18 bulan selepas pegawai PetroSaudi memfailkan aduan bahawa Justo cuba memeras ugut syarikat itu sebanyak 2.5 juta Swiss francs (RM11 juta) dengan dokumen dicuri daripada syarikat berkenaan.

Enam bulan sebelum ditangkap, Justo dikatakan menyerahkan beribu-ribu dokumen termasuk 227,000 e-mel daripada pelayan PetroSaudi, yang memberi maklumat mengenai dakwaan kecurian wang berjumlah ratusan juta dolar daripada 1MDB kepada editor portal Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown.

Pada 10 Februari 2015, Pengerusi Kumpulan Media The Edge, Datuk Tong Kooi Ong dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Ho Kay Tat, dilaporkan bertemu Rewcastle-Brown, yang memperkenalkan Justo kepada mereka di Singapura.

Dokumen yang dibocorkan itu kemudian mencetuskan siri penyiasatan di sekurang-kurangnya enam negara termasuk Amerika Syarikat hingga disifatkan sebagai ‘kes kleptokrasi’ terbesar dalam sejarah negara itu. - f/bk


Hadi lupa ribuan TIN MILO 
yang diusung walaun2nya...

Image may contain: one or more people, people sitting and text

Image may contain: food
Image may contain: car and text
Cikgu nak beli nak beli Proton Saga jenoh berhutang...

Image may contain: 2 people

Image result for dr.m n anwar
cheers.

No comments: