11 June 2015

Pakatan tak mampuih lagi hanya PAS saja sign sijil mati...


Sejak Muktamar PAS, di mana golongan ulama menemui kejayaan, penjaja berita buruk dan pemutarbelit telah mengisytiharkan kematian Pakatan, dan ‘talkin’ telah dibacakan di seluruh Malaysia dan luar negara. Tenang semua!

Malah Lim Kit Siang, supremo DAP, telah turut mengisytiharkan kematian Pakatan.Mengapakah semua orang begitu negatif? Apa yang berlaku kepada keyakinan dan kepercayaan diri? Apa yang berlaku kepada semangat berbilang budaya Tunku? Adakah impian beliau dan kita, sebagai sebuah negara sekular pelbagai budaya yang bersatu telah mati, hanya kerana Abdul Hadi Awang, dan rakan baik barunya, Najib Abdul Razak, telah mengambil keputusan untuk berpakat?

Adakah rakyat Malaysia sedar bahawa sebuah Pakatan yang lebih kukuh akan muncul, dan meneruskan perjuangan tanpa PAS? Pakatan tidak mati. Sebaliknya, PAS yang telah menandatangani sijil matinya sendiri.

Serampang Kajang mendedahkan warna sebenar Hadi. Beliau berbohong. Beliau bercakap dengan lidah bercabang dan tidak membenarkan wanita memainkan peranan yang penting dalam politik.


Ingat cara Hadi menyusun bahasa beliau, seolah-olah menjanjikan syurga kepada orang Melayu, jika mereka menolak Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai menteri besar Selangor?

Sudah tentu, mereka yang sinis akan mengatakan bahawa DAP adalah berteraskan kaum Cina dan jika ia memerintah, ia akan "menjual" Malaysia kepada orang Cina Singapura.


Jika ada sesiapa yang akan "menjual" Malaysia, ia adalah kerajaan Umno Baru. Sejumlah besar tanah, hartanah dan perniagaan telah dimiliki oleh Republik Rakyat China (PRC). Pasir kita dijual dan diseludup, ke Singapura, supaya rakyat Singapura boleh menambak tanah, yang merugikan kita. Tentera laut PRC telah melakukan latihan di atas beberapa pulau-pulau berbatu, 60 km dari pantai Sarawak tetapi ketua Angkatan Tentera Malaysia memberitahu kita supaya tidak bimbang.

Ahli-ahli politik dalam PKR, sebuah lagi komponen pakatan pembangkang itu, harus menangkis persepsi bahawa mereka merupakan sisa Umno Baru.


DAP sedang cuba menangkis imej mereka sebagai sebuah parti yang dikuasai kaum Cina, dengan ramai kaum muda Melayu. Apa yang UMNO Baru, sebuah parti yang berasaskan kaum semata-mata, sedang lakukan mengenai imejnya sebagai sebuah parti yang berkubang dalam rasuah, nepotisme, kronisme dan penyalahgunaan kuasa? Pertengkaran dalaman mengenai kontrak dan kawasan, memberi kesan kepada rakyat, memusnahkan keyakinan pelabur, dan ekonomi kita.

 

Kini terdapat peluang untuk membina semula Pakatan, menerusi dua buah parti komponen, dan bukannya dibebani dengan PAS, yang mana pemimpinnya menumpukan terhadap seks, hudud, seks luar nikah, hukuman ke atas orang-orang yang tidak menghadiri solat Jumaat, alam barzakh, daripada membincangkan rasuah, pembaziran BR1M, skandal 1MDB, kebajikan golongan miskin, pembalakan haram di Kelantan, yang hanya boleh berlaku disebabkan kerjasama pemimpin-pemimpin negeri.

Sebagai peserta dalam pakatan itu, PAS tidak memahami cara-caranya. Ketuanya memberi tumpuan terhadap usaha menjatuhkan parti-parti komponen lain. Hadi boleh membawa PAS menyertai Umno Baru, jika dia boleh nyenyak tidur malam lagi selepas melakukannya.

Sekarang sudah abad ke-21, di mana lelaki dan wanita sama taraf, di mana pelbagai kaum perlu hidup bersama-sama, di mana Internet menjadikan dunia semakin kecil, di mana begitu jelas sekali bahawa aspirasi golongan muda, terutamanya orang Melayu, tidak boleh dipenuhi di bawah pemerintahan PAS yang konservatif. Hidup Pakatan baru. Tinggalkan sahaja yang lapuk!-
Mariam Mokhtar,theantdaily

Pakatan is not dead, only PAS signs its death warrant

 
 Very strange this UMNO joy over PAS elections...

Former PAS deputy president Mohamad Sabu accused Umno-linked media of campaigning for the pro-ulama faction in last week's PAS elections.

Mohamad, who was among the pro-Pakatan Rakyat leaders wiped out by the conservative hardliners in the polls, said media such as TV3 and Utusan Malaysia appeared to have wanted the ulama faction to win.

"Even one week before the election, Bernama tried to play a role and was seen as siding the pro-ulama faction," he said in a statement today.

Mohamad (photo), better known as Mat Sabu, added that strangely enough, Umno was actually delighted with the PAS election results this year.

"For the first time, Umno is seen to be happy with the muktamar's decision.

"Being a veteran in the party, I find this very strange," he said.

Mohamad added this "strangeness" was likewise seen throughout the party election.

"The PAS muktamar 2015 was very strange. It is not a matter of losing or winning but the strangeness of it.

"The top PAS leadership themselves were seen holding white pieces of papers (chai – list of preferred candidates) when they voted," he said.

Will distance himself

Pro-Pakatan Rakyat leaders are virtually gone from the PAS leadership and all of its wings after delegates voted according to a list of endorsed conservative leaders.

Almost half of the delegates were new faces, put in place by the conservative faction to control the muktamar ahead of the election, noted observers.

In the past, the PAS leadership comprised a good mix of progressives and conservative leaders as delegates voted according to individuals.

Mohamad said in the past he would continue to holdings ceramah on the same stage with fellow PAS leaders whom he had lost to.

However, this time, Mohamad said he has chosen to distance himself from the new leadership dominated by just a single faction.

He has also resigned from all positions in the DAP-led Pakatan Rakyat government in Penang after the new PAS leadership passed a motion to sever ties with DAP over alleged disrespect shown by them to PAS president Abdul Hadi Awang. - mk


Pelik, UMNO gembira dengan hasil muktamar


But my dress lepas lutut ma....
Lagi kes seorang wanita Cina dihalang berurusan dengan sebuah jabatan kerajaan hanya kerana pakaian yang dipakainya tidak mematuhi etika pemakaian pelawat yang telah ditetapkan.

Emelia Ho, seorang surirumah yang menetap di Puchong mendakwa pegawai di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Cawangan Puchong menghalangnya daripada mengambil MyKid kerana skirt yang dipakainya tidak mematuhi etika pemakaian pelawat yang ditetapkan.

Bagaimanapun, Emelia tetap berkeras bahawa skirt yang dipakainya melepasi bahagian lutut.

"The JPN counter refuse to let me to collect MyKid today. The reason is my dress is too short. But my dress is lepas lutut!!!,"

Berdasarkan gambar dirinya yang dimuat naik pada 29 Januari lalu, memang benar skirt yang dipakai melepasi lutut. Tetapi jika berada dalam keadaan duduk, sudah tentu ia akan menampakkan lutut.

Isu etika pemakaian pelawat ini tidak pernah timbul sebelum ini. Orang awam juga umum mengetahui bahawa adalah menjadi kewajiban mana-mana individu berpakaian kemas apabila berurusan di pejabat kerajaan.

Bagaimanapun, Menteri Pengangkutan Malaysia, Datuk Seri Liow Tiong Lai semalam berkata, pihaknya akan mengambil tindakan terhadap pegawai JPJ yang mengarahkan seorang wanita Cina memakai sarung jika ingin terus berurusan di cawangan JPJ yang tidak diketahui lokasinya itu.

Menurut Liow, penggunaan kain sarung itu tiada dalam polisi kementerian dan jabatan di bawah pentadbirannya.

Namun, kenyataan Liow itu mengundang reaksi negatif apabila netizen mendesak agar menteri berkenaan tidak bersikap berat sebelah dan wajar menegakkan peraturan yang sedia ada, bukannya memihak kepada wanita Cina berkenaan yang juga merupakan bangsanya sendiri. - My Media Hub





cheers.

No comments: