28 June 2015

Najib - Tak semua mesjid boleh mencuci dosa2 kamu...

Dato' Seri Najib kecewa dengan mereka yang mengkritik 1MDB kerana lupa sumbangan 1MDB kepada Islam(kononnya). Makin merapu demi menyelamatkan 1MDB. RM20 juta bagi kepada masjid, RM42,000 juta lagi tak tahu entah ke mana...

Lepas ni rompaklah sebanyak mana pun...

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak membawa pemikiran "sangat berbahaya" kepada pembangunan insan kerana memberi mesej salah kepada rakyat dalam isu 1MDB, kata Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar.

Dalam kenyataan beliau hari ini Mahfuz berkata, kenyataan Najib mengenai sumbangan 1MDB untuk pembangunan masjid menunjukkan seolah-olah seseorang boleh melakukan dosa sebanyak mungkin sebelum 'mencucinya' dengan sedikit sedekah atau pun mengerjakan umrah.

"Inilah yang dilakukan 1MDB.

"Pengurusan yang pincang dengan penyelewengan membabitkan tanggungan hutang RM42 bilion dicuci dengan sumbangan membina masjid dan membawa imam-imam menunaikan ibadah haji dan umrah.

"Mudahnya memerintah Malaysia," katanya.

Mahfuz mengulas kenyataan dibuat Najib semalam mengenai sumbangan diberi 1MDB untuk "pembangunan Islam" di negara ini.

Untuk mengukuhkan hujah itu, perdana menteri memberi contoh sumbangan diberi Yayasan 1MDB untuk mengisi sebahagian daripada kos pembangunan semula Masjid Kampung Baru bernilai M20 juta.

Beliau juga sedih kerana 1MDB diberi gambaran buruk di media sosial.

Mahfuz yang juga bekas Ketua Penerangan PAS berkata, kenyataan Najib itu memberi maksud seolah-olah beliau mahu rakyat, khususnya umat Islam, memberikan kemaafan pada apa pun kesalahan yang di lakukan oleh 1MDB kerana agensi itu turut melakukan kebaikan.

Katanya, pemikiran begitulah menyebabkan tiada usaha bersungguh-sungguh di pihak penguatkuasaan undang undang bagi mengatasi segala penyelewengan dalam pentadbiran negara.

"Lepas ini rompaklah sebanyak mana pun, kemudian perompak sumbang buat masjid. Tutup kes," katanya.- mk


Not all the mosques can wash your sins,
Najib & 1MDB told...

Prime Minister Najib Abdul Razak was today taken to task for lamenting the criticism against 1MDB despite the company's contributions to Islam such as the construction of a mosque in Kampung Baru.

PAS' Pokok Sena MP Mahfuz Omar said Najib's statement was akin to asking Muslims to let slide any possible wrongdoing by 1MDB simply because it had done some good.

"It gives the wrong message to the rakyat that as if they can do wrong and sin as much as they like and then wash them away by giving some alms or going for hajj (pilgrimage).

"This is what is happening with 1MDB which management is being plagued by (alleged) misappropriation over RM42 billion of its debt and then trying to wash them away by building a mosque and bringing imams to hajj," he said in a statement today.

Calling such a mentality by the prime minister "dangerous", Mahfuz sarcastically said that it would be easy to rule the country is this held true.

"After this, people can rob as much as they like and then the robbers can make a contribution to the mosque, case closed," he said.

Stop playing on sentimental emotions

On a serious note, Mahfuz said such mentality explained the lack of commitment in enforcing laws against misappropriation in managing the country's finances.

"To the prime minister, stop playing on sentimental emotions during the month of Ramadan to cover up the questions surrounding 1MDB that are yet to be answered," he said.

Yesterday, Najib who visited the mosque in Kampung Baru said 1MDB, through its charitable foundation, had contributed much to Muslims including the building of the mosque he was in.

His remarks came amid calls for him to step down over his handling of 1MDB, which is owned by the Finance Ministry, a portfolio led by him.

1MDB, which had accumulated a debt of RM41.8 billion, has been struggling to repay them. - mk


Buat Salah Dapat Pampasan...

PSI(PetroSaudi International) adalah rakan kongsi 1MDB yang paling kontroversial, khususnya kerana membabitkan ahli perniagaan misteri, Jho Low. Anak tauke Cina Pulau Pinang ini dipercayai umum sebagai dalang di belakang urus-niaga luar biasa 1MDB dan ketirisan sumber kewangannya.

Bagaimanapun, saya rasa adalah terlalu awal untuk bersetuju dengan KPU(Ketua Pemuda Umno)
bahawa maklumat yang dibocorkan oleh XAJ( Xavier Andre Justo) itu adalah maklumat putar-belit (distorted information).

KPU itu kata, XAJ guna fakta yang diputar-belit itu untuk memeras ugut majikannya.

Akhbar Thai, Bangkok Post memetik polis Thai sebagai berkata, XAJ yang berusia 49 tahun dibayar bersamaan 140 juta baht (kira-kira RMRM15.51 juta) untuk meninggalkan PSI setelah didapati  “bertindak bertentangan dengan undang-undang dan peraturan”.

Dia juga didakwa menuntut 90 juta baht (RM9.98 juta) lagi daripada PSI untuk tidak membocorkan maklumat seterusnya kepada syarikat-syarikat yang bersaing dengan PSI.

Logiknya, mana-mana kakitangan yang “bertindak bertentangan dengan undang-undang dan peraturan” disingkir tanpa pampasan dan, kalau ada unsur jenayah, dilaporkan kepada polis.

Tapi XAJ yang dituduh “bertindak bertentangan dengan undang-undang dan peraturan” syarikat dibagi pampasan  RM15.51 juta.


http://upload.hbtv.com.cn/2012/0829/1346232923666.jpg

Tak tahulah pula kalau itu amalan PSI atau syarikat pak Arab di mana kakitangan yang “bertindak bertentangan dengan undang-undang dan peraturan” dibagi pampasan lumayan.

Melainkan XAJ ni sangat pandai bila dia buat kontrak perjawatan dengan PSI dia letakkan syarat dibayar pampasan kalau dia disuruh berhenti.

[Khabarnya eksekutif kanan 1MDB dan anak-anak syarikatnya pun ada buat perjanjian seumpama itu yang menjanjikan mereka bonus dan pampasan lain. Tak tahulah kalau gaji RM2 juta setahun kecil, tapi itulah khabarnya gaji sesetengah eksekutif kumpulan 1MDB.]

Atau si XAJ ini dia dibayar RM15.51 juta supaya “tutup mulut”.

Kalau dia bukan penipu dan pemeras ugut kelas dunia dan dia tidak mahu meringkuk dalam penjara, dia tentu akan beritahu polis Thai dan mahkamah Thai (sekiranya didakwa) “kisah sebenar”.

Jadi saya tidak hairan kalau penangkapan XAJ di rumahnya di Koh Samui Isnin lalu atas dakwaan membocorkan rahsia kepada laman web Sarawak Report (SR) mendebarkan jantung pihak-pihak yang berkaitan dengan 1MDB.

Kepada yang kurang maklum, SR adalah antara laman web peniup wisel (whistleblower) terunggul mengenai 1MDB. Ia sudah pun menulis surat kepada Kementerian Luar Switzerland mengenai pembabitan XAJ kerana beliau adalah warganegara Switzerland.

Jadi negara kita semakin hari semakian “terkenal” seantero dunia kerana 1MDB, FGV dan, yang terbaru, mengenai Majlis AMANAH Rakyat (Mara) kerana disyaki "merasuah" dalam urusan jual beli harta di Australia. - A.Kadir Jasin


Was Xavier paid RM15mil to shut him up...

Former PetroSaudi International (PSI) staff Xavier Andre Justo may have been paraded in government-controlled media as a criminal for leaking information belonging to his former employer, but why was he paid some RM15 million to begin with?

This was a question raised by veteran newsman A Kadir Jasin, who is seen as a close ally to former prime minister Dr Mahathir Mohamad.

He was referring to a report that Xavier was given RM15 million when he left PSI after supposedly breaching the law.

"Logically, any staff who have violated the law or rules, would be sacked without compensation and if there are criminal elements, a police report would be made.

"But Xavier who was accused of breaching the law and rules was given RM15.51 million in compensation," said Kadir (photo) in a blog posting today.

Kadir expressed puzzlement whether Arab companies gave out lucrative compensation for staff who breached the law.

"Or was Xavier paid RM15.51 million for him to shut up?" said Kadir.

Xavier, who had received the compensation, allegedly demanded for another RM10 million in exchange for not leaking information belonging to PSI to third parties.

This information subsequently found its way to whistleblower portal Sarawak Report.

Arrested on grounds of blackmail

PSI's leaked information, which included its communications with 1MDB, had put the latter in a spot as it revealed questionable fund transfers to a company allegedly controlled by Malaysian billionaire Jho Low, who is close to Prime Minister Najib Abdul Razak's (photo) family.

PSI subsequently lodged a police report against him and Xavier was on Monday arrested in Thailand on grounds of blackmail.

Malaysian authorities claimed Xavier had tampered with the information given to Sarawak Report to put 1MDB in bad light.

This was based on an analysis by Protection Group International, which was hired by PSI to investigate the leak.

Both 1MDB and PSI had not denied the allegations made by Sarawak Report based on the leaked data but merely insisted they were based on "tampered" evidence.

Sarawak Report had challenged PSI and 1MDB to sue the portal if its reports were untrue.- mk


"It's All Lies About Xavier"...

Two days after Umno-linked New Straits Times painted Xavier Andre Justo as a "hedonistic" and "greedy" man with a photograph of him covered in tatoos on its front page, Sarawak Report today sought to give another human face to him. 

Sarawak Report, which spoke to Justo's friends in Switzerland, said his family was distraught at the "terrible injustice" to make him a "scapegoat" over Malaysia's billion-dollar scandal and the "orchestrated" defamation against him.

Justo, a former staff of PetroSaudi International (PetroSaudi), was arrested in Thailand on Monday for allegedly blackmailing his former employer using information he purportedly stole from the company. 

PetroSaudi's leaked information, which included its communications with 1MDB, had put the latter in a spot as it revealed questionable fund transfers to a company allegedly controlled by Malaysian billionaire Jho Low, who is close to Prime Minister Najib Abdul Razak’s family. 

Sarawak Report, which published the leak, said Justo's family and friends are unwilling to speak publicly due to legal advice but are confident that he will come out innocent. 

The report added that Justo's wife and nine-month-old baby were due to return after a holiday in Switzerland. 

“Reading some of the Malaysian newspapers and the awful things they have said about her husband has made this experience so much worse for Mrs Justo and all his relatives and friends, because we know Xavier and we know these smears about his character could not be further from the truth. 

“They were just trying to make a home and a life for their new family in Thailand. - mk

Justo won’t be able to save Najib and 1MDB



cheers.

No comments: