16 June 2015

DAP 'ceraikan' PAS...

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP pada mesyuaratnya malam tadi memutuskan menerima usul Muktamar Tahunan PAS ke-61 mengenai hubungan kerjasama antara mereka. – Gambar fail The Malaysian Insider, 16 Jun, 2015.

DAP dalam mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebulat suara memutuskan untuk tidak lagi bekerjasama dengan PAS.

Menurut Setiausaha Agung parti itu Lim Guan Eng, keputusan ini bertitik tolak daripada usul tanpa bahas Dewan Ulama PAS yang diterima tanpa usul semasa Muktamar Tahunan parti itu yang ke-61 untuk 'bercerai dengan DAP''.

Keputusan yang diambil oleh PAS itu dalam masa sama disifatkan sebagai Lim sebagai faktor yang ''membunuh' Pakatan Rakyat.

"CEC DAP terima usul dalam Muktamar PAS untuk memutuskan hubungan dengan DAP dan secara langsung pada masa itu PR sudah tidak wujud lagi," katanya menerusi kenyataan media.

Walaubagaimanapun DAP masih kekal bekerjasama dengan PKR dan parti-parti yang tetap menentang Umno-Barisan Nasional.

Parti itu dengan ini memberi bayangan mahu mencari rakan komponen menggantikan PAS untuk meneruskan jalinan politik.

Lim sekali lagi menegaskan bahawa Presiden PAS Abdul Hadi Awang sebagai pengkhianat yang memburukkan lagi gabungan itu kerana tidak membincangkan cadangan untuk melaksanakan hudud di Kelantan terlebih dahulu dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat (MPPR) sebelum dibentangkan di Dewan Undangan Negeri itu.

Jelas Lim lagi selain krisis Menteri Besar Selangor, keadaan lebih buruk kesediaan Hadi membentuk kerajaan perpaduan dengan Umno serta menyokong kepimpinan Perdana Menteri Najib Razak di tengah-tengah kontroversi 1Malaysian Development Berhad (1MDB).

"Namun, dalam beberapa insiden sepanjang tahun lalu, termasuk krisis Menteri Besar Selangor, keputusan yang telah dicapai di peringkat Majlis Pimpinan telah dicabuli oleh Presiden PAS, yang mengakibatkan muafakat Pakatan Rakyat hampir lumpuh.

"Memandangkan Pakatan Rakyat dibentuk oleh ketiga-tiga parti berdasarkan konsensus dan terikat dengan Dasar Bersama, usul di Muktamar PAS itu telah membunuh Pakatan Rakyat. Justeru kini, tiada lagi Pakatan Rakyat," ujarnya. 


 

Hubungan PAS dengan DAP mula dingin apabila 'Langkah Kajang' yang dicetuskan PKR tidak disenangi oleh parti Islam itu terutamanya cadangan untuk mengangkat Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar yang baharu menggantikan Khalid Ibrahim tahun lalu.

Barah di antara kedua-dua parti ini semakin ketara dan menjejaskan PR apabila DAP menentang hudud yang dibawa PAS.

DAP kemudiannya mengumumkan untuk memutuskan hubungan hanya dengan Hadi sahaja yang dilihat sering bertindak melulu tanpa persetujuan konsensus pemimpin PR lain.

Dalam pada itu, PKR akan mengadakan satu mesyuarat Biro politik untuk membincang kemelutan semasa Pakatan Rakyat.

Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli berkata PKR akan membincangkan kenyataan Lim Guan Eng, kedudukan DAP dan Pakatan Rakyat pada 8.30  malam ini di Ibu pejabat PKR Tropicana, Damansara.

Beliau turut menegas di semua peringkat tidak akan mengeluarkan sebarang kenyataan sehinggalah pendirian parti mengenai perkara ini dimuktamadkan.- berita daily


Lim says 'dead', but for others, Pakatan's alive...

Several opposition party leaders are harbouring the hope of seeing Pakatan Rakyat remain as a political force, albeit on different grounds.

Minutes after DAP secretary-general Lim Guan Eng announced in a statement that Pakatan, as Malaysians know it, is no more, PAS and PKR leaders still uttered the coalition's name with pride and insisted they were still part of it.


PAS Youth chief Nik Abduh Nik Aziz said Pakatan remained as a coalition and DAP was only acting alone in making its decision.

Insisting that the PAS Syura Council has yet to discuss the motion to sever ties with DAP - which was passed without debate at its 61st muktamar - he said it was now up to PAS and PKR to uphold the coalition.


"(Pakatan) is not over. We remain with two parties. We in Pakatan are a coalition of parties, as long as Pakatan has two parties, the coalition is still there.


"This all is up to PAS and PKR," he told reporters at the Parliament lobby today.


Lesson to all
 

Meanwhile, Shah Alam MP Khalid Samad said the DAP decision was a lesson to PAS and Pakatan leaders that they should watch their mouths when talking about their friends.

"What was mentioned by DAP (in its statement), sadly, is the result of that motion and we hope this will be a lesson to all to take care of their actions and words because Pakatan is not something we make and strengthen in a short time.

"It is the result of years and years of fighting together but when you don't watch your mouth, or your actions, then this is what happens," he added.


However Khalid said he would still work for the cooperation between the parties and tahaluf siyasi (political cooperation) between the people to topple Umno and BN.


"It would remain as my ambition and I am confident that most of the PAS members would want to create a coalition of political parties who is strong, honest and together to replace BN in the next general election.


"It is a political truth that no single political party can defeat BN alone. We need coalition and Pakatan. That is why the old leadership struggle to form the coalition,” he added.


DAP jumped the gun

Meanwhile, PKR vice-president Shamsul Iskandar Md Akin said DAP jumped the gun on its  decision.

The Bukit Katil MP said discussions to bring back PAS and DAP is still ongoing and insisted that the motion by PAS ulama wing in muktamar is merely a suggestion, pending decision by the syura council.


"(So) to say that Pakatan has broken up is too early. While we respect DAP who brought PKR together in a new alliance and coalition, I want to remind them that the decision (of the motion) is not finalised and only a suggestion.

 
"I believe the space for discussion will be used fully by all," he said.

Bayan Baru MP Sim Tze Tzin stated although he expected this to happen, he is confident this is not the end of Pakatan.

"I think we saw it coming, and I think Pakatan will rise like a phoenix from the ashes.


"Tonight we are going to have a bureau politic discussion and we will issue a statement after this," added the PKR lawmaker. 


A disintegrated Pakatan would lead towards uncertainties in the PKR-led Selangor. PAS and DAP have both 15 seats in the state assembly while PKR has 13 seats. Umno meanwhile has 12 seats and there is one independent state rep in the form of sacked PKR man Khalid Ibrahim.  - mk

Azmin susun semula kerajaan negeri...

Kemelutan dalaman Pakatan Rakyat kemungkinan mengakibatkan Kerajaan Negeri Selangor akan disusun semula tanpa PAS, kata sumber dalaman PKR.

"Setelah, DAP hari ini mengumumkan bahawa partinya akan memutuskan hubungan PAS, Menteri Besar Selangor Azmin Ali bersama partinya kini dalam satu keadaan terdesak untuk menyusun semula pentadbiran negeri Selangor," kata sumber itu yang tidak ingin mendedahkan dirinya.

Menurutnya, masanya sudah tiba kepada PKR untuk memilih sama ada PAS atau DAP.

"Tetapi, memandangan keadaan terkini dan Pilihanraya Umum yang akan datang PKR kemungkinan besar akan memutuskan hubungan dengan Pusat Pimpinan PAS dan menyusun semula pentadbiran negerinya," tambah beliau.

"Kita perlu fahami, walaupun PAS kini dikuasai oleh golongan Ulama, akar umbi PAS masih di tangan golongan proffesional. Kebanyakan golongan proffesional ini tidak memegang sebarang jawatan di pusat mahupun di kawasan kerana, konsep partinya yang lebih memberi tumpuan kepada individu-individu yang mempunyai latar belakang agama," ujarnya.

"Saya yakin sekiranya PasMa berjaya menubuhkan parti politik, maka ramai ahli yang tidak puas hati dengan pimpinan semasa akan menyertai parti baharu itu," katanya lagi.

Ditanya mengenai kerajaan baharu tanpa PAS, sumber tersebut berkata Azmin Ali kemungkinan tidak akan menghadapi masalah membentuk atau menyusun barisan pentadbiran kerana beliau mempunyai sokongan yang mencukupinya.

"Buat masa ini, PKR mempunyai 13 kerusi DUN, DAP dan PAS masing-masing menguasai 15 kerusi, manakala baki 12 kerusi milik Umno dan satu bebas.

"Apa yang penting di sini adalah bukan semua Adun PAS menyokong pendirian Dewan Ulama iaitu 'ceraikan' DAP. Setahu saya dua Adun masih setia dengan Pakatan Rakyat.

"Jadi, sekurang-kurangnya Azmin boleh menyusun semula kerajaan Selangor dengan sokongan daripada 30 Adun daripada Pakatan Rakyat," katanya.

Pada masa yang sama, beliau juga tidak menolak Kerajaan Selangor akan kekal seperti sedia ada.

"PKR akan mungkin cuba menyelesaikan kemelutan antara PAS dan DAP. Kalau gagal, mereka(PKR) mungkin akan putus hubungan dengan Pusat Pimpinan PAS, pada masa sama mengiktiraf PAS Selangor," tambahnya.

"Di politik semuanya adalah munasabah," katanya lagi.

Terdahulu, DAP sebulat suara memutuskan untuk tidak lagi bekerjasama dengan PAS.

Menurut Setiausaha Agung parti itu Lim Guan Eng, keputusan ini bertitik tolak daripada usul tanpa bahas Dewan Ulama PAS yang diterima tanpa usul semasa Muktamar Tahunan parti itu yang ke-61 untuk 'bercerai dengan DAP''.

Keputusan yang diambil oleh PAS itu dalam masa sama disifatkan sebagai Lim sebagai faktor yang ''membunuh' Pakatan Rakyat.

Susulannya, PKR akan mengadakan satu mesyuarat Biro politik untuk membincang kemelutan semasa Pakatan Rakyat.

Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli berkata PKR akan membincangkan kenyataan Lim Guan Eng, kedudukan DAP dan Pakatan Rakyat pada 8.30  malam ini di Ibu pejabat PKR Tropicana Damansara. - beritadaily


Tabung Haji belum jual tanah TRX...
Story kat SINI dan SINI 





cheers.

No comments: