05 February 2014

UMNO boleh guna kuasa darurat untuk rampas Selangor...


Politik Selangor kini terlalu panas.UMNO dah hilang akal tentang cara mana depa nak kuasai semula negeri tersebut. Najib pernah berkata,'UMNO perlu pertahankan Selangor dengan apa cara sekalipun'. 

UMNO letak Najib sebagai pengerusi dengan harapan rakyat Selangor akan kembalikan BN berkuasa dalam PRU-13 lalu, namun usaha depa itu bukan setakat gagal tapi gagal dengan teruk.

Yang sedihnya,ketika UMNO dok bersungguh2 nak rampas Selangor,pemimpin2 PKR seperti Azmin dan Khalid asyik bergaduh nak jawatan MB. Hinggakan ada ura2 yang geng Azmin berserta beberapa Adun PKR lain kononnya bersedia dan sanggup untuk tukaq kapai, jadi BN friendly kononnya. 

Disamping itu pula,UMNO setelah gagal bermain dengan isu airnya,guna isu agama,isu kalimah Allah untuk menekan kemarahan rakyat Selangor. Tapi, UMNO cerdik, UMNO tak buat secara terang2 tapi UMNO 'outsource' kerja gila itu kepada NGO2nya seperti Perkasa dsbnya untuk jadi talibarut mereka,mengasak isu kalimah Allah tersebut. Dengan bantuan Jais dan Mais usaha UMNO ini telah mendatangkan hasil.

Tindak tanduk badan2 ini adalah diantara langkah2 yang telah diatur rapi oleh UMNO bagi membangkitkan kemarahan orang Melayu terhadap bukan Melayu dan sebaliknya. Dalam konteks ini kerajaan dan pemimpin2 PR yang memerintah Selangor menjadi target kemarahan rakyat Selangor. 

Jadi tak hairan kalau gomen Najib tak dapat Selangor secara demokratik,dia dan UMNO boleh rampas Selangor secara otokratik, itulah kerja UMNO yang mabuk kuasa dari dulu,kini dan selama2nya...T.Sekole

Rafizi dedah skandal Skim 1Azam lebih besaq dari skandal NFC...

Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli mendedahkan penyelewengan Skim 1Azam yang dikelola Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Rafizi berkata, Laporan Tahunan Pemandu 2011 menyatakan kerajaan membelanjakan RM690 juta antara 2010 dan 2011 bagi program membasmi kemiskinan.

Katanya, aduan penipuan diterima beliau sejak 2012 dan berlaku melalui dua cara dan sebagai contoh tuntutan beberapa perkakas berjumlah RM5,000 tetapi harga sebenar RM2,500.

“Beza RM2,500 daripada tuntutan dibahagikan antara beberapa orang yang terbabit.

Rafizi1-179x300
“Harga peralatan bantuan jauh lebih rendah daripada tuntutan dibuat kepada kerajaan kerana pembekal perlu membayar kembali perbezaan antara harga sebenar dan tuntutan kepada pegawai tertentu di kementerian,” katanya yang dipetik daripada Keadilan Daily pada sidang media di Ibu Pejabat PKR, hari ini.

Rafizi berkata, cara kedua penipuan dibuat apabila peralatan bantuan tidak sampai kepada isi rumah miskin, sebaliknya dihantar kepada pimpinan Wanita Umno setempat.

“Namun saya rasa lega apabila SPRM menahan beberapa individu dikaitkan dengan Yayasan Sayang Malaysia yang ditubuhkan khusus untuk pelaksanaan skim 1Azam,” katanya.

Beliau berkata, Yayasan Sayang Malaysia adalah sebuah syarikat yang dijamin (limited by guarantee) dan tidak banyak maklumat diperolehnya.

“Kecuali pengarahnya adalah Datuk Suhaimi Ibrahim, bekas Setiausaha Politik kepada Datuk Seri Shahrizat Jalil. 

“Saya tak terkejut ada campur tangan politik menghalang beberapa orang yang disiasat kerana disyaki menyeleweng Skim 1Azam daripada didakwa,” jelas Rafizi.

Beliau telah menulis surat kepada Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Negara (PAC), Datuk Nur Jazlan Mohamad dan Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang mendesak siasatan menyeluruh pelaksanaan skim 1Azam.

Justeru, Rafizi mendesak kuasa pertuduhan melibatkan kes penyelewengan diberikan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)

1azam“Selain memperkukuh undang-undang anti rasuah sedia ada, kita perlu meminda Perlembagaan agar kuasa pendakwaan diberi kepada SPRM.

“Ini satu kes yang cukup jelas walaupun SPRM yakin dengan siasatannya sehingga membuat pengumuman dua suspek ini akan didakwa di mahkamah.

“Dengan kuasa pendakwaan berasingan, perkara asas dapat dikembalikan. Tetapi apabila kuasa mendakwa berada di tangan Peguam Negara, perkara sama berulang,” katanya.


“SPRM sudah kumpul data, tetapi sembunyi daripada orang awam. 

 Nampaknya, kerajaan tidak telus dengan projek yang dibuat dan menggunakan nama orang miskin untuk mengayakan beberapa orang,” katanya.- selangorku

Delay proves MACC needs prosecution powers...

The delayed prosecution of two former aides of a former cabinet minister over the 1Azam scheme by the Attorney-General’s Chambers is a “fine example” of why the Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) needs to be given prosecution powers, PKR said today.

The MACC had sounded confident in announcing that the two would be produced to court last week, PKR director of strategy Rafizi Ramli said, but only to know that the attorney-general has not charged them in court until now.


“This makes it appear as though there is political intervention in this case,” Rafizi (left) said at a press conference at the PKR headquarters today.

The MACC in a statement last week said a former political secretary bearing the 'Datuk' title and a director of one of the foundations headed by the Datuk would be charged in the sessions court in Kuala Lumpur with criminal breach of trust involving more than RM1.1 million and another charge of cheating to the value of RM1 million.

Explain delay, attorney-general told

Rafizi also said it would be a major "betrayal" of the people by the BN if it was indeed true that the 1Azam scheme was used to benefit errant officers.

"This is the biggest poverty eradication programme  that the government has embarked on. As of 2011, at least 60,000 families were part of the programme," he said.

"So, if this is true, at least 60,000 families have had their trust betrayed," Rafizi added.

At a separate press conference, PAS information chief Mahfuz Omar also demanded that the Attorney-General’s Chambers reveal why it is yet to charge the the pair in court, while also questioning possible political interference.

"We ask that the attorney-general explains this matter immediately. Ironically, corruption cannot be controlled, but when there is a case that is confirmed, they don't charge," Mahfuz said.- malaysiakini




cheers.

No comments: