04 August 2013

Penyangkak balun polis pula...


Seorang anggota polis cedera di dahi, kaki kanan dan patah beberapa gigi selepas diserang sekumpulan lima lelaki bersenjatakan parang ketika melakukan pemeriksaan cegah jenayah di Jalan Kelabu Taman Pelangi.

Dalam kejadian jam 1.40 pagi, anggota polis berpakaian preman itu dikatakan menahan sebuah motosikal dinaiki dua lelaki bagi menjalankan pemeriksaan, sebelum seorang daripada mereka melarikan diri dengan motosikal ditunggangnya.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor Assisten Komisioner Azizan Anan berkata, siasatan awal mendapati empat lelaki menaiki dua motosikal tiba di lokasi ketika mangsa melakukan siasatan terhadap saspek.

Melihat keadaan cemas itu, anggota polis terbabit melepaskan satu das tembakan amara ke udara namum ia tidak menakutkan semua saspek, malah seorang terus meluru ke arah anggota itu sambil menghayun parang.

Bagi mempertahankan diri, anggota berkenaan terus melepaskan satu das tembakan ke arah kumpulan suspek, menyebabkan semua suspek, termasuk lelaki yang disoal siasat, melarikan diri.

Walaupun cedera, anggota polis itu terus berusaha mengejar suspek dan berjaya menangkap suspek yang cedera terkena tembakan.

Suspek yang cedera ditahan sebelum dihantar ke Hospital Sultanah Amanah bagi mendapatkan rawatan lanjut, manakala empat lagi suspek melarikan diri.

Azizan berkata, polis kini menjalankan siasatan bagi menahan empat suspek terbabit.

Saksi kejadian atau mana-mana individu mempunyai maklumat lanjut beraitan kejadian diminta menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 394/307 Kanun Keseksaan dan siasatan menyeluruh akan dijalankan bagi menahan suspek dan menyelesaikan kes dalam tempoh terdekat.-f/bk



Anwar, Karpal lapor polis dakwaan rasuah hakim...

Anwar Ibrahim membuat laporan polis terhadap dakwaan seorang calon BN dalam pilihan raya umum lalu, yang memetik dakwaan "surat misteri" bahawa beliau merasuah hakim dan timbalan pendakwaraya.

Turut membuat laporan, Pengerusi DAP Karpal Singh - yang turut dituduh menerima bayaran guaman RM50 juta daripada Anwar, seperti didedahkan calon BN Permatang Pauh Mazlan Ismail.

NONEDakwaan itu disiarkan oleh TV3 pada 2 Ogos serta akhbar Utusan Malaysia dan New Straits Times pada keesokan harinya.

Dalam sidang media selepas membuat laporan polis di Balai Polis Tropicana, Petaling Jaya hari ini, Anwar menyifatkan "surat layang" itu fitnah berterusan yang didakwanya ditaja Umno.

Kata Anwar, sepanjang penglibatan Karpal sebagai panel guamannya, soal bayaran tidak pernah dibangkitkan.

Justeru, tambahnya, membangkitkan soal bayaran dan dakwaan yang dilemparkan itu menghina maruah Karpal dan dirinya.

NONE"Saya bersetuju (dengan Karpal) dan mengambil tindakan bersesuaian dengan fitnah yang berterusan," katanya.

Ahli parlimen Permatang Pauh itu berkata, isu itu dibangkitkan bagi mengelakkan pelbagai isu lain, antaranya unjuran ekonomi yang lesu, kadar jenayah meningkat dan dakwaan skandal rasuah.

Mazlan sebelum ini dilapor menerima surat bertajuk "Bankleaks Anwar/Karpal" dan meminta Anwar dan Karpal memberi penjelasan berhubung isi kandungannya.

Mazlan mendakwa menerima kira-kira 6,000 laporan sama yang dihantar hampir setiap hari melalui pos atau diletakkan di dalam peti surat rumahnya.

Karpal: Kalau jantan, tunjukkan akaun

Sementara itu, Karpal berkata, dakwaan itu mengarut dan tidak ada asas.

NONE"Saya mencabar Mazlan, jika dia anak jantan tunjukkan akaun bank, nombor cek dan identiti orang yang membuat surat tersebut.

"Saya juga mencabar TV3, Utusan Malaysia dan NST untuk melakukan perkara yang sama," kata Karpal yang tidak teragak-agak untuk memfailkan tindakan undang-undang kepada tiga pihak itu.

Karpal berkata pihaknya sedang mengumpul bukti dan akan mengambil tindakan dalam tempoh seminggu.

Ahli parlimen Bukit Gelugor itu turut menggesa pejabat Peguam Negara mengarahkan siasatan mendalam susulan dakwaan yang dilemparkan kepada mereka.

Katanya, pejabat peguam negara tidak boleh berdiam diri dan perlu mempertahankan sistem kehakiman ekoran dakwaan tersebut dan harus memberi maklum balas mengenai perkara itu.-malaysiakini



AG and CJ urged to respond to judicial fixing claims...

Pakatan Rakyat wants the authorities to probe allegations that Anwar Ibrahim spent RM50 million to buy off the judges and prosecutors, a claim made by little known Mazlan Ismail, who stood and lost against the former in Permatang Pauh during the last general election.

In view of the seriousness of the allegations, DAP chairperson Karpal Singh, who was also implicated by Mazlan, said attorney-general Abdul Gani Patail and Chief Justice Arrifin Zakaria must respond.

"Mazlan should have referred to us for comments before making this serious allegation which is not only against me and Anwar but also against the judiciary and the deputy public prosecutors.

"The attorney-general cannot sit back, he has to spring into action in defence of the judiciary. Likewise, the chief justice must also respond in defence of the judiciary," he told a press conference at the PKR headquarters this afternoon.

Yesterday, Utusan Malaysia reported that Mazlan had accused Anwar of handing RM50 million to Karpal to pay off judges and prosecutors.

He also alleged that leaflets with alleged details of Anwar’s bank accounts were widely distributed in the Permatang Pauh constituency.

Both Anwar and Karpal today lodged police reports on the matter.-malaysiakini




cheers.

No comments: