
Pengagihan calon-calon di Perlis dipersetujui berasaskan nisbah lima penyokong Shahidan dan 10 orang Radzi bagi peringkat DUN. Manakala Shahidan pula kekal bertanding di kerusi lamanya di Tambun Tulang. Radzi dan Azmi Khalid pula kekal di kerusi parlimen masing-masing di Kangar dan Padang Besar.Walaupun persetujuan telah dicapai tetapi ia tetap mencetuskan rasa tidak puas hati dan bantahan di kalangan calon-calon awal yang terpaksa digugurkan.
Ketegangan tersebut berlarutan bila ramai calon-calon Shahidan diganti oleh calon-calon Radzi. Adik Shahidan yang dijangka bertanding telah diganti dengan calon wanita tetapi ketika semasa penamaan calon,adik Shahidan yang mengemukakan kertas pencalonannya.

Dr Haron juga turut membidas Shahidan secara sinis tentang perwatakan dan sikapnya yang tidak tahu malu sehingga bertemu Abdullah sebanyak tujuh kali, malah katanya ada akhbar yang melaporkan sampai sembilan kali kerana kemungkinan gagal disenaraikan sebagai calon.
"Kita bertemu Allah pun lima kali sehari, dia pi sampai jumpa PM tujuh kali. Nabi pun pesan kalau kita bagi salam dekat tuan rumah tiga kali tak berjawab, baliklah...jangan tunggu lagi. Itu adab Islam.
Begitulah tamaknya pemimpin-pemimpin UMNO yang ada sehinggakan nasihat Presiden parti sendiri pun tidak dipedulikan.
Betullah seperti kata Tok Guru Nik Aziz bahawa pemimpin-pemimpin Umno ini tak ubah macam orang utan.......

cheers.
No comments:
Post a Comment