01 July 2016

Tak dak keadilan selagi panglima Bugis bebas berkeliaran...



Pendakwaan atas tuduhan rasuah terhadap Lim Guan Eng memperlihatkan beberapa perkara yang di luar daripada kebiasaan.

Pertama, walaupun Lim Guan Eng sebelum ini memberi kerjasama penuh ketika siasatan, tetapi beliau tetap diserbu dan ditahan di pejabatnya oleh sekurang-kurangnya oleh lapan orang pegawai SPRM seolah-olah untuk menangkap seorang penjenayah besar yang berpotensi untuk melarikan diri.


Atas kedudukannya sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang, kenapakah sedikit penghormatan tidak boleh diberikan kepadanya dengan sekadar memintanya hadir ke mahkamah bagi menghadapi pertuduhan tanpa perlu bermalam di lokap SPRM? 

Kedua, pasukan pendakwaan seramai enam orang diketuai sendiri oleh Peguam Negara, Apandi Ali.  

Ketiga, jaminan yang agak besar iaitu sebanyak RM1 juta bersama seorang penjamin dikenakan ke atas Lim Gun Eng. 

Keempat, penglibatan Peguam Negara mengetuai pasukan pendakwaan dan jumlah jaminan yang dikenakan seperti tidak sepadan dengan kes iaitu hanya berkaitan pembelian banglo yang bernilai RM2.8 juta dan pertukaran status sebidang tanah.


Ia secara nyata jauh lebih kecil, bukan saja berbanding RM42 juta yang diterima Najib Razak daripada SRC International, tetapi juga daripada RM2,600 juta atau mengikut dakwaan WSJ RM4,200 juta yang masuk ke akaun peribadi Najib, yang kemudian kesnya tidak diteruskan dengan pendakwaan, malah diarahkan dihenti penyiasatannya oleh Peguam Negara.

Tindakan membesar-besarkan penangkapan, jumlah jaminan dan Peguam Negara sendiri mengetuai pendakwaan, bukan saja memperlihatkan dengan jelas sebagai bermotif politik untuk melemahkan Pakatan Harapan, bahkan juga untuk mengalihkan perhatian kepada skandal kewangan berskala besar yang melibatkan Najib dan 1MDB yang sedang diperkatakan di seluruh dan disiasat oleh sekurang-kurangnya tujuh negara.

Ia juga bertujuan untuk menjadikannya kelihatan besar dan begitu serius kesalahannya di mata umum.

Hanya dengan membesar-besarkan segala apa yang boleh diperbesarkan, barulah ia diharapkan mampu menutup apa yang diperkatakan ramai mengenai Najib selama ini.


Tetapi, seperti yang pernah disebut oleh Tun Mahathir, jika dulu rasuah berlaku secara sorok-sorok dan dibawah meja, sebaliknya di era Najib ini ia sudah terang-terangan berlaku di atas meja.

Sebab itu, dalam kes SRC International, selain Najib tidak dikenakan apa-apa pertuduhan walaupun mengakui menerima wang tersebut, dua pengarahnya iaitu Nik Faisal Arif Kamil dan Suboh Md Yassin, turut juga terlepas begitu saja.

Kedua-duanya bukan saja hilang melarikan diri atau dihilangkan ke luar negara, bahkan masih dikekalkan sebagai pengarah SRC International sehingga kini.

Berbanding dalam kes Lim Guan Eng di mana Peguam Negara mengetuai pendakwaan, beliau sebaliknya menjadi hakim dalam kes melibatkan Najib dengan mengarahkan ia ditutup dan dihentikan penyiasatan.


Pendeknya, apa yang berlaku melibatkan Najib, 1MDB dan kaitan kedua-duanya dengan Najib jauh lebih besar dan mengancam negara berbanding kes Lim Guan Eng yang tidak melibatkan kerugian kepada penjual banglo tersebut.

Jika tidak cukup besar, mana pernah sebuah syarikat milik kerajaan sampai disiasat oleh tujuh buah negara dan menyebabkan sebuah cawangan bank yang berusia ratusan tahun ditutup akhirnya di Singapura.

Membesar-besarkan nyiru kes Lim Gun Eng tidak akan menutup bangkai skandal yang lebih besar dan sudah berbau ke seluruh dunia. Malah jika 1,000 orang sekali pun didakwa dan dihadapkan ke mahkamah seperti kes Ketua Menteri Pulau Pinang itu,  keadilan tetap tersembunyi selagi Najib bebas lepas dan merdeka seperti sekarang. - shahbudin husin

People Are Calling This Mall 'Racist' For Not Putting Up Hari Raya Decorations...

Queensbay Mall in Penang is widely-regarded as one of the most creative when it comes to festive decorations, particularly their grandiose and elaborate set-ups in the past year.

Dcb9
Chinese New Year 2015.

5611
Chinese New Year 2016.

2004
Christmas 2015.

However, a complete lack of Hari Raya decorations in the mall's central atrium this year came as a shock to one of its patrons, who highlighted the issue in a Facebook post that has since gone viral.

419a
Hari Raya Aidilfitri 2016.

27b8
Hari Raya Aidilfitri 2015.

0c10
Hari Raya Aidilfitri 2014.

Meanwhile, Queensbay Mall has released a statement on its Facebook page explaining that there are no elaborate Hari Raya decorations because the central atrium is due to undergo renovations soon

In the statement released on 28 June, the mall wrote: 

"We would like to reassure you that Hari Raya Aidilfitri is an important festive occasion for our mall. In previous years, we have always had Hari Raya decorations in the centre atrium of our mall.

Unfortunately, we were unable to continue this tradition this year as the centre atrium is undergoing a major renovation involving ceiling and flooring works in a few days’ time."

A977

B1b0

After all, how did a post on the lack of festive decorations escalate into a racial, religious or even political issue? - says.com


No words need be said. No hate. No desire for revenge. 
Though his heart aches, his mind will focus on the days ahead. 
So many things to do, so little time! His work is not yet done...


cheers.

No comments: