15 July 2016

Dana 1MDB tu dibuat macam dana bapak dia punya...



Secara kasarnya, skandal 1MDB ini boleh berlaku kerana wujudnya SATU KUASA dibelakang tabir pengurusan syarikat yang begitu besar pengaruhnya sehingga segala check and balance yang diwujudkan, langsung tidak diperdulikan oleh pihak yang menjalankan tugas mengikut telunjuk KUASA itu.

Semua masalah yang berkaitan dengan 1MDB berlaku bila keputusan dibuat tanpa diberitahu atau tanpa mendapat persetujuan dari pihak ahli lembaga pengarah sebagaimana yang sepatutnya. Kalaupun diberitahu kepada lembaga pengarah, ianya adalah selepas berlakunya transaksi itu.

Dan berlaku juga kes di mana pihak pengurusan langsung tidak mengendahkan arahan yang diberikan oleh lembaga pengarah.

Pendek kata - Ada SATU KUASA yang berikan arahan seolah2 dana 1MDB itu bapak dia yang punya !

Terbitan bon yang pertama semasa 1MDB masih dikenali sebagai TIA berlaku tanpa kelulusan lembaga pengarah. KUASA itu perlukan satu dana yang besar untuk dibelanjakan, maka si balaci yang menurut perintahnya itu, berusaha ligat supaya pinjaman bon RM5 bilion yang pertama itu diluluskan juga.

Projek kontroversi usahasama 1MDB-Petrosaudi yang menelan modal awal USD1 bilion di pihak 1MDB di'paksa jadi' walaupun keseluruhan proses sehingga perjanjian usahama ditandatangani hanya mengambil masa 8 hari ! 

Samada pihak lembaga pengarah setuju atau tidak, ada bantahan atau tidak, semuanya tidak relevan. Yang penting, duit modal dipam keluar dari 1MDB seberapa segera dan mengikut perancangan yang sudah diatur. 

Seolah ada satu KUASA yang mendorong si balacinya supaya bertindak merempuh apa jua yang menghalang. Buat dulu, cerita kemudian.

Begitu juga dengan pinjaman melalui bank Yahudi Goldman Sachs. Semuanya dibuat tanpa terlebih dahulu mendapat persetujuan dari lembaga pengarah.

Langsung tidak ada sebarang prosedur sebagaimana lazimnya perlu dipatuhi dalam mana2 syarikat milik kerajaan maupun swasta. 1MDB dibuat macam milik bapak orang yang memegang KUASA itu. 

Serius beb!!!kajilah balik apajua skandal yang kita tahu berlaku dalam 1MDB...SEMUANYA ada satu persamaan iaitu TIDAK MENGIKUT PROSEDUR.

Prosedur2 itu pula bukannya prosedur2 khas yang dicipta untuk 1MDB tapi merupakan SOP yang umum untuk mana2 syarikat apalagi milik kerajaan bilamana mahu berurusan dalam perniagaan. 

Kenapa perlu dipatuhi prosedur2 itu ? Untuk menjaga kepentingan pemilik/pemegang saham(iaitu rakyat), supaya sebarang risiko diambilkira, supaya perniagaan untung, supaya tidak ditipu baik oleh pihak luar mahupun pihak dalaman sendiri.

Jadi kenapa tidak dipatuhi prosedur2 umum itu ? Kenapa main redah jer ? 

Kerana memang dari awal niatnya sudah tidak betul ! Kalau diikut prosedur2 yang ada, segala perancangan sulit yang diatur tidak akan terlaksana. Duit rakyat melalui 1MDB tidak akan boleh disonglap sebegitu mudah sebagaimana yang kita tahu sekarang selepas terbongkar.



Tanyalah diri anda sendiri, kenapa banyak sangat masalah dengan 1MDB ? Kenapa begitu payah sekali pihak 1MDB mahu menjelaskan ke mana perginya dana berpuluh2 bilion ringgit yang konon dilaburnya ?

Kenapa pelbagai kemelut berlaku contohnya dana dibayar kepada kepada syarikat palsu, dokumen pengesahan tidak ada,  Bank Negara pun ditipunya mereka, penyata bank tidak ada, melabur bilion2 melalui syarikat pelaburan yang baru diwujudkan dan tanpa lesen, kenyataan parlimen pun boleh salah, buat pinjaman dengan bunga yang terlalu tinggi dengan bank Yahudi, beli IPP lama dengan harga mahal. SEMUA itu tidak mungkin berlaku sekiranya 1MDB mengikut prosedur2 yang ada.

Perniagaan atau transaksi perniagaan 1MDB sebenarnya bukan rumit pun, tidaklah sebanyak transaksi sebuah supermarket pun. Tapi supermarket yang berlaku berpuluh ribu transaksi setiap hari pun masih boleh kemukakan akaun yang tepat. Penyata Bank siap, akaun tersedia untuk disemak.

Tapi 1MDB? Boleh hilanglah pulak dokumen2, akaun pulak sangkut dan setiap tahun minta tempoh lanjutan untuk dikemukakan.

Terkini, laporan Ketua Audit Negara yang tidak pernah dalam sejarah negara kita dirahsiakan dari pengetahuan umum telah dijadikan dokumen rahsia kerajaan yang kononnya boleh menggugat keselamatan negara! 

Jelas sekali memang ada yang tidak kena dengan 1MDB! 

Mustahil seorang CEO sanggup melakukan kesemua pelanggaran prosedur seperti yang berlaku dalam 1MDB tanpa wujudnya satu KUASA yang beri arahan. 

Yang peliknya, selepas segala laporan dibentangkan oleh PAC dan terbukti 1MDB telah rugi berbilion2 ringgit dan berpuluh bilion ringgit lagi tidak dapat dikesan, apakah pihak berkuasa dan pihak kerajaan tunjukkan kesungguhan untuk bertindak? Tidak ada!!! 

Malah segalanya cuba disenyapkan seolah2 tidak ada apa2 yang berlaku. Mereka yang bertanya pula akan dipandang serong. 

Punyalah ramai mereka yang terpelajar dalam UMNO dan kerajaan, SEMUANYA SENYAP dalam kes 1MDB. Semua jadi BODOH. Apa yang mereka pelajari sehingga peringkat Universiti jadi sampah bila kena dengan isu 1MDB. Semua jadi BISU.

Memang tepat sangatlah apa yang ditulis oleh Mahathir dalam artikel terbarunya - The Dumb People atau versi Melayunya  - ORANG BODOH.

Dek sebab 1MDB, bukan saja negara menganggung hutang dan malu yang besar, malah begitu ramai sekali dalam kerajaan dan UMNO dah jadi ORANG BODOH. 

Mereka pula cuba memperBODOHkan seluruh rakyat Malaysia supaya akur dengan keBODOHan mereka dan supaya rela dijadikan bahan ketawa masyarakat dunia yang nampak dengan jelas apa2 kemungkaran yang berlaku dalam 1MDB.

Semuanya jadi BODOH kerana Najib, Jho Low dan 1MDB.- din turtle

What is DAP doing that is threatening the Malays... 

Saya Melayu....keturunan Peta Pechawal Raja Besar Bugis di Snaghie (Sanji)....orang Bugis la tu....not a Bugis warrior....more probably my ancestors dabbled as Lanuns (pirates)....which I am led to believe, was then, not an uncommon professions among the Bugis folks of Sulawesi. 

An accident of circumstance meant that my Bugis ancestors took shelter from a storm at sea in what we now know as Malaysia. I will be remiss if I did not relate that my father and uncles did tell me that my ancestors were on their way to the Holy Land when the storm forced them to take shelter here....a most noble of ventures to undertake.... ....but bearing in mind that my ancestors did dabble in piracy...the truth of them being on their way to the holy land when the storm struck is somewhat suspect.....but I digress.

Let us go back to the "Saya Melayu bit.....". 

Let me for a few moments humor UMNO Youth whose president KJ is some one I am vaguely familiar with as he is married to my niece....but that is another story to tell. 

Again I digress....

We are told that UMNO Youth canot be faulted for protesting at the DAP headquarters a few days back as they were defending the Malays. 

I am a Malay too. I will be failing in my duty if I too do not defend the Malays. 

So will someone from pemuda UMNO tell me what we are defending the Malays against? 

Defend the Malays against the DAP in Penang? 

Let us back up a bit here. 

If memory serves me right after, from after Merdeka, Penang was first in the hands of MCA and then in 1968, in the hands of Gerakan and from 2008, in the hands of DAP. Ini semua party orang Cina. ...so apa nak bising sangat sekarang? 

Is DAP about to appoint Kit Siang or any other Chinese, as Governor of Penang? I dont think so.

Are the Chinese insisting that only Mandarin be used in its State Assembly and that Pulau Jerjak be gazeted as a Pig Rearing sanctuary? They would not dare!

Is DAP conducting a plebiscite to ask the people of Penang if they want to secede from Malaysia? I would understand why Sabah, Sarawak or even Penang would want to do so......but no, DAP is not doing so.

So what exactly is DAP doing in Penang that is threatening the Malays or. heaven forbids, Islam? But again for argument sake let us say that the DAP are indeed doing these things in Penang.

If DAP are doing any of the above things....or are even thinking of doing any of the above things.......can this UMNO controlled BN government send in the troops to physically take over the state assembly while instructing PDRM to take into custody every DAP member that they can find in Penang? Yes they can! 

And then can the same BN government led by UMNO get one of the more friendly Muftis to declare (this time for real) every DAP member in Penang a Kafir Harbi and then legally have the authorites physically eliminate every DAP member  - Malays included? Yes they can! 

So if UMNO can legally lock up every DAP member indefinitely and legally eliminate every DAP memeber via that Kafir Harbi Fatwa....where is the threat from the DAP? 

What can DAP do to the Malays? 

Kalaulah Kit Siang menghinakan Melayu in any way....anyway at all....I do not need any Pemuda UMNO's support or escort to go and look for Kit Siang  (even in DAP Hq) and give Kit Siang a piece of my mind for doing so. 

And if he or any member of DAP dares to talk back or even think of harming me....I do not need Pemuda UMNO to take care of me. Saya sendiri boleh lawan Kit Siang or any other DAP member yang nak lawan dengan saya. Tak payah ada pemuda Umno!

But I know it will never come to that....Kit Siang is a man I admire and respect. Cuba tengok apa jadi kepada president-president Umno yang lama.....semua nya kutok Umno atau keluar daripada UMNO. ....but not Kit Siang. Masih kekal dan masih setia kapada DAP. Dia seorang patriot bangsa Malaysia....bukan patriot orang Cina...dia patriot Malaysia!    

Memanglah arah yang dituju oleh Pemuda UMNO telah di pastikan oleh Najib Razak, but apa yang saya sedih sangat dia adalah president mereka, KJ, turut serta dengan perintah Najib Razak without questioning what is best for the Malays, what is best for UMNO Youth....and more critical...what is best for UMNO! 

The common consensus among many Malaysian is that UMNO is on it's last innings and we are all waiting for the Fat Lady to sing. Yang susah sikit is that the Fat Lady still wants to stay in Seri Perdana....and more worrying....her voice is not that good....so how? - Hussein A.Hamid@steadyaku47



Story kat SINI dan SINI   

Lagi tanah Melayu bakal digadai Najib.
Khazanah National tu bukan ke Najib pengerusinya?


cheers.

1 comment:

radzeeypaudzi said...

Sume jd bodoh lg dungu tahap tapir senak penis sbb pcyakan citer dr sumber kononya tk ingin dkenali dr swak rpot,rupenya sumber bg citer rekan fatasi,bkn fakta bukti atau saksi dgn fakta benar?ya pcaya tu sel2 otak tak mampu berhubung ke?sian