23 April 2015

Mahathir buat matematik 1MDB, RM27bilion kena balun ...

mahathir najib
Najib tak layak jadi PM kerana ‘kehilangan’ dana 1MDB...

1. Pengurusan kewangan Kerajaan ditadbir oleh undang-undang, kaedah-kaedah, peraturan-peraturan dan amalan. Syarikat-syarikat juga mempunyai sistem yang sama tetapi Kerajaan menguruskan sejumlah wang yang besar, terutamanya wang rakyat dan ia adalah penting bahawa pengurus mematuhi undang-undang, kaedah-kaedah dan peraturan-peraturan.

2. Rasuah wujud dalam hampir semua Kerajaan. Tetapi biasanya ia melibatkan jumlah wang yang agak kecil. Kerja-kerja juruaudit ditambah oleh pihak berkuasa anti-rasuah khas untuk memastikan bahawa seboleh-bolehnya sedikit wang Kerajaan disalahgunakan,atau pada dasarnya dicuri oleh orang yang diberi kuasa untuk menguruskannya.

3. Kerajaan boleh kehilangan wang melalui pelaburan yang silap. Kita akan tahu di mana wang itu hilang. Tetapi apabila jumlah wang yang besar hilang, maka orang-orang yang diamanahkan dengan pengurusan mesti bertanggungjawab atas kehilangan tersebut. Wang yang hilang itu "tidak sama dengan kerugian yang dialami". Kehilangan wang bermaksud wang yang hilang tidak dapat dikesan. Ini boleh berlaku kerana rasuah atau kecurian.

4. Di Malaysia PM dan TPM biasanya memegang satu portfolio tambahan. Biasanya Kementerian Dalam Negeri dan Kementerian Pertahanan silih berganti antara kedua-dua mereka. Kadang-kadang sementara menunggu calon yang sesuai, Kementerian Kewangan dipegang oleh PM. Dato Sri Najib bagaimanapun lebih suka untuk menjaga Kementerian Kewangan di bawahnya sepanjang masa. Beliau telah melantik seorang Menteri Kewangan Kedua. Ini sudah tentu adalah hak beliau, tetapi dia akhirnya harus bertanggungjawab atas apa yang berlaku kepada kewangan negara.

5. Syarat pertama bagi pengurusan wang Kerajaan adalah menyediakan bajet tahunan. Ianya disediakan oleh Kementerian Kewangan dari maklum balas oleh semua kementerian dan jabatan, bajet itu mula-mula dikemukakan kepada Kabinet. Jika diluluskan ia kemudiannya dibentangkan di Parlimen.

6. Kerajaan dijangka membelanjakan wang mengikut bajet. Jika bajet tahunan tidak dapat memenuhi keperluan terdesak Kerajaan, belanjawan tambahan boleh disampaikan oleh Kabinet kepada Parlimen. Draf belanjawan disediakan oleh pegawai-pegawai Kementerian. Kerajaan memperolehi wang melalui cukai dan yuran pelbagai jenis. Kerajaan boleh memiliki perniagaan khas seperti Petronas, yang boleh menyumbang kepada bajet.

7. Di Malaysia terdapat juga dana2 di luar bajet yang tidak boleh dikemukakan kepada Parlimen tetapi masih tertakluk kepada penelitian dan kelulusan Kabinet.

8. Kertas Kabinet adalah rahsia. Tetapi dalam kes 1MDB pembentangannya kepada Kabinet dan cara ianya diluluskan seolah-olah adalah tidak jelas. Nampaknya ada percubaan untuk menyembunyikan sesuatu di sebalik rahsia rasmi.

9. Apa yang kita tahu ialah penasihat 1MDB adalah Perdana Menteri dan Menteri Kewangan. Adalah sesuatu yang mustahil sekiranya pengurusan yang dilantik oleh PM akan menolak nasihat PM. Sepertilah Penasihat British dahulu, nasihat Penasihat itu adalah satu arahan.

10. Sejak itu tiga CEO 1MDB telah meletakkan jawatan tanpa penjelasan. Apakah mungkin kerana mereka tidak dapat menerima nasihat!

11. Kerajaan melabur satu juta ringgit dalam 1MDB. Menurut catatan rekod, 1MDB kemudian pinjam 42 bilion Ringgit dari pelbagai sumber .

12. Sebuah syarikat dengan modal 1 juta Ringgit tanpa aset tidak boleh meminjam 42,000 kali ganda modal tanpa cagaran. Tapi 1MDB mampu untuk berbuat demikian kerana 1MDB dapat jaminan Kerajaan.

13. Dalam erti kata lain, Kerajaan yang meminjam wang. Jika 1MDB kehilangan wang itu, Kerajaan akan menanggung kerugiannya. Namun operasi 1MDB tidak diawasi oleh pegawai-pegawai Kerajaan yang bertanggungjawab terhadap pengurusan dana Kerajaan.

14. Mengapakah 1MDB menjadi kontroversi? Apa yang salah dengan 1MDB?

15. Dari awal lagi dah ada banyak kesalahan. Ia bermula sebagai satu 'off-budget' dan ia tidak dibentangkan di Parlimen.

16. Wang itu dipinjam. Jadi ianya bukan kekayaan 'sovereign'  tetapi hutang kerajaan.

17. Bond yang diperolehi oleh Goldman Sachs kosnya lebih daripada yang biasa bagi pinjaman Kerajaan. Kadar faedah pada 5.9% adalah terlalu tinggi. Pinjaman kerajaan biasanya kira-kira 3% atau bawah.

18. Selain daripada komisen 10% diperolehi oleh Goldman Sachs, bererti bahawa 1MDB hanya mendapat 90% daripada wang yang dipinjam ditambah pula kena bayar faedah 100%, dan ini menaikkan kadar faedah kepada 6.6%. Pada purata 6%, faedah setiap tahun ke atas RM 42 bilion adalah kira2 RM 2.5 bilion. Sejak 2009 tidak ada pendapatan daripada semua aset 1MDB. Dan 1MDB terpaksa meminjam RM2 bilion untuk membayar faedah. Pinjaman kini berjumlah RM42 bilion.

19. Jumlah pinjaman awal adalah RM42 bilion. Setakat yang dapat dipastikan pelaburan adalah seperti berikut:

a. Pembelian Tanjong Energy (kini dikenali sebagai Tenaga Powertek Sdn Bhd) daripada Ananda Krishnan untuk RM 8.5 bilion. Ini adalah lebih tinggi daripada harga pasaran. Lesen ini dah hampir tamat.

b. Pembelian Genting Sanyen Power Sdn Bhd (kini dikenali sebagai Loji Kuala Langat Kuasa) untuk RM 2.3 bilion. Sekali lagi harganya tinggi daripada harga pasaran. Lesen ini pun dah hampir tamat tempohnya.

c. Pembelian Jimah Energy untuk RM 1.2 bilion.

d. Pembelian 70 ekar tanah di Jalan Tun Razak untuk RM320 juta iaitu: RM64.00 kaki/segi. Tanah terakhir yang dijual di kawasan itu pada RM7,000 kaki/segi.

e. Pembelian 495 ekar tanah di kawasan bekas lapangan terbang TUDM Sungai Besi(kini dikenali sebagai Bandar Malaysia) kira-kira RM 363,5 juta(RM 91.00 setiap kaki/segi). Anggaran nilai sebenar tanah ini adalah RM1,000 kaki/segi.

f. Pembelian 234 ekar tanah di Air Itam di Pulau Pinang RM 1.38 bilion pada kadar RM135.00 kaki/segi.

20. Perlu diingatkan bahawa tanah TRX terletak berhampiran dengan tanah yang baru-baru ini dijual dengan harga RM7,000.00 kaki/segi. Dengan andaian harga pasaran adalah RM3000.00 kaki/segi nilai sebenar tanah ini adalah RM 6 bilion. Oleh itu, Kerajaan telah kehilangan lebih daripada RM 5 bilion kerana 1MDB hanya bayar RM320 juta saja.

21. Berhubung dengan tanah Lapangan Terbang Sungai Besi, 1MDB bayar RM363.5 juta untuk 495 ekar - iaitu pada kadar RM91 setiap kaki/segi. Dengan andaian harga pasaran untuk tanah ini adalah RM1,000 setiap kaki/segi. Kerajaan kehilangan kira-kira RM20 bilion.

22. Tanah di Pulau Pinang adalah berkualiti rendah dan mempunyai lebih daripada 1000 setinggan. Namun 1MDB membayar RM1.3 bilion iaitu pada harga RM135 kaki/segi.

23. Ini semua adalah pembelian yang diketahui. Semuanya berjumlah RM14.7 bilion. Jadi ada kira2 RM27 bilion lagi.

24. Lebih daripada USD$1 juta dikatakan dibayar kepada Petro Saudi tanpa pengesahan tentang nilai syarikat ini atau asetnya.

25. Di manakah lagi baki wang tersebut?

26. Jumlah tertentu wang itu telah didaftarkan di Kepulauan Cayman... 
a.  Wang itu digunakan untuk apa? 
b.  Apa yang telah dibawa balik ke Malaysia? Apa yang dibawah balik dan disimpan di sebuah bank Swiss di Singapura? Mengapa? 
c.  Dari manakah wang itu dibawa balik? 
d.  Mengapa wang ini tidak digunakan untuk membayar faedah RM 2 bilion. 
f.  Mengapa Bank Negara membenarkan bahagian pertama wang dibawa pulang ke Malaysia dan bahagian keduanya tidak. 
g. Sekarang bank Swiss telah memberitahu pihak berkuasa Singapura bahawa dokumen itu tidak berasal dari mereka dan tidak mewakili akaun sebenar aset 1MDB. 
h. Jadi di manakah wang yang dikatakan didaftarkan di Kepulauan Cayman dan kini telah dikembalikan.

27. Jelas 1MDB tidak mendapat apa-apa pulangan daripada pelaburannya. Bukan sahaja 1MBD kehilangan wang tetapi Kerajaan juga telah kehilangan wang apabila 1MDB membayar hanya RM683 juta untuk tanah TRX dan Sungai Besi. Jumlah kerugian yang ditanggung oleh Kerajaan adalah lebih kurang RM 25 bilion.

28. 1MDB menilai semula semua asetnya pada RM 52 bilion. Ini kerana tanah Kerajaan telah dibeli dengan harga jauh rendah dari harga pasaran. Ia hanya boleh menggunakan wang ini untuk membayar balik pinjaman sekiranya ia berjaya menjual tanah tersebut atau aset selepas ia dibangunkan. Kemajuan TRX adalah sangat lembab dan tidak ada sebarang kerja di atas tanah di Sungai Besi. Tiada wang yang akan dijana semasa pembangunan; hanya aliran keluar saja.

29. Dengan kehilangan sejumlah besar wang  yang dipinjam oleh 1MDB dan ketidakupayaannya untuk menjawab soalan mengenai apa yang berlaku kepada wang tersebut membuat Najib tidak layak menjadi Perdana Menteri Malaysia. - chedet (Terjemahan dari teks asal di bawah oleh T/S)

1MDB

1. The management of Government finances is governed by laws, rules, regulations and practices. Companies also have similar systems but Government manages huge sums of money, basically the people’s money and it is imperative that the managers follow the laws, rules and regulations.

2. Corruption prevails in almost all Governments. But usually they involve relatively small sums. The work of auditors are supplemented by special anti-corruption authorities to ensure that as little as possible of Government money is misused, abused or basically stolen by the people authorised to manage it.

3. Governments can lose money through bad investments. We would know where the money is lost. But when huge sums of money disappear, then those entrusted with its management must answer for the disappearance. Disappearance is different from just losing. Disappearance is about money lost which cannot be traced. This can be because of corruption or theft.

4. In Malaysia the PM and DPM usually hold one extra portfolio. Usually the Ministry of Home Affairs and Ministry of Defence alternate between the two. Occasionally while waiting for suitable candidate, the Ministry of Finance is held by the PM. Dato Sri Najib however prefers to keep the Ministry of Finance under him all the time. He has appointed a second Minister of Finance. This is his prerogative of course, but he must ultimately be responsible for what happens to the country’s finances.

5. The first requisite for the management of Government money is the yearly budget. Prepared by the Ministry of Finance from feedbacks by all ministries and departments, the budget is first presented to the Cabinet. If passed it is then presented to Parliament.

6. Government is expected to spend money according to the budget. If the yearly budget cannot meet an urgent need of the Government, a supplementary budget can be presented by Cabinet to Parliament. Drafts of the budgets are prepared by officers of the Ministry. Government raises money through taxes and fees of all kinds. Government may own special businesses such as Petronas, which may contribute to the budget.

7. In Malaysia there is also off-budget-funds which may not be presented to Parliament but are still subject to scrutiny and approval of the Cabinet.

8. Cabinet papers are secret of course. But in the case of 1MDB the presentation to the Cabinet and approval by it seems to be unclear. There seems to be attempts to hide behind official secrecy.

9. What we do know is that 1MDB has as its advisor the Prime Minister and Minister of Finance. It is inexcusable that the management which is appointed by the PM would reject his advice. So like the British Advisor of old, the advice of the Advisor is a directive.

10. Since then three CEOs of 1MDB have resigned without explanation. Could it be because they could not accept the advice!

11. The Government invested one million Ringgit in the 1MDB. According to known records 1MDB then borrowed from various sources 42 billion Ringgit.

12. A company with 1 million Ringgit capital with no assets cannot borrow 42,000 times its capital with no collaterals. That 1MDB is able to do so is because of Government guarantees.

13. In other words it is Government which is borrowing the money. If 1MDB loses money, the Government will bear the loss. Yet the operation of 1MDB is not overseen by Government officers responsible for the management of Government funds.

14. Why has the 1MDB become controversial? What is wrong with 1MDB?

15. From the beginning it was wrong. It started off as an off-budget and it was not put before the Parliament.

16. The money was borrowed. So it is not sovereign wealth but sovereign debt.

17. The bond raised by Goldman Sachs costs more than is usual for Government borrowings. The interest rate at 5.9% was too high. Government loans usually attract about 3% or below.

18. In addition 10% commission went to Goldman Sachs which means that 1MDB gets only 90% of the money borrowed yet has to pay interest on 100%, raising the interest rate to 6.6%. Averaging at 6%, yearly interest on 42 billion Ringgit is about RM 2.5 billion. Since 2009 there has been no income from all the assets. And 1MDB had to borrow RM2 billion to pay the interest. The loan is now RM42 billion.

19. Total initial borrowings amounted to 42,000,000,000 (42 billion Ringgit). As far as can be ascertained the investments are as follows:

a. Purchase of Tanjong Energy (now known as Powertek Energy Sdn Bhd) from Ananda Krishnan for RM 8.5 billion. This is higher than market price. The licence was about to expire.

b. Purchase of Genting Sanyen Power (now known as Kuala Langat Power Plant) for RM 2.3 billion. Again high above market price. The licence was abut to expire.

c. Purchase of Jimah Energy for RM 1.2 billion.

d. Purchase of 70 acres of land in Jalan Tun Razak for RM320 million i.e: RM64.00 psf. Land last sold in the area was at RM7,000 psf.

e. Purchase of 495 acres of land in the former Sungai Besi TUDM airport (now known as Bandar Malaysia) about RM 363.5 million i.e: at RM 91.00 psf. Estimated value RM1,000 psf.

f. Purchase of 234 acres land in Air Itam in Penang RM 1.38 billion i.e: at RM135.00 psf.

20. It should be noted that TRX land is close to land recently sold at RM7000.00 psf. Assuming the market price is RM3000.00 psf the true value of this land is 6 billion Ringgit. The Government has therefore lost 5 billion plus because 1MDB paid only RM320 million.

21. With regard to the Sungai Besi Airport land, 1MDB paid 363.5 million Ringgit for 495 acres – i.e at RM91 psf. Assuming market price for this land is RM1000 psf. the Government lost approximately 20 billion Ringgit.

22. The land in Penang is of poor quality and has more than 1000 squatters. Yet 1MDB paid RM1.3 billion i.e at RM 135 psf.

23. These are all the purchases that are known. They all add up to RM14.7 billion. So there is approximately 27 billion Ringgit left.

24. More than 1billion US Dollars were said to be paid to Petro Saudi without verification as to the value of this company or its assets.

25. Where is the rest of the money?

26. A certain amount was registered in the Cayman Islands... 
a. What was the money used for? 
b. What was brought back to Malaysia. What was brought back and deposited in a Swiss bank in Singapore. Why? 
c. Where was the money brought back from? 
d. Why is this money not used to pay the RM 2 billion interest. 
e. Why did Bank Negara allow the first tranche to be repatriated to Malaysia and not the second tranche. 
f.  Now the Swiss bank has told the Singapore authorities that the document did not originate from them and does not represent a true account of the assets of 1MDB. 
g. So where is the money said to be registered in the Cayman Islands and is now brought back.

27. Clearly 1MDB is not getting any return from its investments. Not only is it losing money but the Government has lost money when 1MDB paid only RM683 million for TRX and Sungai Besi. Total loss incurred by the Government is approximately 25 billion Ringgit.

28. 1MDB revalued all its assets at 52 billion Ringgit. That is because Government land was brought at far below the market price. It can only use this money to repay loans if it succeeds in selling them off as land or after development. Progress on TRX is very slow and there is no work on Sungai Besi land. No money will be generated during development; only outflows. 

29. It is this disappearance of a huge amount of borrowed money by 1MDB and the inability to answer questions regarding what happened to the funds that disqualifies Najib from being Prime Minister of Malaysia. - che det





cheers.

2 comments:

Anonymous said...

the pot calling the kettle black

http://corruptedbarisannasional.blogspot.com/2009/11/most-corrupted-malaysian_2343.html

cheers


mangchik - pa habaq bang. lama xsinggah sini

ali allah ditta said...

Habaq baik bro!!! Lama tak singgah di sini???

Dapat projek baru kot?