31 May 2012

Bila nama 2 ADUN UMNO disebut dalam kes Sosilawati...


Beberapa individu penting didedahkan di Mahkamah Tinggi, di sini semalam sebagai terlibat dalam urusan pembelian tanah di Pulau Pinang melibatkan jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya, yang dibunuh, dua tahun lalu.

Selain syarikat Sosilawati, Southern Simphony, mereka adalah Adun Dengkil, Datuk Suhaimi Mohd Ghazali; pembantu peribadinya, Sabari Misran dan Adun Sementa, Datuk Abdul Rahman Palil(kiri) menerusi Syarikat Ample Quality Sdn Bhd.



Perkara itu dimaklumkan bekas peguam, N Pathmanabhan, tertuduh pertama kes pembunuhan itu.

Pathmanabhan memberi keterangan sebagai saksi pembelaan pertama selepas diperintah membela diri, semalam.

Pathmanabhan berkata, pada 2008, ahli perniagaan India, Allal Kathan Muturaja, menjual tiga lot tanah di Batu Feringghi kepada Southern Simphony dengan harga RM25 juta.

“Sebanyak RM2.5 juta deposit dibayar kepada Muturaja, RM1.2 juta oleh Sosilawati, manakala RM1.3 juta dibayar oleh saya, Suhaimi dan Sabari,” katanya.

Ditanya bagaimana kepentingan antara dia dan dua lain dijaga menerusi pembelian itu, Pathmanabhan berkata, ada satu lagi perjanjian sefahaman dibuat antara mereka dan Southern Simphony.


Manjeet: Kenapa buat perjanjian lain?

Kenapa tidak letak nama Suhaimi(kanan) dalam perjanjian jual beli dengan Muturaja?

Pathmanabhan: Sebab dia Adun, jadi tidak boleh letak atas perjanjian jual beli.

Manjeet: Sosilawati tahu fasal rakan kongsi ini? Pathmanabhan: Ya. Pathmanabhan seterusnya memberitahu, baki RM22.5 juta akan dibayar selepas tanah itu mendapat arahan pelepasan sekatan oleh Mahkamah Majistret.

 

Bagaimanapun katanya, Southern Simphony kemudian jual tanah itu kepada Ample Quality pada harga RM29 juta dan Ample Quality mahu jual kepada One United Sdn Bhd bernilai RM200 juta.

Manjeet turut kemukakan soalan kepada Pathmanabhan mengenai Abdul Rahman dan saksi itu jawab ‘dia seorang berkuasa’ dan terlibat dalam skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang, berkaitan urusan jual beli tanah.

Jawapan Pathmanabhan membuatkan Timbalan Pendakwa Raya Idham Abd Ghani membantah soalan itu, namun dibenarkan Hakim Datuk Wira Akhtar Tahir dengan syarat, Patahmanabhan hanya perlu jawab apa yang dia tahu.- sinar harian




2 UMNO ADUNs were mentioned in Sosilawati's muder trial...

Disbarred lawyer N Pathmanaban told the High Court today he had not forced millionaire entrepreneur Sosilawati Lawiya to sign a letter two years ago authorising him to withdraw RM3 million from her account with his firm.

Pathmanaban, one of four people charged with murdering her and three others, also denied having prepared the letter on Aug 30, 2010 and backdating it to Aug 11.

The letter was said to be from a company owned by Sosilawati, Southern Symphony Sdn Bhd, allegedly authorising Pathmanaban to withdraw the sum from its account with his firm.

He disagreed with Deputy Public Prosecutor Ishak Mohd Yusoff's suggestion that he had taken the letter to Sosilawati and beaten three other individuals who were with her in order to compel her to sign it.

Pathmanaban also denied having ordered Sosilawati and three others to be killed in front of him.

Sosilawati went missing in August 2010 along with CIMB Bank officer Noorhisham Mohamad, lawyer Ahmad Kamil Abdul Karim and driver Kamaruddin Shamsuddin.


Pathmanabhan and farmhands R. Kathavarayan, 31, T. Thilaiyagan, 20, and R. Matan, 21, are charged with their murders.

They are alleged to have committed the offence at Lot 2001 Ladang Gadong, Jalan Tanjong Layang, Tanjung Sepat in Banting between 8.30pm and 9.45pm on Aug 30.


Questioned by Ishak, Pathmanaban said the letter did not bear the Southern Symphony letterhead.

"She was in my office. She didn't bring her company letterhead," he said.

Asked about calls he had received from Sabari Misran, the personal assistant to Dengkil assemblyman Suhaimi Mohd Ghazali, Pathmanaban said only Sabari would be able to confirm the conversations.

Pathmanaban had testified on Tuesday, that Sabari had called him on Aug 30 to ask him to attend an arranged meeting between Sementa assemblyman Datuk Abdul Rahman Palil and Sosilawati.
 

Pathmanaban had said he had excused himself from the meeting and was in Subang Jaya on the night of Aug 30.

He denied a suggestion that his meeting with Mohamad Jamil Mohd Hassan, a former Bukit Aman Criminal Investigation Department director, was arranged to create an alibi.

Pathmanaban had also said Sabari had called him at 9.43am on Sept 2 to ask him not to mention the meeting with Abdul Rahman, should anyone ask. He agreed with Ishak that only Sabari could confirm this.

To questions from DPP Saiful Edris Zainuddin, Pathmanaban agreed that the statement for his personal bank account from September 2010 showed he had only RM61,846.85 in it on Sept 9, 2010.

He however denied that he lacked sufficient funds to pay two cheques for RM4 million made out to Sosilawati due on Sept 9.

Under re-examination by defence counsel Manjeet Singh Dhillon, Pathmanaban said he had other funds which would have allowed him to honour the cheques.

The trial before Justice Akhtar Tahir resumes on July 3.- theSundaily




cheers.

No comments: