14 November 2015

Dr.M - Wang "derma" RM2.6b dari 1MDB bukan Pak Arab...



Walaupun dipanggil polis dan disiasat atas dakwaan meminta Datuk Seri Najib Razak berundur, Tun Dr Mahathir Mohamad tanpa serik hari ini berkata, beliau akan terus mendesak peletakan jawatan perdana menteri.

Dalam posting terbaru di blognya, Dr Mahathir berkata beliau tidak akan dinafikan haknya untuk meneruskan kritikan terhadap Najib, yang ketika ini diselubungi pelbagai dakwaan rasuah dan penyelewengan wang rakyat.

"Oleh itu, saya akan terus meminta Najib meletak jawatan, tidak mempercayai penjelasan beliau tentang bagaimana beliau mendapat RM2.6 bilion itu, mengkritik pinjaman yang diambil 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan kerugian yang ditanggungnya.

"Ini hak saya sebagai seorang warganegara. Sesuatu yang sangat tidak demokratik untuk menyangkal saya hak ini,” katanya.

Dr Mahathir, 90, merupakan pengkritik tegar Najib untuk tempoh masa yang paling lama setakat ini, dan secara terbuka meminta perdana menteri meletak jawatan kerana didakwa "gagal" mentadbir negara.

Juga menjadi bahan kritikan Dr Mahathir ialah wang "derma" RM2.6 bilion yang dimasukkan dalam akaun bank peribadi Najib serta skandal milik negara yang sarat hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Beliau berkata, semasa menjadi perdana menteri, beliau juga menerima tuduhan terlibat dalam kronisme dan rasuah tetapi tidak mengambil tindakan terhadap pengkritiknya kerana menganggap kritikan sebegitu perkara biasa.

"Saya tidak mengambil tindakan untuk membuatkan sebarang tuduhan terhadap saya satu jenayah. Saya percaya tuduhan begitu satu perkara biasa.

"Jika rakyat benar-benar percaya perkara yang dikatakan tentang saya, mereka boleh singkirkan saya. Jika saya kalah, saya terima. Itulah cara yang demokratik,” katanya.

Pihak berkuasa membuka beberapa kertas siasatan selepas laporan polis dibuat terhadap bekas perdana menteri itu, manakala Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar juga dilaporkan sebagai berkata polis akan menyoal beliau berhubung komen yang dibuatnya semasa menghadiri perhimpunan Bersih 4.

Siasatan yang dijalankan adalah berkaitan Seksyen 500 Kanun Keseksaan kerana memfitnah.

Perdana menteri paling lama berkhidmat selama 22 tahun itu berkata, sehingga beliau didapati bersalah oleh mahkamah, beliau akan terus mengkritik Najib kerana percaya beliau tidak melakukan sebarang kesalahan.

"Pada pandangan saya, dan sudah tentu saya mungkin salah, bentuk soalan yang dikemukakan (oleh polis) adalah bertujuan menghalang saya daripada terus berbuat atau bercakap semua yang saya lakukan dan katakan sebelum ini.

"Jika saya berhenti, maka Najib akan bebas daripada pendedahan mengenai salah lakukan yang dilakukan sebelum ini atau akan lakukan. Orang mungkin akan lupa.

"Mahkamah mungkin memutuskan saya melakukan jenayah atas apa yang saya lakukan atau katakan. Tetapi sehingga saya disabitkan bersalah oleh mahkamah, saya akan terus percaya dan katakan, saya tidak berbuat apa-apa salah, apa-apa yang tidak demokratik,” katanya.

Beliau mengulangi yang beliau tidak percaya dengan penjelasan Najib mengatakan RM2.6 bilion itu sumbangan seorang penderma Timur Tengah kerana perdana menteri masih belum membuktikan wang itu bukan dari 1MDB.

"Saya secara terbuka mengisytiharkan saya tidak percaya RM2.6 bilion Najib itu sumbangan dari seorang Arab. Saya percaya ia dari 1MDB.

"Najib tidak membuktikan ia bukan wang 1MDB. Apabila anda mengambil sesuatu yang bukan milik anda, ia mencuri.

"Dengan mengatakan Najib mencuri wang kerajaan, ia hanya boleh menjadi fitnah jika beliau boleh buktikan beliau tidak mencuri.

"Setakat ini, beliau tidak mampu memberikan bukti meyakinkan yang RM2.6 bilion dalam akaun peribadinya itu bukan datang dari 1MDB dan oleh itu, bukan dari kerajaan.

"Fitnah hanya menjadi fitnah jika anda mengatakan sesuatu yang palsu mengenai seseorang. Buktikan apa yang saya katakan adalah palsu, kemudian barulah dakwa saya kerana memfitnah. Itu caranya," katanya.

Sebaliknya, kata Dr Mahathir, Najib campur tangan dalam siasatan terhadap skandal kewangan itu dan menggantikan pegawai yang sebelum ini terlibat dalam siasatan.

Langkah itu, katanya, tidak membantu membina kredibiliti Najib.

"Beliau menghentikan siasatan ke atas RM2.6 bilion dalam akaunnya. Itu menunjukkan beliau takut siasatan itu mungkin membuktikan dakwaan terhadapnya berasas," katanya.

"Melantik orang lain menggantikan pegawai yang asal ialah satu campur tangan dalam kerja-kerja penyiasat. Penggantian itu tidak mewujudkan kredibiliti." – tmi

There's a hint I may be charged, says Mahathir...

Former prime minister Mahathir Mohamad, 90, said he received a hint that police may charge him after the authorities quizzed him last week.

Police had questioned Mahathir on Nov 6 over his remarks made against Prime Minister Najib Abdul Razak at the Bersih 4.0 rally on Aug 30.

Speaking about the police interview for the first time today, Mahathir said he believed the police were trying to turn what he said into a crime.

"Thinking it over afterwards, I concluded that they were trying to make what I did or said in public before (into) some kind of wrongdoings, to even be some kind of criminal act.

"Although they did not say I would be charged, there was just a hint that I might be charged," he said in a blog posting today.

Mahathir had called for Najib's ouster and rubbished explanations that the RM2.6 billion in the prime minister's personal bank accounts was a 'political donation'.

The former prime minister said the questioning he experienced differed from his last encounter with the police and Attorney-General's Chambers.

"(At that time), they wanted to make me a government witness. I listened to them and concluded that there was no case for the accused person to answer so I refused to be a prosecution witness.

"This time it is not about making me a witness. They wanted answers to questions. My lawyers advised me not to answer most of those questions. So I did not," he said.

Mahathir said he had re-examined the questions posed by police to him and could not see how what he did and said were against the law.

"I did not advocate violence. In a democracy the overthrow of a prime minister or a government is a common thing.

"Recently the prime minister of Australia was overthrown by his own party. The prime minister of Romania resigned because a night-club caught fire and some people died," he said.

Mahathir also claimed that Najib ‘overthrew’ his predecessor Abdullah Ahmad Badawi even though Mahathir had been Abdullah's fiercest critic.- mk






cheers.

No comments: