05 November 2015

10 soalan ‘bocor’ untuk Arul jawab...


tony-pua_1mdb_arul-kanda_600

Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua hari ini mendedahkan sepuluh soalan bocor untuk dijawab Presiden 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Arul Kanda Kandasamy pada rancangan temu bual kelak.

Beliau tidak membawa sebarang soalan berunsur politik sebaliknya semua berkaitan aliran kewangan, malah tiada maklumat kerahsiaan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) didedah kerana ia diperoleh dalam sumber umum.

“Ini bukan untuk memperoleh keuntungan politik tetapi bertujuan mencari kebenaran sejak Arul secara konsisten menegaskan 1MDB tidak ada apa-apa untuk diseleindungkan,” katanya pada kenyataan media, hari ini.

Sepuluh soalan itu ialah:-

1. Mengapakah Bank Negara Malaysia menarik balik kelulusan untuk 1MDB memindah lebih US$1.8 bilion ke luar negara? Adakah kerana dana itu dipindah ke akaun yang tiada kaitan dengan projek usahasama 1MDB dan Petrosaudi International Limited (Petrosaudi) seperti yang didedah dalam minit mesyuarat lembaga pengarah? Adakah akaun itu dimiliki Good Star Limited dan siapa sebenarnya menguasai syarikat itu?

2. Benarkah 1MDB melabur US$1 bilion untuk memperoleh 40 peratus daripada 1MDB-Petrosaudi sedangkan Petrosaudi hanya perlu melabur haknya untuk rizab minyak di Laut Caspian di Argentina? Benarkah hak untuk rizab minyak itu dibatal Petrosaudi sekitar dua bulan selepas menandatangani perjanjian usahasama, sekaligus Petrosaudi memastikan kepentingan 60 peratus tanpa melabur apa-apa?

3. Benarkah 1MDB tergesa-gesa menandatangani perjanjian usahasama dengan Petrosaudi tanpa mendapat kelulusan lembaga pengarah seperti yang dinyatakan dalam minit mesyuarat lembaga berkenaan?

4. Kenyataan 1MDB bertarikh 31 Mac 2013 dan 2014 menyatakan US$1.4 bilion dijadikan deposit kepada International Petroleum Investment Corporation (IPIC) sebagai syarat IPIC untuk jaminan dalam isu bon 1MDB bernilai US$3.5 bilion. Bagaimanapun, penyata kewangan IPIC pada Disember 2013 dan 2014 yang diaudit Ernst & Young tidak menyatakan syarat untuk jaminan berkenaan. Laporan imbangan IPIC juga tidak menyebut deposit itu diterima atau sebaliknya. Mengapa 1MDB tidak mempersoal IPIC berkaitan deposit itu?

5. Adakah 1MDB membayar US$993 juta daripada US$1.22 bilion sebagai penebusan daripada dana pelaburan Cayman Islands dan US$975 dipinjam daripada Deutsche Bank yang menyebabkan penamatan pilihan 1MDB kepada Aabar Investments (Aabar) sebagai sebahagian syarat tambahan untuk IPIC menjamin bon 1MDB bernilai US$3.5 billion? Apakah jumlah sebenar yang dibayar kepada Aabar atau IPIC? Mengapa penyata kewangan IPIC pada Disember 2014 menunjukkan 1MDB berhutang US$481 juta untuk penamatan itu? Sebagai tambahan, jika US$993 juta itu ditebus daripada Cayman Islands tidak dibayar kepada Aabar atau IPIC, ke manakah perginya wang itu?

6. Penyata kewangan 1MDB, jawapan parlimen dan kenyataan media menyebut 1MDB Global Investment Limited meminjam US$3 bilion pada Mac 2013 untuk melabur secara 50:50 dengan Aabar. Persoalannya, bagaimana US$1.5 bilion dari pinjaman itu digunakan untuk hal lain seperti yang ditunjukkan Audit pada Mac 2014, apatah lagi usahasama itu belum dimulakan?

7. Arul ada menyatakan, berpandu kepada minit mesyuarat yang dibocor, baki pelaburan Cayman Islands yang berjumlah US$1.108 bilion sudah ditebus sepenuhnya dan disimpan di BSI Bank Singapore. Bagaimanapun, Arul menyatakan ia bukan dalam bentuk tunai sebaliknya unit dana (fund units) bernilai US$940 juta. Mengapa ia masih dalam bentuk sama, bukan tunai atau aset seperti harta dan saham? Jika ia masih bentuk sama, adakah ia bermakna dana itu tidak pernah ditebus?

8. Arul ada membuat pengumuman mengenai ‘pertukaran hutang untuk aset’ (debt for asset-swap) dengan IPIC yang dianggar bernilai RM16 bilion daripada hutang 1MDB sebagai tukaran kepada aset 1MDB. IPIC sudah mendahulukan US$1 bilion dalam persetujuan itu. Bagaimanakah 1MDB dapat menunjukkan aset yang dipindah ke IPIC pada 30 Jun 2016? Kementerian Kewangan pula menyifatkan pertukaran itu merugikan. Adakah ia kerana 1MDB gagal menunjukkan aset itu hingga mendorong kementerian membayar pampasan kepada IPIC?

9. Arul juga mengisytihar pelupusan anak syarikat, Edra Energy yang membolehkan hutang RM16 hingga RM18 juta dihapus. Bagaimanapun, jumlah hutang keseluruhan 1MDB dianggar RM36 bilion, berbanding bon US$3.5 bilion, pinjaman RM5.7 bilion dan lebih RM8 bilion pinjaman sedia ada. Jadi, pengurangan hutang kepada RM18 bilion melalui pelupusan itu masih menjadikan 1MDB memiliki hutang tertunggak. Bagaimana penjualan anak syarikat itu menyelesaikan masalah aliran tunai 1MDB sedangkan tiada aset dimiliki untuk membayar baki hutang RM18 bilion?

10. Adakah tindakan Kerajaan Persekutuan surat sokongan pada Mei 2015 kepada Bank EXIM untuk membuat pinjaman US$150 juta untuk 1MDB membayar pengambilan tanah daripada Tadmax Resources Bhd yang dianggar bernilai RM300 juta. Jika benar, berapakah baki pinjaman yang tinggal?

Selain soalan itu, Pua berkata, Ahli Parlimen Kulai dan Serdang, Teo Nie Ching dan Dr Ong Kian Ming mewakili beliau dalam menentukan semua urusan termasuk format dan perincian lain bagi rancangan temu bual berkenaan. - roketkini

3821
10 questions for 1MDB's Arul Kanda...

The 10 questions:

1. Why did Bank Negara withdraw its approval for 1MDB to transfer more than USD1.8 billion overseas? Was it because most of the funds were transferred to an account which is unrelated to the 1MDB joint venture project with Petrosaudi International Limited as revealed in the leaked Board meeting minutes which Arul Kanda has acknowledged to be true? How much was transferred to this unrelated account? Did this unrelated account belong to Good Star Limited and who owns or controls Good Star Limited?

2. Is it true that 1MDB had invested the initial USD1 billion cash to acquire 40% of 1MDB-Petrosaudi while Petrosaudi only need to invest its rights to certain oil reserves in the Caspian Sea and in Argentina for its 60% stake? In addition, were the rights to the Caspian Sea oil reserves terminated by Petrosaudi within 2 months after the signing of the joint venture agreement, which meant that Petrosaudi secured their 60% stake without investing anything significant?

3. Is it true that 1MDB had proceeded to sign the joint venture agreement with Petrosaudi in a rush, without securing the necessary Board of Directors approval at that point of time as revealed in the same Board minutes?

4. 1MDB Financial Statements dated 31 March 2013 and 2014 stated that USD1.4 billion was held as a deposit by International Petroleum Investment Corporation (IPIC) as a condition for IPIC to guarantee 1MDB's USD3.5 billion bond issue. However, the IPIC Financial Statements dated December 2013 and 2014 audited by Ernst & Young did not disclose any such condition for the provision of the guarantee. The balance sheet of IPIC also did not reflect any such refundable deposit received or held. Why hasn't 1MDB sought IPIC to clarify where the money has gone?

5. Did 1MDB pay USD993 million from the USD1.22 billion it partially redeemed from the Cayman Islands investment fund AND another USD975 million borrowed from Deutsche Bank led consortium to terminate options 1MDB granted to Aabar Investments as part of another condition by IPIC to guarantee 1MDB's USD3.5 billion bond issue? What exactly is the total sum paid and payable to Aabar or IPIC? Why is it that IPIC disclosed in its December 2014 Financial Statements that 1MDB still owes IPIC a sum of USD481 million for the said termination? In addition, if the USD993 million from the USD1.22 billion redeemed from Cayman Islands was not paid to Aabar or IPIC, where did the money go?

6. It has been disclosed in 1MDB’s financial statements, parliamentary replies and media releases that 1MDB Global Investment Limited borrowed USD3 billion in March 2013 for the purposes in investing in a 50:50 joint venture with Aabar Investments Limited where the joint venture will invest in the development of Tun Razak Exchange. The question is, how come more than USD1.5 billion of the borrowings have been utilised for purposes other than specified as disclosed in the March 2014 Audited Accounts, particularly since the joint venture has yet to be activated to date?

7. Arul Kanda had earlier informed Malaysians and 1MDB Directors, according to the above leaked minutes, that the balance of the Cayman Islands investment amounting to USD1.108 billion was fully redeemed and was held in cash in BSI Bank Singapore. However, the 1MDB President has since admitted that the redeemed amount was not cash but they were "fund units" worth USD940 million. Why are these "fund units" which were redeemed from the Cayman Island fund still in the form of "fund units" and not in cash or, raw assets like property and shares? If they were in "fund units", doesn't it mean that the Caymans fund was never redeemed in the first place?

8. Arul Kanda announced the "debt for asset-swap" deal with IPIC where the latter assumes some RM16 billion of 1MDB's debts in exchange for 1MDB's assets. IPIC has already advanced more than USD1 billion in the deal. Where is 1MDB going to produce these RM16 billion worth of assets to transfer to IPIC by 30 June 2016? The Ministry of Finance (MoF) has also indemnified IPIC in the "debt of asset-swap" arrangement. Does it mean that if 1MDB fails to produce the necessary RM16 billion worth of assets by 30 June 2016, the MoF would have to compensate IPIC accordingly?

9. Arul had declared that the disposal of its subsidiary, Edra Energy will allow it to remove RM16-RM18 billion of 1MDB's debt. However, the total debts associated to 1MDB's energy arm amounts to approximately RM36 billion, comprising of USD3.5 billion of bonds, RM5.7 billion of direct loans and more than RM8 billion of inherited loans. Hence reducing up to RM18 billion of debt via the disposal of Edra Energy will still leave 1MDB with more that RM18 billion of outstanding debt associated with its energy acquisitions. Therefore how will the sale of Edra solve 1MDB's cash flow problem since there'll be no assets left to pay the balance of the RM18 billion debt?

10. Did the Federal Government issue a "letter of support" in May 2015 to Bank EXIM to borrow USD150 million (RM600 million) where the funds was utilised by 1MDB to pay for its land acquisition from Tadmax Resources Bhd for approximately RM300 million? If so, what was the balance of the proceeds from the borrowing used for? - says.com

Image result for Nazir Razak
Semakin sukar promosikan Malaysia di pentas dunia pasai 1MDB...
Story kat SINI dan SINI   

5cde



cheers.

No comments: