17 June 2009

UMNO nak tidoq sebantal,kena ajak PKR & DAP sekali.......

Perbincangan mengenai kerajaan perpaduan antara PAS dengan Umno akan melibatkan juga dua lagi rakan kongsinya dalam Pakatan Rakyat, kata setiausaha agung PAS.

Jika Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Najib Razak tidak bersedia dengan syarat terbaru itu, "kami tidak akan mengadakan perbincangan dengan Umno," kata Datuk Mustafa Ali.

Kenyataan PAS ini dilihat sebagai usaha meredakan bantahan daripada PKR dan DAP yang sebelum ini menyatakan idea tersebut tidak pernah dibangkitkan dalam mesyuarat gabungan pembangkang dan juga menolak saranan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Bantahan terhadap cadangan kerajaan perpaduan juga muncul dalam PAS, khususnya Mursyidul Amnya Datuk Nik Aziz Nik Mat.

Mustafa mengumumkan sikap terbaru PAS dalam satu sidang media khas bagi menjawab kenyataan Najib, yang juga perdana menteri, semalam yang menyatakan beliau percaya parti Islam itu ikhlas untuk berbincang.

source:malaysiakini

Baca di sini dan sini.

Sementara itu laporan daripada mStar online menyebut bahawa Datuk Nik Abduk Aziz Nik Mat menggesa Timbalan Presiden PAS Nasharudin Mat Isa keluar parti itu dan sertai UMNO ekoran isu perbincangan kerajaan perpaduan PAS-UMNO-BN.

Sama-sama kita tunggu reaksi daripada Naj......oooops.......
Nasharuddin Mat Isa, maksud aku!

Satu lagi berita hot daripada mStar online ialah tentang gomen mengharamkan 39 laman web dan blog. Baca di sini, mana tahu U all punya blog atau website terlibat.

cheers.

No comments: