02 June 2009

Najib - terlepas Penanti, Manik Urai dok menanti..........


Jumlah undi yang diperolehi Dr.Mansor berbanding dengan apa yang telah diperolehi oleh Mohd. Fairus semasa pemilu 2008 berkurangan sebanyak 1,294 undi, iaitu satu penunrunan yang agak signifikan. Berasaskan kepada faktor inilah, Najib hari ini berkata bahawa kemenangan PKR dalam PRK Penanti sesuatu yang tidak merangsangkan.

Bila BN/UMNO menarik diri daripada bertanding dalam PRK Penanti itu, ianya dibuat semata-mata kerana Najib dan UMNO sedar bahawa UMNO akan kalah dan mungkin kalah lebih teruk. Bagi menyakinkan bahawa penarikan UMNO daripada bertanding itu adalah logik,UMNO memberi berbagai-bagai alasan yang tak masuk akal. Bapa Najib, Allahyarham Tun Razak pun tak pernah memberi alasan sebodoh itu ketika BN/UMNO tidak bertanding dalam PRK Mengelembu dalam tahun 70’an dulu.

Najib juga berkata bahawa bilangan yang keluar mengundi di bawah 50% juga tak boleh dijadikan kayu pengukur populariti mana-mana parti. Mungkin Najib juga lupa bahawa semasa PRK Parlimen Gaya 2002 dulu peratus yang keluar mengundi hanyalah 44.7% saja, berbanding dengan 46.15% di Penanti. Ketika itu BN/UMNO melalak dengan megah ke seantero dunia tentang kejayaan mereka.

Walaupun seramai 7,100 orang pengundi saja telah keluar mengundi dalam PRK Penanti baru-baru ini, tidak bererti bahawa populariti PKR sudah merosot. Kita perlu ingat tentang peranan polis dan SPR yang bermain sandiwara bagi pihak UMNO. Mereka bukan saja sekadar mengawal dengan jitu,malah meletak pelbagai syarat dan larangan,umpamanya isu-isu Altantuya dan krisis DUN Perak yang dikaitkan dengan Najib tidak boleh dibincang secara terbuka. Beberapa orang pemimpin Pakatan Rakyat dipanggil untuk disoal siasat dibawah akta hasutan dsbnya.

Penyokong-penyokong hardcore PKR tetap keluar beramai-ramai untuk menyokong Dr.Mansor. Ramai juga penyokong PKR yang tak keluar mengundi kerana mereka tahu keputusan akhirnya akan memihak kepada PKR. Lainlah kalau UMNO letak calon di situ,sudah tentu mereka akan keluar beramai-ramai untuk membenam UMNO sampai mati.

Di samping itu juga ada segolongan besar penyokong PKR yang bersimpati dengan apa yang telah berlaku ke atas Mohd. Fairus,bekas Adun Penanti, yang terpaksa letak jawatan atas alasan rasuah, dan mereka tidak mengundi kerana protes. Satu lagi sebab mungkin pengundi-pengundi di Penanti sudah jemu dengan pilihanraya, kerana sejak pemilu 2008 hingga sekarang pengundi-pengundi di Penanti sudah 3 kali keluar mengundi, iaitu semasa pemilu 2008,PRK Parlimen Permatang Pauh dan PRK DUN Penanti. Bagi penyokong PKR yang berada di luar kawasan Penanti mungkin tidak pulang kerana mereka begitu yakin PKR akan menang.

Apa-apa pun, Najib dan UMNO/BN perlulah terima hakikat bahawa yang menang di Penanti itu adalah PKR, tidak kira sama ada dengan majoriti 6,000 atau 2,000 atau 1 undi saja. Kalau UMNO masuk pun belum tentu UMNO boleh menang. Tidak perlulah Najib dan UMNO/BN bagi berbagai macam komen, kerana UMNO dari awal-awal lagi sudah cabut lari.

Najib, tak payaklah susah-susah dok pikiaq pasai Penanti lagi, nu Manik Urai dok gamit mai. Di situ kita boleh uji siapa yang lebih popular. Sambil-sambil tu bukankah lebih baik Najib pikiaq juga pasal apa hanya 45% rakyat Malaysia yang memberi 'approval rating' kepadanya,sedangkan yang lain tidak? Dalam ertikata lain dasar-dasar hang tu dah tak 'popular'. Baca di sini.


grafik:the malaysian insider

cheers.

No comments: