17 June 2009

Nasharuddin, tak payah tidoq sebantal,dakap UMNO terus..........

Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menggesa timbalan presidennya Nasharudin Mat Isa meninggalkan parti itu dan meletakkan ahli parlimen Bachok jika masih ingin kerajaan perpaduan.

"Isu kerajaan perpaduan bukannya datang daripada PAS, ia adalah lontaran (idea) peribadi. Perkara itu tidak pernah dibincangkan dalam kertas sebagai agenda PAS mahupun dalam kertas Pakatan Rakyat.

"Kalau benar Nasharuddin nak setuju (dengan kerajaan perpaduan) lebih baik dia masuk Umno, letak jawatan timbalan (presiden PAS) dan di Bachok.

"Apa buat sampah, menyusahkan," menteri besar Kelantan dipetik berkata selepas mempengerusikan mesyuarat exco kerajaan negeri di Kota Bharu hari ini.

Nik Aziz diminta mengulas kenyataan Datuk Seri Mohd Najib Razak semalam yang yakin terhadap keikhlasan PAS berhubung cadangan tersebut seperti yang dicetuskan oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang baru-baru ini, lapor Bernama.

Kenyataan tokoh ulama PAS ini yang paling keras pernah dikeluarkan selepas menuduh beberapa pemimpin atasan PAS yang bersetuju dengan idea tersebut sebagai "boneka Umno."

Khamis lalu, mengulas isu kerajaan perpaduan yang semakin bercelaru dalam PAS susulan kemunculan semula isu tersebut ketika muktamar awal bulan ini, Nik Aziz berkata:

"Saya tak boleh lari daripada keputusan Muktamar PAS di Ipoh tahun lalu... keputusannya ialah menyokong Pakatan Rakyat.

"(Yang sokong) perpaduan ini boneka Umno, terang dan jelas.

"Suara sumbang dari PAS untuk buat kerajaan perpaduan ini adalah boneka Umno."

Dalam kenyataannya hari ini, Nik Aziz dilaporkan berkata "beliau kesal dengan pendirian Nasharuddin kerana PAS Kelantan menerimanya sebagai calon di parlimen tersebut" pada pilihanraya umum 2008.

Menurut agensi berita itu lagi, beliau juga berkata PAS dan Pakatan Rakyat kini "telah masuk perangkap Umno" berhubung isu berkenaan sehingga menimbulkan pecah-belah dalam kalangan mereka.

"Orang Umno sekarang ini sedang berpesta kerana PAS sedang berpecah dan Pakatan Rakyat sedang berpecah," katanya.

Beliau juga dilaporkan berkata jika agenda kerajaan perpaduan itu benar-benar ingin dijadikan satu realiti, BN seharusnya melantik pemimpin daripada gabungan pembangkang untuk jawatan menteri.

"Kalau semua setuju...PAS jadi menteri, DAP jadi menteri dan Keadilan jadi menteri," katanya.

source:malaysiakini

Cadangan Tuan Guru tu bagus sekali. Since, Nasharuddin terlalu gian sangat nak bentuk kerajaan perpaduan, tak payahlah melibatkan PAS. Elok Nasharuddin mohon masuk UMNO terus.

Lepas itu kalau Nasharuddin anak jantan, letak jawatan sebagai MP Bacok dan bertanding atas tiket UMNO. Tentu brother Najib akan calon Nasharuddin sebagai calon UMNO dan bertanding dalam PRK Bacok nanti.

Kalau Nasharuddin menang dia bolehlah bawa PAS join UMNO tapi kalau kalah, nyatalah dalam PAS dia seorang saja yang dok galak nak berdakap dengan UMNO.........

cheers.

6 comments:

Anonymous said...

Hadis riwayat Abu Masud ra., ia berkata:
Nabi saw. pernah memberi isyarat dengan tangan ke arah Yaman, seraya bersabda: Ingatlah, sesungguhnya iman ada di sana, sedangkan kekerasan dan kekasaran hati ada pada orang-orang yang bersuara keras di dekat pangkal ekor unta ketika muncul sepasang tanduk setan, yaitu pada golongan Rabiah dan Bani Mudhar. (Shahih Muslim No.72)

Anonymous said...

Hadis riwayat Anas bin Malik ra., ia berkata:
Rasulullah saw. bersabda: Tanda kemunafikan adalah membenci sahabat Ansar dan tanda keimanan adalah mencintai sahabat Ansar. (Shahih Muslim No.108)

Anonymous said...

maksudnya... kalau dengan (DAP)karpal n lim kit siang kafir laknatullah tu boleh baik... apa salahnya UMNO?

Anonymous said...

UMNO nih umpama Yahudi Melayu...sebab tuh lah tak leh buat baik sgt...sudah byk kali tikam belakang org Melayu sendiri demi kepentingan perut sendiri, anak-beranak, sanak saudara dan kroni mereka saje...At least, DAP nampak terang-terang benda yg salah disisi Islam yg dibuat oleh UMNO..ketidakadilan sistem kehakiman, rasuah yg terang-terangan, menghalang hak asasi manusia, hidup mewah bagaikan Raja..malah kalahkan Raja2x Melayu sendiri...

Oleh itu baik jauhkan diri dari UMNO nih..biar mereka jadi Pembangkang dan sedar langit tinggi rendah, lepas itu baru boleh bawa bincang dgn depa...selagi UMNO berkuasa, putar-belit mereka akan terus berleluasa.

Melayu boleh terus bersatu dibawah PAS dan jadikan PAS sebagai alternative dan Parti Penaung Org Melayu dan Islam...InsyaAllah..bersatu dibawah payung Islam akan lebih selamat dan terjamin oleh Allah SWT dari bersatu dibawah Parti Kebangsaan yg meletakkan Islam sebagai penyeri adat-istiadat dan pelengkap Majlis baccan Doa Selamat jer..

Rgds/Ir Fariz Salleh, KL

Unknown said...

Hello Anon,

Umno adalah parti melayu, bukan islam. Orang umno mengaku islam kerana perlembagaan mensyaratkan melayu mesti islam. Umno munafik.

Munafik tu lagi teruk dari kafir. Orang munafik kan ahli neraka.

Kalau berjuang islam, tak perlu orang melayu yang munafik. Lebih baik kualiti yang islam dari kuantiti yang munafik.

Unknown said...

PAS pun ada yang munafik - tengok saja lah bagaimana mereka duk klentong cerita - mula-mula nafi, lepas tu bila rahsia dah pecah akui pulak - tapi bukan nak bentok kerajaan hanya nak bincang-bincang aje - lepas tu - ohh hanya kalau PKR dan DAP ada sama. Cerita dok berubah - tak tahu mana nak tutup lubang yang bocor. Jadi tak habis-habis nak klentong ahli sendiri !! Yang Pa' Lebai pulak tak habis habis keluarkan hadis dan ayat ayat Quran - berjela-jela panjang tapi tak nak akui yang orang yang duk terkial-kial nak kan muqabalah tu sememangnya pembohong besar. Bukankah orang yang suka membohong itu munafik? Tak usah lah Pa' Lebai ini anggap yang ketua mereka itu maksum just because dia berserban besar dan berjubah. Munafik zaman Rasulullah saw pun berjubah juga dan berserban besar juga.