18 June 2009

Nasharuddin, sertailah Nakaei Ahmad dalam UMNO..............



Cadangan tuan guru sememang ada asasnya. Dulu yang memecah belah perpaduan PAS adalah UMNO, sehingga terbentuknya Berjasa danHamim. UMNO buat demikian kononnya hendak menyatupadukan masyarakat laksana mimpi Najib 1Malaysia, selepas 13 May 1969 bila UMNO/Perikatan kalah teruk dalam pilihanraya tahu n tersebut. Namun sebenarnya niat UMNO berbuat demikian kerana UMNO ketika itu sudah menjadi lemah dan sokongan orang Melayu terhadapnya mula pudar.

Tahun 2009, taktik yang sama hendak digunakan UMNO bagi memecahkan Pakatan Rakyat, selepas UMNO kalah teruk dalam pemilu 2008.

Sebenarnya, idea kerajaan perpaduan ini dibangkitkan oleh UMNO beberapa hari selepas pemilu 2008 bila UMNO terkeju t beruk melihat mereka sudah hilang kuasa di Kedah,Perak,Selangor dan Wilayah Persekutuan. Lantas pemimpin-pemimpin UMNO bertemu PAS bagi membincangkan untuk membentuk kerajaan perpaduan,terutamanya di Perak bila UMNO sedar kuasa pemerintahan akan berpindah kepada DAP. Namun atas kebijaksanaan PAS usaha UMNO itu gagal.

Najib ada bertemu dengan Nasharuddin di luar negeri dan berbincang macam mana perpaduan Melayu boleh kembalikan. Apa Najib janji kepada Nasharuddin dalam pertemuan itu, tak siapa yang tahu kecuali Nasharuddin dan Najib sahaja. Tetapi daripada riak dan tingkahlaku Nasharuddin yang begitu galak sangat nak bentuk kerajaan perpaduan, sudah tentu imbuhan yang akan diterimanya tentulah besar, mungkin jawatan Timbalan Perdana Menteri 1 atau 2.....allahu a'alam.



Eloklah Nasharuddin ikut contoh ustaz Nakhaei Ahmad masuk UMNO tak payahlah bawa PAS bersama. Kadang-kadang aku heran juga macam mana Nasharuddin Mat Isa dan gangnya ini boleh lupa apa UMNO telah lakukan kepada PAS, seperti rampasan kuasa di Perak, tarik duit royalty semasa pemerintahan PAS di Terengganu, pengharaman Sekolah Agama Rakyat, peristewa Batu Burok, tragedi Memali dam bermacam-macam lagi kezaliman UMNO.

Kalau DAP boleh nampak perangai jahat UMNO, seperti kaki rasuah, kaki betina, pekuda polis dan hakim,menyamun harta kerajaan dan sebagainya, apakah Nasharuddin dan gang sudah jadi buta kot? Fikiran jadi meloya bila mereka dijanji dengan jawatan-jawatan tinggi dalam kerajaan perpaduan. Di mana letak prinsip perjuangan mereka? Betul kata tok guru, mereka ini tidak bermoral......

Tuan Guru Nik Aziz memang bijak dalam menangani isu kerajaan perpaduan ini . Sebaik saja tok guru menyarankan supaya UMNO juga harus beri jawatan menteri bukan saja kepada PAS, tetapi juga kepada DAP dan PKR dalam kerajaan perpaduan, mulalah dengar suara-suara sumbang daripada beberapa pemimpin-pemimpin UMNO lain.........

Baca di sini dan sini.

cheers.

3 comments:

Hamba said...

Nasha dah dijangkiti virus $$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$! sesiapa je yg dah tidur berdakap2 dgn najib kat luar negara mesti terjangkit dgn virus ni. Sedangkan virus H1N1 pun mudah terjangkit melalui udara inikan pulak virus $$$$ yg lagi mudah terjangkit bila kertas warna warni penuh dalam beg di sorongkan!

Unknown said...

Dont just look at Nasha. He is only the front man. Look too at the powerful PAS triumvirate of Hadi Awang, Nasharudin and Mustapha Ali. This triumvirate is being backed by PAS Selangor, PAS Terengganu and the Dewan Ulama. Asking Nasha alone to leave does not end the problem. What is needed is a thorough cleansing and a deep purge of the party.

Anonymous said...

I agree with abuzar above.

And the purging of these characters should have been done in their last elections.

Check the delegates for moneypolitics or M1P1 virus. Virus-carrier - Mstopa Ali, infected from Hasan Ali. Are they brothers?

A Fellow Muslim.