24 June 2009

UMNO mahu kuasa majoriti 2/3 sebenarnya,bukan kerajaan perpaduan..........


UMNO pikiaq mereka boleh menggoda PAS dengan konsep kerajaan perpaduan. Walaupun cadangan itu berasal daripada PAS, tetapi apa yang PAS maksudkan dengan kerajaan perpaduan adalah totally berbeza dengan apa yang diharapkan oleh UMNO.

Cadangan kerajaan perpaduan PAS adalah berkisar kepada perbincangan dengan UMNO tentang beberapa isu yang menjadi topi hangat di kala ini,seperti isu sistem kehakiman, PDRM,
SPRM,SPR yang tidak telus dan berat sebelah, soal DUN negeri Perak, masalah ekonomi serta gejala-gejala sosial yang membelenggui anak muda di negara kita hari ini.

Sebaliknya UMNO sangka dengan terbentuknya kerajaan perpaduan, maka beberapa agenda UMNO yang kini tergugat boleh dipulihkan semula. Antaranya,

a. Perpaduan orang-orang Melayu. Isu perpecahan di kalangan orang Melayu adalah kerana sikap ego pemimpin-pemimpin UMNO sendiri yang sombong dan tamak. Kerana bosan dengan lagak UMNO, orang Malayu beralih kepada pembangkang.

b. Bila terbentuk kerajaan perpaduan nanti, UMNO akan berkongsi kuasa semula di Kedah,Perak dan Selangor, walaupun MB-MBnya bukan daripada UMNO. Secara tak langsung UMNO boleh teruskan berkuasa dan pemimpinnya mengaut harta rakyat.

c. Bila terbentuk kerajaan perpaduan, UMNO akan dapat kembali kuasa majoriti 2/3 di Parlimen dan DUN negeri. Dengan adanya kuasa majoriti 2/3 ini UMNO akan melakukan persempadanan semula kawasan-kawasan pilihanraya dengan memecah belah kawasan-kawasan yang dikuasai pembangkang towards their advantage.

d. UMNO tahu bahawa Sabah dan Sarawak adalah "fixed-deposit" mereka, seperti kata Salleh Tun Said,"Sabah Umno Youth must play a vital role in ensuring that Sabah remained Barisan Nasional's (BN) "fixed deposit" assets". Oleh itu, UMNO akan menambahkan lebih banyak kerusi parlimen di Sabah dan Sarawak nanti, supaya walaupun UMNO tewas teruk di Semenanjung Malaysia, UMNO tetap akan berkuasa dengan bantuan kerusi-kerusi yang dimenangi di Sabah an Sarawak.

Pendek kata tujuan sebenar UMNO mahu konsep kerajaan perpaduan ini berjaya kerana UMNO mahu sambung talian hayatnya untuk meneruskan tradisi menipu rakyat. Demikianlah dalam Najib's 1 Malaysia, semua dah tahu UMNO kaki temberang..........

Baca di sini,sini,sini dan sini.






cheers.

No comments: