14 April 2009

Terengganu: 10 ADUN boikot, paksa MB undur.......

Sepuluh ADUN Barisan Nasional memulaukan DUN Terengganu pada hari kedua persidangan selepas beberapa orang daripada mereka menerima ugutan "YB tak sayang nyawa?" malam tadi.

Mereka kini berada di beberapa tempat di negeri itu kerana bimbang keselamatan mereka tidak terjamin, kata ADUN Ajil, Datuk Rosol Wahid kepada Malaysiakini hari ini.

Tiga ADUN penyokong kerajaan membuat laporan polis tengah malam tadi setelah menerima mesej SMS berbentuk ugutan - dispekulasikan berhubung usul undi tidak percaya terhadap menteri besar Terengganu.

Rosol bagaimanapun menafikan ketidakhadiran 10 ADUN tersebut termasuk beliau sendiri sebagai langkah menjatuhkan Datuk Ahmad Said seperti diura-urakan sejak minggu lalu. Selain beliau sendiri, ADUN Paka, Zakaria Abdullah dan ADUN Permaisuri, Abdul Halim Jusoh membuat laporan polis selepas mendapat mesej SMS jam 11.20 malam.

Krisis terhadap kepemimpinan menteri besar Terengganu kali ini genap setahun selepas perebutan kuasa antara Ahmad - yang disokong oleh istana - dengan menteri besar waktu itu Datuk Seri Idris Jusoh.

10 ADUN yang tidak hadir adalah: Rosol Wahid (Ajil), Din Adam (Bukit Besi); Alias Abdullah (Alur Limbat); Zawawi Ismail (Kuala Berang); Abd Halim Jusoh (Permaisuri); Ramlan Ali (Jabi); Zakaria @ Mohd Ariffin Abdullah (Paka); Muhammad Ramli Nuh (Tepuh); Muhammad Pehimi Yusof (Kota Putera); Wan Abdul Hakim Wan Mokhtar (Air Putih).

BN menguasai 24 kerusi DUN, sementara PAS pula 8 kerusi.

source:malaysiakini

Kalau UMNO masih menuduh Nizar mabuk kuasa, cuba lihat apa yang berlaku di Terengganu hari ini.

Kalau ini bukan mabuk kuasa, apakah jadah semua ini......

Btw. will Idris Jusoh or Rasol Wahid seeks PAS to bring down Ahmad Said's gomen? Only time will tell.

Lawang jangan tak lawang......

Baca di sini dan sini.

cheers.

No comments: