01 April 2009

Kalu sebut liwat boleh tapi Altantuya tak boleh..........

Anwar Ibrahim tidak faham dengan arahan Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang melarangkan dibangkitkan isu pembunuhan Altantuya Shaariibuu dan keputusan Sultan Perak, dalam kempen tiga pilihanraya kecil sekarang.

"Saya tidak faham kenapa Menteri Dalam Negeri, (Datuk Seri Syed Hamid Albar) tidak membenarkan (kita) bercakap tentang (isu pembunuhan) Altantuuya.

"(Arahan) Itu janggal. Tidak pernah ada larangan (seperti itu) dalam sejarah pilihanraya. Kalau subjudis, bawa ke mahkamah. Kalau rasa terganggu, Najib boleh saman," kata Anwar kepada pemberita dalam satu sidang media malam tadi.

Larangan tersebut dikeluarkan secara mengejut semalam kepada parti-parti bertanding di tiga kawasan pilihanraya kecil oleh menteri berkenaan, setelah masuk hari ketiga berkempen di Parlimen Bukit Gantang di Perak, DUN Bukit Selambau di Kedah dan DUN Batang Ai di Sarawak.

Kematian tragis wanita muda Mongolia itu sering dikaitkan dengan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan kes kenalan akrabnya Abdul Razak Abdullah Baginda.

Sementara itu, Pengarah Strategi PKR, Saifuddin Nasution, yang turut membantah keputusan Syed Hamid Albar melarang dibangkitkan isu pembunuhan Altantuuya dan keputusan kontroversi Sultan Perak.Beliau mendakwa, larangan itu bertujuan untuk melindungi Najib, yang baru sahaja dipilih menjadi presiden Umno, Sabtu lalu.

"Isu Altantuuya tak boleh cakap. Keputusan Sultan Perak tak boleh pertikai.

"Kita ada hujah nak balas tapi tak boleh cakap. Kita nak cakap tapi tak boleh.

"Jadi siapa yang takut, siapa yang bimbang? (Datuk Seri) Anwar atau (Datuk Seri) Najib? (Datuk Seri) Abdul Hadi atau Najib? Datuk Nik Abdul Aziz atau Najib?" soal Saifuddin yang juga ahli Parlimen Machang kepada hadirin.

Lantas, hadirin yang hadir menjawab dengan berkata,"Najib"

source:malaysiakini

Orang yang takut dan bimbang selalu kenakan larangan. Dalam kes Altantuya ini, Najib telah dikaitkan dengan kes tersebut. Najib dah bersumpah yang dia tak kenal siapa gadis Mongolia itu. Namun rata-rata orang,kecuali orang-orang UMNO, masih tidak yakin dengan perkara tersebut dan ini termasuklah media-media massa luar negara. Berbagai pertuduhan telah dibuat oleh media-media berkenaan.

Jadi adalah lebih Najib bersihkan namanya dengan cara menyaman media-media tersebut yang membuat tuduhan berkenaan. Kalau sudah bersumpah yang dia(Najib) tak kenal gadis Mongolia itu,nak takut apa..............

Jadilah anak jantan untuk menangkis tomahan-tomahan tersebut. Tetapi jangan salahgunakan kuasa dengan mengarahkan polis untuk tutup kes Altantuya daripada pengetahuan orang. Perbuatan begini nampak sangat yang engko(Najib) pengecut..........

Kalau orang sebut " liwat" boleh tapi "Altantuya" tak boleh......Pooooooorah!!!!!


Baca sini.

cheers.

4 comments:

Anonymous said...

Syed Hamid Albar wants all parties not to touch on sensitive or seditious issues such as the Altantuya murder case and Malay Rulers during their ceramah.

Syed Hamid said: “Both cases are still in court. As such, talking about them or bringing them up in crowds can be subjudice or contempt of court.”

Anonymous said...

Hei!what about sodomy II, the case is still in court and why those UMNO speakers touching on it,Mr. Syed Hamid?

Anonymous said...

"That one OK mah, but Altantuya cannot one,wait Najib wont appoint me Minister anymore!"

Syed Hamid Albar.

Anonymous said...

Cari Makan maa, ini disebut Demokrasi terpinpin dalam filem 3 Abdul. Demokrasi tengkorak kau Hamid.