27 April 2009

"Biar saya lawan PKR di Penanti kalau UMNO tak mau" - calon bebas........

Bekas Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pulau Pinang, Aminah Abdullah berharap Barisan Nasional (BN) "tidak bertanding bagi membolehkannya" menentang calon PKR di pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan bertemu hari ini untuk mengumumkan tarikh pilihan raya kecil kerusi itu yang kosong sejak 16 April lalu.

"Bagi saya melawan (calon) PKR... ini satu cabaran kepada PKR kerana (menunjukkan) sudah ada pemimpin bawahan yang sudah mula mencabar kepimpinan parti itu.

"Ini satu tamparan kepada PKR, apabila bekas Ketua Wanita bertanding di Penanti.

"Saya berharap BN tidak bertanding, biar bagi saya laluan untuk lawan PKR," kata Aminah, 56, sambil mengakui ia cuma harapannya memandangkan semua orang ada hak untuk bertanding termasuk Umno dan BN sendiri.

Bagaimanapun tegas beliau, sama ada BN turun gelanggang pilihan raya kecil Penanti ataupun sebaliknya, "saya tetap bertanding."

"Saya sudah membuat keputusan dan saya tidak akan menarik diri daripada bertanding," katanya lagi.

Oleh kerana BN masih mengkaji sama ada mahu menurunkan calon ataupun sebaliknya, jelas Ketua Wanita PKR Negeri dan bahagian Bukit Bendera, biarlah beliau selaku bekas pemimpin PKR membawa cabaran menghadapi calon PKR - komponen Pakatan Rakyat itu.

Ketika ditemui hari ini, beliau yang turut dikenali sebagai "Kak Min" dengan ditemani Mohd. Rofi dan tiga daripada empat anaknya berkata, kekosongan kerusi DUN Penanti berikutan peletakan jawatan penyandangnya Mohammad Fairus Khairuddin merupakan peluang terbaik bagi membuktikan tiadanya prinsip "kebenaran, keadilan dan ketelusan" dalam PKR.

"Jika ada keadilan dan kebenaran dalam PKR, tidak akan ada pilihan kecil di Penanti," kata beliau sambil menambah, keputusan untuk bertanding di Penanti tidak dibuat secara emosi.

"Hasrat (untuk bertanding) dah lama, ia semata-mata untuk menegakkan keadilan dan kebenaran... keputusan ini tidak dipengaruhi oleh emosi ataupun tekanan mana-mana pihak," kata beliau yang sepatutnya bertanding pilihan raya umum Mac 2008.

"Kini apabila wujud kekosongan Penanti, membabitkan kerusi PKR, saya lihat sebagai satu peluang untuk mencabar kepimpinan PKR," ujar beliau.

"Kak Min tidak pandai bermain politik, tetapi Kak Min suka bekerja untuk membantu rakyat," kata beliau yang mengakui sudah menyusun strategi menghadapi pilihan raya kecil ini.

Bagaimanapun beliau enggan berkongsi strateginya.

source:mStar online

Baca di sini dan sini.



cheers.

1 comment:

narapidana said...

Saya amat terkejut dan terkilan bilamana mendengar pimpinan PKR menggelar Aminah Abdullah sebagai MInah ronggeng…! selaku ahli PKR, sedikit sebanyak telah mencalarkan kepercayaan saya dan sokongan saya pada PKR. Mengapa perlu ada politik mengata-ngata dan maki hamun. saya nampak, pemakian, pengataan orang telah di’halalkan’ oleh PKR. satu cara politik yang tidak matang.. meminjam kata2 Karpal Singh ‘Azmin Ali harus bertaubat!”. dengan hanya kata2 tersebut, undi saya kali ini akan beralih kepada bukan PKR…

Datang beramai2 malam ini 29hb May 2009 di Simpang Tiga Kubang Ulu untuk mendengar siri ceramah Kak Min dengan beberapa speaker bekas pimpinan tertinggi PKN dan PKR. Beberapa pendedahan akan dibuat malam ini berkenaan halatuju sebenar PKR yang telah menyimpang.. Hebahkan… datang..