03 April 2009

Khir Toyo, berdepan saja dengan Selcat kalu berani............

Mohamad Khir Toyo menafikan anak syarikat berkaitan kerajaan (GLC) negeri Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) membayar kos lawatan anak-anak dan pembantu rumahnya ketika lawatan ke luar negara, termasuk dua Disneyland.

"Tidak benar PNSB diarahkan membayar perjalanan anak-anak dan pembantu rumah saya ke mana-mana lawatan kerja saya," kata bekas menteri besar itu.

"Seingat saya tiada satu pun perjalanan anak-anak saya dan sesiapa sahaja yang tidak layak mendapat pembiayaan menggunakan wang PNSB mahu pun wang kerajaan.

Menulis di blog peribadinya semalam, ADUN Sungai Panjang menambah, siasatan awam Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (Selcat) DUN Selangor bertujuan memburuk-burukkannya, "tanpa berminat mencari kebenaran."

Dr Mohamad Khir enggan hadir di pendengaran awam itu yang ditubuhkan sejak minggu lalu bagi menyiasat penggunaan dana GLC dalam kegiatan Badan Amal dan Kebajikan Isteri-isteri Selangor (Balkis) - waktu itu diketuai isterinya Zaharah Kechik.

source:malaysiakini



Tak payah bagi apa-apa penjelasan Khir Toyo ooi...... Kalu kau anak jantan hadir saja dan berdepan dengan Selcat dan nafikan tuduhan-tuduhan itu.

Maklumat-maklumat salahguna kuasa didedahkan oleh pegawai-pegawai PNSB sendiri.

Buat apa berselindung di sebalik blog dan menyalak mengatakan semuanya salah........

Toyo.....toyo.........nasi dah jadi bubur, sapa nak percaya kat hang lagi!




cheers.

1 comment:

Anonymous said...

Elok le....3 muka penyamun yang dok melaung ketuanan Melayu!!!!!