06 February 2011

'My Balik Pulau' pula dah, bilalah UMNO nak henti berbohong ni...

Ini apakah jadah pula cerita yang dibangkitkan oleh Adun Pulau Bentong,YB.Muhammad Farid tentang risalah 'My Balik Pulau' yang kononnya menghina orang2 Melayu?

YB.Muhammad Farid dipetik dalam laporan tersebut sebagai berkata, "meskipun tidak diketahui niat sebenar risalah tersebut diedarkan, dipercayai ia merupakan cubaan pihak tertentu untuk mengaburi rakyat tentang sejarah kawasan yang dihuni majoriti orang Melayu itu." Adun berkenaan turut mendakwa, risalah berkenaan "seolah-olah mahu menggambarkan bahawa Balik Pulau bukan dibuka oleh orang Melayu."

Adun UMNO Pulau Betong itu telah menggembar-gemburkan risalah 'My Balik Pulau' dengan sentimen perkauman di Utusan Malaysia yang membuat laporan besar bertajuk 'Lupa sejarah, hina Melayu'. Dia menuduh bahawa risah tersebut adalah keluaran kerajaan PR negeri Pulau Pinang.

Sementara itu, KM Pulau Pinang Lim Guan Eng hari ini menuntut ADUN Pulau Betong Muhammad Farid Saad agar memohon maaf atas tuduhan bahawa kerajaan negeri itu bertanggungjawab ke atas satu risalah yang didakwa "menghina orang Melayu. Lim menjelaskan, risalah 'My Balik Pulau' itu sebenarnya dikeluarkan oleh kerajaan persekutuan dan bukannya oleh kerajaan negeri Pulau Pinang. Katanya, "Sekiranya betul 'My Balik Pulau' lupa sejarah dan hina Melayu, maka yang lupa sejarah dan hina Melayu tidak lain tidak bukan adalah Umno dan kerajaan persekutuan sendiri," kata Lim lagi.

Lim mendakwa, risalah berkenaan turut mencatatkan nama penyumbangnya iaitu Kementerian Pelancongan serta pemimpin Umno Balik Pulau "termasuk pusat sumber Muhammad Farid sendiri." Akan tetapi semua jentera media massa Umno dan blog serta Utusan Malaysia terus menyebarkan fitnah terhadap kerajaan negeri (Pulau Pinang) kerana terus pinggirkan orang Melayu," katanya lagi.

"Adun UMNO Pulau Betong didesak menarik balik dan meminta maaf secara terbuka kepada kerajaan negeri (Pulau Pinang) atas fitnah jahat ini. Sekiranya beliau gagal pada minggu depan maka tindakan tegas akan diambil," kata Lim dalam satu kenyataan hari ini.

source:malaysiakini.

Read 'Guan Eng blames Umno for ‘misleading booklethere.

cheers.

5 comments:

Anonymous said...

Satu lagi kelentong UMNO ngok!!!

Anonymous said...

LGE should have waited a little bit longer for this sory to play out instead of rebutting 'too' early.

Anonymous said...

Bukankah sebelum Fancis Light jumpa Penang dulu,pulau ini telah didiami oleh Pedagang Arab,Mamak dan Cina? Yang Melayu tu mai kot mana?

Anonymous said...

watever it is ... this is Tanah Melayu ... so wats that mean?
Appreciate wat u have b4 its gone forever. See wat Lee Kuan Yew had done to spore?
Wat his latest statement bout Islam in spore?
Its gonna be the same momentum for LGE 1 day.
DAP n PAP having the same ideology.
The only way to control Penang ... demolish all Malay Village.

earthy moony said...

nice info..
would u like to visit back my site ?
http://earthy-moony.blogspot.com/
thanks :)