17 February 2011

Dulu tilam,sekarang bulu,carpet,seluar dalam.....

Kalau dalam sodomi I, kita lihat tilam diusung naik turun mahkamah, sodomi II yang diusung naik turun mahkamah adalah, helaian bulu kemaluan,seluar dalam,cadar dan carpet.

Ketua Unit Jenayah Berat Jabatan Kimia, Dr Seah Lay Hoong mengemukakan semua ini sebagai bahan bukti di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini. Antaranya adalah.....

1. Sehelai seluar dalam kepunyaan Mohd Saiful. Seluar dalam tanpa jenama itu sebelum ini didakwa saksi terdapat kesan air mani Saiful.
2.Sehelai permaidani berwarna warni juga turut dijadikan sebagai ‘saksi’ pendakwaan, yang dikatakan disita dari Jabatan Kimia.
3.Kain cadar berwarna kelabu turut ditanda sebagai bahan bukti.
4.Sepasang seluar hitam tanpa jenama.
5.Kemeja biru dan kolar putih berjenama Ralph Lauren.
6.Baju hijau jenama G2000 kepunyaan Saiful.
7.Helaian bulu kemaluan.

Peguam, Sankara Nair bagaimanapun membantah cadangan pihak pendakwaan ia adalah bulu kemaluan dan menyoal bagaimana Dr Seah tahu perkara tersebut? Sankara Nair mempersoalkan mengapa ia tidak disebut sebagai ‘rambut sahaja’ kerana ia kelihatan seperti helaian rambut. Hakim Zainal Abidin Mohd Diah berkata Sankara boleh menyoal balas Dr Seah kemudian.

'Semen found on Saiful’s clothes, anus'


'Sodomy II judge junks evidence after numbers gaffe'

'Mystery duo’s DNA on Saiful’s anal swab'

cheers.

No comments: