10 February 2009

Sah....PRK di Bukit Selambau..............

Selepas beberapa jam melepas jawatan exco kerajaan negeri Kedah, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak mengumumkan malam ini bahawa V Arumugam turut meletakkan jawatan sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Selambau. Menurutnya, peletakan jawatan Arumugam itu berkuatkuasa serta merta.Sehubungan, Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah, Dr Abd Isa Ismail akan memaklumkan kekosongan kerusi tersebut kepada Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) untuk membolehkan pilihanraya kecil diadakan dalam masa 60 hari.

Petang tadi, Azizan mengumumkan bahawa Arumugam telah melepaskan jawatan exco kerajaan negeri. Ketika dihubungi Malaysiakini malam ini, Dr Abd Isa berkata beliau telah menerima surat peletakan jawatan Arumugam pada jam 6 petang tadi yang dihantar oleh wakilnya. Menurutnya, menteri besar telah menyembahkan perkara itu kepada Sultan Kedah tadi. Menurut Dr Abd Isa beliau akan menghantar surat kepada SPR esok untuk memaklumkan mengenai kekosongan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau itu.

Dalam sidang akhbar malam ini, menteri besar berkata Arumugam meletakkan jawatan akibat tekanan dari pihak Barisan Nasional. Katanya, tekanan itu agak berat sehingga mengancam dirinya (Arumugam) dan keluarganya. Oleh itu, katanya, Arumugam mengambil keputusan untuk melepaskan jawatan exco kerajaan negeri dan Adun Bukit Selambau. Keputusan Arumugam hari ini ekoran spekulasi sejak kebelakangan ini bahawa beliau akan menamatkan karier politiknya.

Baru-baru ini, beliau mendakwa berdepan dengan ugutan supaya meninggalkan Pakatan Rakyat untuk menyertai BN. Difahamkan Arumugam tunduk ekoran dakwaan tekanan hebat terhadapnya dan keluarganya supaya melompat menyertai BN. Awal bulan ini, Arumugam telah membuat laporan polis mendakwa, antara lain, terdapat percubaan untuk menculiknya. Arumugam juga mendakwa beliau dan pegawainya telah menerima banyak ugutan.

"Semua ini dilakukan untuk memaksa saya meninggalkan PKR dan menyertai BN," dakwanya dalam laporan polisnya itu.

Katanya, selain ugutan, beliau juga ditawarkan dengan tawaran lumayan untuk memujuknya meninggalkan PKR. Minggu lalu, desas-desus timbul semula mengenai Arumugam akan meninggalkan PKR, apabila beliau tidak dapat dihubungi. Rakan-rakannya dalam PKR berkata Arumugam sedang bercuti.Pakatan Rakyat memerintah selepas memenangi 22 daripada 36 kerusi di DUN negeri. BN pula mempunyai 14 kerusi. Daripada 22 kerusi tersebut, 16 dimenangi PAS, PKR (5) dan DAP (1). Arumugam yang bertanding sebagai calon bebas, kemudiannya menyertai PKR dan dilantik sbagai ahli exco kerajaan negeri.

Sementara itu, Bernama melaporkan Azizan berkata, beliau menerima surat peletakan jawatan Arumugam itu bertarikh 8 Februari dan diterima oleh beliau pada 5 petang tadi yang lengkap dengan tandatangan dan cop Pesuruhjaya Sumpah.

Ditanya mengenai sebab peletakan jawatan itu, Azizan berkata antara kandungan surat Arumugam ialah beliau mendakwa tidak lagi tahan dengan ugutan oleh pelbagai pihak, termasuklah kononnya terdapat individu tertentu yang mewakili pemimpin Barisan Nasional (BN) menawarkan habuan RM5 juta supaya beliau melompat parti.

"Saya hormati pendiriannya dan menolak habuan RM5 juta itu dan menurut surat itu, beliau (Arumugam) telah menerima pelbagai ugutan sejak Mac 2008 lagi dan disebabkan tidak lagi tahan dengan ugutan dan demi keselamatan keluarganya,

Azizan berkata beliau masih belum dapat menghubungi Arumugam sehingga sekarang dan beliau sedih dengan apa yang berlaku kerana menyifatkan Arumugam sebagai seorang wakil rakyat yang baik. Mengenai tindakan Arumugam yang meletak jawatan, Azizan berkata: "Ia adalah amalan biasa dalam kalangan ahli politik, ramai orang meletak jawatan dan ia bukanlah sesuatu yang baru."

Arumugam adalah pesara mekanik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan pada pilihanraya umum ke-12 tahun lepas, beliau bertanding atas tiket bebas serta memenangi kerusi DUN Bukit Selambau setelah mengalahkan calon BN S.Krishnan dengan majoriti 7,695 undi. Beliau muncul sebagai calon bebas di saat-saat akhir hari penamaan calon setelah borang pencalonan wakil PKR Saiful Izham Ramli ditolak oleh SPR atas masalah teknikal.

Arumugam kemudiannya menyertai PKR dan dilantik sebagai anggota exco kerajaan negeri dengan memegang portfolio pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Hal Ehwal Masyarakat Siam, Perpaduan, Pekerja Ladang dan Hal Ehwal Masyarakat India.

source: malaysiakini


Bagi gomen Pakatan Rakyat di Kedah... hangpa jangan terlalu dok syiok sangat konon-kononnya ADUN-ADUN hangpa yang kejap-kejap dok menghilangkan diri tu, katanya pi makan angin....

Boleh nak caya kah? Betoilah depa pi makan angin,tapi makan angin kat mana? Putrajaya,Pekan...Oooooi la ni bukan boleh percaya lagi.......

Jaga-jaga sikit penyamun tarbus dari UMNO ni suka dok intai-intai dan depa boleh bawa lari macam tu saja. Depa bawa pi bagi kena psiko sikit,ugut, dan dilobi.... dengan duit bermillion-million..... Al-maklum sajalah ADUN-ADUN ini semua first-timer,asainya orang biasa saja, tiba-tiba nampak duit bergoni-goni, tup...tup lompat kapai, macam 3 ekor di Perak tu.......

Lepaih tu hangpa yang gigit jari.........

Najib berusaha sedaya upaya untuk memanipulai keadaan di Perak dan dengan bantuan tiga ekor jalang politik dari PR dan seekor ular kepala dua dari UMNO, dia berjaya rampas kuasa di Perak....

Najib pikiaq dengan menggelakkan diri daripada mengadakan pilihanraya kecil di Perak, maruah dia akan terserlah lah serta dapat menjadi PM dengan senyuman panjang lebar bulan Mac ini.

Namun takdir tidak memihak Najib dan UMNO kerana tiba-tiba Najib dan UMNO terpaksa menghadapi dua PRK di Bukit Gantang dan Bukit Selambau dalam jangkamasa terdekat. Bagi pengundi-pengundi di Bukit Gantang dan Bukit Selambau tiba masanya kau orang mintalah apa saja termasuk bulan dan matahari, semuanya dapat. Duit yang depa simpan untuk beli wakil rakyat masih berlambak lagi, bertimbun-timbun dalam bank.

La ni kita nak tengok apakah tindakan Najib terhadap gomen Pakatan Rakyat di Perak diterima oleh rakyat Perak dan Kedah?

Apakah maruah Najib ini akan tersungkur dan dikuburkan di bukit-bukit ini?

Pakatan Rakyat perlu calon Nizar Jamaluddin sebagai calon di Bukit Gantang.........

Baca di sini,dan sini.

cheers.

No comments: