17 February 2009

Peguam Sirul minta kes Altantuya dibicara semula.....


Koperal Sirul Azhar Umar, salah seorang tertuduh kes pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu hari ini meminta dia dibebaskan ataupun sebagai alternatif, mengisytiharkan sebagai kesilapan perbicaraan bagi membolehkan ia didengar semula membabitkan kesemua tiga tertuduh.

Peguamnya, Kamarul Hisham Kamaruddin membuat penghujahan pagi ini di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Mohd Zaki Md Yasin.

Selain Sirul, turut dituduh ialah anggota Unit Tindakan Khas, Cif Inspektor Azilah Hadri.

Azilah, 33, dan Sirul Azhar, 37, diperintahkan membela diri atas tuduhan membunuh Altantuya di lokasi antara lot 12843 dan 16735 Mukim Bukit Raja, Selangor antara 10 malam, 19 Oktober hingga 1 pagi 20 Oktober 2006.

Tertuduh ketiga, Abdul Razak Baginda, penganalisis politik, sudah pun dibebaskan akhir tahun lalu.

Awal bulan ini, Sirul berkata, dia telah "menjadi kambing hitam yang harus dikorbankan untuk melindungi rancangan dan niat jahat mereka."

Sirul yang juga tertuduh kedua dalam kes pembunuhan Altantuya berkata, dia tidak mempunyai sebab untuk mencederakan apatah lagi mengambil nyawa mangsa dengan begitu kejam.

"Saya tidak pernah mengenali mangsa di dalam kes ini dan tidak pernah mempunyai sebarang urusan peribadi atau sebaliknya dengannya. Saya juga tidak mengenali Abdul Razak Abdullah Baginda dan tidak mempunyai urusan.

"Saya merayu kepada mahkamah ini untuk mengambil kira sepanjang perbicaraan kes ini, saya mengikuti prosiding dan menyaksikan bagaimana beberapa saksi penting pendakwaan terutama dari D9 Ibu Pejabat Polis Kontinjen yang mereka cerita, tidak bercakap benar dan sentiasa mengubah cerita apabila disoal balas," katanya.

Sambil mengesat air mata, Sirul merayu kepada mahkamah yang katanya berada dalam kedudukan serta mempunyai kuasa untuk menentukan hidup dan matinya, supaya tidak menghukumnya.

Katanya, Azilah meminta pertolongannya untuk membuat rondaan di sebuah banglo di Bukit Damansara iaitu rumah rakan Deputi Superintendan (DSP) Musa Safri yang dimaklumkan mempunyai `masalah perempuan'.

source: mStar online

Dari awal lagi kes Altantuya ini telah menimbulkan banyak pertanyaan dan syak wasangka. Bermula dengan pertukaran hakim dan diikuti dengan pertukaran pasukan pendakwa seoalah-olah memberi gambaran bahawa ada sesuatu yang tidak kena.

Sirul sendiri pernah berkata,"
Saya merayu kepada mahkamah ini untuk mengambil kira sepanjang perbicaraan kes ini, saya mengikuti prosiding dan menyaksikan bagaimana beberapa saksi penting pendakwaan terutama dari D9 Ibu Pejabat Polis Kontinjen yang mereka cerita, tidak bercakap benar dan sentiasa mengubah cerita apabila disoal balas."

Dalam keadaan kalam kabut ini maka tak hairanlah kalu mahkamah mengambil keputusan untuk membuang kes ini kerana tidak ada bukti-bukti sahih bagi membabitkan pihak tertuduh. Seorang tertuduh dah terlepas. Apakah mungkin dua tertuduh ini menerima nasib yang sama dengan Razak Baginda? Sebaliknya makhamah mungkin mendapati ada lembaga hitam yang tak dikenali yang pasang dan meletupkan C4 tersebut.

The unfortunate Altantuya was probably forced to go naked,raped before being murdered so brutally by these UTK gangsters........

Akhir cerita, Altantuya mati katak sajalah.....sedangkan pembunuh-pembunuhnya bebas & berketawa riang.........

Baca di sini dan sini.

cheers.


2 comments:

Anonymous said...

They(UMNO/BN) will get away scott free coz now they got immunity,that our highness the rulers lost. They should thanks Mahathir for that!

But the same tongkangs are calling others penderhaka!

Anonymous said...

Perbicaraan kes Altantuya dah tamat,keputusan dalam tempoh sebulan dua.

Boleh pejam mata dan teka tertuduh semuanya dibebas kerana bukti tak kukuh.