02 February 2009

Pilihanraya kecil atau Pilihanraya Umum di Perak.... ?

Kerajaan negeri Perak pimpinan Pakatan Rakyat, yang berusia 11 bulan, kini menuju ketidaktentuan dengan dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), yang diisytihar telah melepaskan kerusi masing-masing semalam, mahu mencabar kesahihan kenyataan Speaker. Pendirian kedua-dua ADUN Behrang dan Changkat Jering itu, dari Parti Keadilan Rakyat (PKR), yang menafikan telah menghantar surat letak jawatan, dijangka mengusutkan senario politik Perak.

Dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perak dari Parti Keadilan Rakyat (PKR), yang didakwa "hilang" dan "tidak dapat dihubungi" sejak lima hari lalu, meletakkan jawatan sebagai wakil rakyat berkuat kuasa hari ini.

Bagaimanapun Jamaluddin ketika dihubungi sebentar tadi menafikan ada menghantar surat meletak jawatan hari ini. Sehubungan itu beliau mahu mencabar kesahihan makluman bahawa telah melepaskan kerusi DUN. Kata beliau, surat yang kandungannya dimaklumkan oleh Speaker Dewan Undangan Negeri petang ini merupakan surat yang ditandatangani Mac lalu.

Adalah difahamkan ada wakil rakyat yang menandatangani surat letak jawatan sebagai ADUN, yang tidak bertarikh. Perkembangan terbaru itu diketahui kira-kira enam jam selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengatakan ada kemungkinan mereka akan sertai BN manakala Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin pula mencabar kedua-dua ADUN berkenaa keluar dan mengisytiharkan jika benar telah memasuki BN.

Perkembangan petang ini membuka laluan kepada pilihan raya kecil - pilihan raya kecil peringkat negeri yang pertama sejak pilihan raya umum ke-12 Mac lalu. Dengan keputusan meletakkan jawatan itu, Jamaluddin dan Mohd. Osman tidak boleh bertanding semula dalam pilihan raya untuk tempoh lima tahun akan datang.

Jamaluddin, 52, adalah Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Usahawan, Koperasi, Pertanian dan Perladangan manakala Osman, 57, pula pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Pembangunan Insan dan Pertubuhan Bukan Kerajaan. Sebelum ini kedua-dua mereka menghadapi tuduhan rasuah melibatkan kelulusan sebuah projek pembangunan bernilai RM180 juta di Seri Iskandar dan perbicaraan kes berkenaan akan didengar di Mahkamah Sesyen pada 10 Februari ini.

Pada pilihan raya umum 8 Mac lalu, Jamaluddin menerima 6,771 undi untuk menewaskan calon BN, Datuk M. Ramasamy yang mendapat 5,744 undi. Mohd. Osman pula menang dengan majoriti 1,102 undi bagi merampas kerusi DUN Changkat Jering. Beliau memperoleh 9,411 mengalahkan penyandang dari BN yang juga Yang Dipertua DUN Perak sebelum itu, Datuk Mat Isa Ismail yang mengumpul 8,309 undi.

Ia dinyatakan oleh Speaker Dewan Undangan Negeri Perak, V. Sivakumar di Ipoh pukul 5.45 petang tadi.Kata beliau, kedua-dua mereka menghantar surat menggariskan keputusan itu menerusi faks yang dihantar ke rumahnya.

"Kedua-dua Mohd. Osman dan Jamaluddin meletakkan jawatan sebagai ADUN berkuat kuasa serta-merta dan saya menerima peletakan jawatan mereka di bawah Perkara XXXV Perlembagaan Negeri.

"Sebagai Speaker, saya akan mengumumkan kedua-dua kerusi N14 Changkat Jering dan N59 Behrang kosong secepat yang mungkin," kata beliau dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini. Speaker akan memaklumkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) secara rasmi esok untuk memaklumkan perkembangan tersebut.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin ketika dihubungi mStar Online berkata, pihaknya sudah dimaklumkan mengenai perkara itu dan akan meminta supaya SPR mengadakan pilihan raya kecil.

"Sah kedua-dua mereka (ADUN) letak jawatan... saya telah dimaklumkan mengenainya sebentar tadi," katanya.

Ketika ditanya sama ada kecewa dengan keputusan mereka, pemimpin dari PAS itu memberitahu: "Bukan soal kecewa tapi ini menunjukkan Umno dan BN bertindak jahat memancing orang kami."

Dalam pada itu, Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, pihaknya akan mengambil tindakan susulan termasuk memanggil pilihan raya kecil jika menerima pengesahan rasmi mengenai kekosongan yang wujud.

Sementara itu, Anwar, ketika mengulas kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di Kuala Lumpur awal semalam yang tidak menolak kemungkinan terdapat ADUN Pakatan Rakyat di Perak yang akan menyertai BN, rasa terkejut dengan kenyataan Abdullah kerana selama ini Perdana Menteri dan Timbalannya, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak serta pemimpin Umno menganggap perbuatan melompat parti itu sebagai sesuatu yang tidak bermoral dan tidak mengikut peraturan.

source: mStar online


UMNO lompat tak bermoral, tapi kalau Pembangkang melompat OK mengikut Pat Lah dan Najib. Sehari dua lagi kita akan saksikan sandiwara politik daripada kedua-dua belah pihak. Soal moral atau tak bermoral bukan lagi menjadi perhitungan sekarang.......

Aku faham kenapa gomen PR mahu diadakan pilihanraya kecil ini,kerana selagi ada dua orang ahli PKR yang tidak tahu pendirian masing sudah tentu boleh terus mengugat gomen negeri Perak itu. Mana tahu,sungguhpun mereka berdua nafi nak lompat masuk UMNO, tiba-tiba one fine morning mereka umum tukar kapal setelah disuap dengan berbilion-bilion RM. Jadi lebih baik singgirkan mereka sekarang dengan demikian menafikan peluang UMNO dok tackle mereka macam dok gila talak. Adakan PRK supaya rakyat boleh memilih wakil rakyat yang mereka mahu.

Sanggupkah DYMM Sultan melihat kerajaan Pakatan Rakyat tumbang kerana dua orang ADUN PKR dari Behrang dan Changkat Jering, yang juga exco kerajaan negeri melompat masuk UMNO/BN dengan tujuan untuk menggelakkan diri mereka didakwa dalam kes rasuah mereka serta menerima imbuhan-imbuhan yang berupa wang ringgit?

Pilihan kedua adalah bubar saja dewan undangan negeri Perak dan adakan pilihanraya yang baru. Sudah tentu DYMM Sultan lebih arif dalam membuat keputusan yang bijak dan tak semestinya menerima tekanan dari Pat Lah..........

Baca di sini, sini, sini, sini dan sini.

cheers.

3 comments:

Anonymous said...

wah caya sama lu la...Ali

R@duan said...

tumpang sekole...elok adakan piliharaya kecil sekali lagi di dua tempat tu. yang pasti rakyat kawasan tu untung sebab macam-macam kerajaan BN akan buat untuk tunjuk kat rakyat. buat surau,jalan, bantu derma anak yatim, bantu kontraktor kelas F,macam-macam lagi...nak pancing undiiiii !!

ali allah ditta said...

Sdr.R@duan,

Sememangnya itulah kita mahu. Selain daripada durian runtuh yang akan diperolehi,sekurang-kurangnya dapat wakil rakyat yang "honest" bukan lagi macam penyamun tarbus.

Tapi SPR buat keputusan tak payah diadakan PRK mungkin SPR terima arahan dari Putrajaya,kerana depa tak sanggup tonggek kali ke-3.

cheers.