Ini menunjukkan bahawa SPRM tidak telus. Bolehkah kita percaya pada penubuhan SPRM ini atau SPRM ini hanya perubahan kosmetik untuk UMNO dan mereka yang ditangkap juga adalah mangsa untuk mengaburi mata rakyat bahawa UMNO sedang melakukan reformasi
Isu mengenai tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah dan laporan polis seorang ahli UMNO yang di dera untuk membuat pengakuan menjadi agen kepada seorang Ahli Majlis Kepimpinan Tertinggi, Dato Norza Zakaria. Menurut tuduhan yang di buat, Pegawai SPRM itu telah mengugut :


Apa yang sebenarnya berlaku dalam Suruhanjaya Pencegahan Rasuah – yang di gubal untuk mempertingkatkan kepercayaan rakyat dalam usaha kerajaan untuk membanteras rasuah. Hari ini kelihatan Suruhanjaya ini – mengikut laporan polis yang dibuat – bertindak untuk kepentingan politik orang tertentu dan lebih buruk lagi tuduhan yang dibuat adalah Suruhanjaya ini bertindak zalim ke atas mereka yang disiasat dalam isu politik wang.
Adakah benar Suruhanjaya ini masih terikat dan hari ini turut terlibat dalam agenda politik tertentu dalam UMNO? Adakah hari ini Suruhanjaya yang diharapkan dapat memberi keyakinan untuk kepada rakyat kini hilang keyakinan dari UMNO sendiri. Kalau sebelum ini BPR sering dikritik oleh pembangkang hari ini Suruhanjaya Pencegahan Rasuah turut di kritik oleh ahli UMNO sehingga ada laporan polis dibuat?
Dalam melihat laporan polis yang dibuat oleh ahli UMNO, Halimi Kamaruzzan, banyak persoalan timbul berkenaan agenda siapa dan siapa yang sedang memegang SPRM? Ini merujuk kembali kepada persoalan utama adakah SPRM masih bebas atau hari ini seakan diberi lesen untuk terus bertindak ganas dan melanggar hak kemanusiaan.
Sementara itu SuruhanJaya Pencegahan Rasuah Malaysia menafikan apa yang telah berlaku seperti yang di tuduh oleh Halimi Kamaruzzam – UMNO Maran. SPRM juga telah membuat laporan kepada Polis dan mendakwa apa yang dikatakan oleh Halimi adalah palsu dan tindakan perlu diambil. Sebenarnya keadaan dalam UMNO semakin kucar kacir kerana SPRM. Adakah SPRM dapat memainkan peranan yang sesuai dalam isu politik wang.

source: Umno Reform 2
Sapa yang betoi, Wallahu 'alam bissawab................
cheers.
1 comment:
Bang Ali...for you info..SPRM was specifically mean like this:-
"Siaplah Pakatan Rakyat Mampuslah korang.."
Post a Comment