12 January 2009

Poster-poster BN yang menipu...............

Perang poster sememangnya berleluasa di Kuala Terengganu ketika pilihanraya kecil ini. PAS dan BN telah memaparkan berbagai poster dengan tujuan untuk menarik perhatian pengundi. Namun demikian antara beberapa poster BN/UMNO ini membawa 1001 tanda tanya.........



Mahathir berkata UMNO tak tahu pilih calon. Yang dipilih ialah bekas Setiausaha Politik Abdullah Ahmad Badawi. Jelas pilihan calon UMNO tidak memperdulikan sentimen rakyat.Dan calon ini pula terkenal sebagai seorang yang sombong, tidak tahu beramah mesra dengan orang. Dalam Pilihanraya kecil ini pengundi Kuala Terengganu berhadapan dengan dilema.UMNO bukan pilihan yang baik.



Memang benar harga minyak telah turun. Dengan kadar harga setong minyak yang menjunam ke bawah aras USD 50.00,harga pump sebenar seliter petrol sepatutnya RM1.30 sen bukan RM 1.80 sen. Tetapi kenapakah gomen kekal dengan harga RM 1.80 sen? Jadi sapa menipu sapa? Bukankah pembangkang yang mendesak serta mendedahkah rasional kenapa harga minyak patut diturunkan? Kalau Anwar tak cabar gomen untuk berdebat pasal harga minyak ini,mungkin harga petrol masih berada lebih daripada RM 2.00 seliter. So Najib please dont take the credit as you expressed in your ceramah. As a reminder,you didnt even have the balls to face Anwar in the debate instead send a low class minister who made a fooled of himself..........



Pertandingan Piala Monsun(Monsoon Cup)untuk faedah siapa,rakyat Terengganu atau penyamun-penyamun tertentu? Sapakah yang menjadi mastermind dalam pertandingan ini? Bukankah ini ankara menantu Pat Lah,KJ,Patrick Lim dan abang Wan Farid serta kroni-kroni UMNO termasuk Idris Jusoh dan beberapa orang exco negeri? Apakah rakyat Terengganu menjadi kaya dengan adanya piala Munsun ini? Adalah lebih baik jika wang berjuta-juta ini diguna untuk membantu rakyat miskin yang menghadapi masalah.........



Semasa pemerintahan PAS,gomen BN dibawah pimpinan Mahathir menyekat pembayaran wang royalti dari Petronas. Tetapi bila berlaku pilihanraya kecil Kuala Terengganu ini gomen BN dengan tiba mengumumkan wang royalti di kembalikan. Bukankah ini satu lagi bentuk penipuan UMNO/BN.........


Jadi apakah pengundi-pengundi Kuala Terengganu harus buat...............


Pakat ramai-ramai tendang BN ke laut Cina Selatan...................

cheers.

No comments: