25 March 2008

PAS boleh bantu Ahmad Said membentuk gomen...

Menteri Besar Terengganu,Ahmad Said akan mula tugasnya hari ini,walaupun dia belum mengangkat sumpah jawatan. Ahmad Said mengucapkan terima kasih kepada penyokong dan rakyat kerana sedia bersamanya."Tidak ada orang yang boleh mempertikaikan saya sebagai menteri besar. "Saya tidak pernah bermimpi hendak menjadi pemimpin Terengganu. Ini semua kehendak Allah," katanya, yang juga ketua bahagian Kemaman, di depan penyokongnya. "Saya akan bekerja (sebagai menteri besar) sebaik mungkin." tambahnya lagi.

Umno telah memberi amaran bahawa tindakan disiplin akan diambil terhadap Ahmad Said sekiranya dia menerima pelantikan jawatan tersebut.

Menurut sumber-sumber tertentu seramai 13 ADUN yang dulunya memihak kepada Idris Jusoh kini telah berpaling tadah dan mengatakan sokongan kepada Ahmad Said. Sejauh mana khabar-khbar angin ini benar....allahua'lam.

Apa yang jelas dalam kemelut politik antara Pat Lah dan pihak istana Terengganu ini, rata-rata rakyat Terengganu memihak kepada tuanku Sultan mereka, kecuali penyokong-penyokong UMNO totok yang masih berpegang kepada prinsip "hidup mati ku kerana UMNO"

Jika benar ada 13 orang ADUN yang akan menyokong Ahmad Said,sudah tentu kerajaan negeri yang akan dibentuknya itu boleh berdiri, dengan syarat 8 orang ADUN PAS boleh memberikan komitmen menyokong Ahmad Said. Dalam ertikata lain Ahmad Said + 13 ADUN UMNO + 8 ADUN PAS = 22, sedangkan ADUN UMNO hanya tinggal 9 + 1 MCA daripada bilangan seramai 32 orang ADUN dalam dewan undangan negeri tersebut.

Oleh kerana,UMNO telah mengugut untuk memecat Ahmad Said kerana menerima jawatan MB itu, UMNO juga terpaksa memecat seramai 13 orang ADUN UMNO lain yang menyokong MB Ahmad Said. Ini bererti mereka yang dipecat daripada UMNO itu akan menjadi wakil bebas dan bersama-sama 8 orang ADUN PAS boleh membentuk sebuah kerajaan negeri yang bukan lagi terdiri dari UMNO/BN. Ataupun kemungkinan formulanya berubah seperti berikut.....

14 BEBAS + 8 PAS = 22 vs 9 UMNO + 1 MCA atau
14 PKR + 8 PAS = 22 vs 9 UMNO + 1 MCA atau
14 PAS + 8 PAS = 22 vs 9 UMNO + 1 MCA

Sudah pasti dengan perkembangan ini nasib Idris Jusoh serta harapan Pat Lah untuk mengwujudkan sebuah gomen UMNO/BN yang dipimpin oleh Idris Jusoh akan berkecai.

Apakah langkah Pat Lah seterusnya jika senario politik Terengganu jadi sedemikian? Mungkinkah Pat Lah akan isytihar darurat di Terengganu bagi menangani krisis politik yang melanda dinegeri itu?

Hanya masa yang akan menentukannya dan bagi seorang desprado yang sudah hilang akal, akan melakkukan apa saja agar rahsianya tidak terbongkar......

cheers.

3 comments:

david santos said...

Untuk mengelak tragedi sama berulang kembali, dan demi keselamatan anak-anak kita, kami sedang menganjurkan kempen ke seluruh dunia, memaparkan gambar NURIN JAZLIN JAZIMIN di blog-blog di seluruh dunia pada 25 April 2008. Janganlah kita melupakan NURIN JAZLIN.

Unknown said...

In the meantime Pat Lah akan mengeluh kat Jeanne, "Jeanne tengok la depa buat kat cheq macam ni. Awat depa marah sangat kat cheq. Cheq tak buat apa kat depa pun. Kalau ada sepuluh, cheq bagi 2 kat depa suruh kongsi lagi lapan cheq bagi kat kamal dengan patrick dengan KJ. Adil kan tu?

ali allah ditta said...

cikgu,

Jeanne menjawab,"Dak,ling sayang ooi,
bukan depa marah kat ling,tapi depa meluat tengok ling dok tidoq selalu,
sampai menantu KJ dan si Kamal balun kontrak berbilion-bilion ling buat dont know saja.."

cheers.