
Pertandingan bagi jawatan presiden UMNO kali ini adalah berbeda dengan yang lepas,kerana dulu kedudukan Pat Lah sebagai presiden parti dan PM adalah sangat kukuh, tambah-tambah lagi setelah Pat Lah memenangi pemilu 2004 dengan majoriti yang paling besar pernah dimenangi oleh UMNO/BN.
Namun,kali ini keadaannya adalah berbeda. UMNO telah mengalami kekalahan yang paling teruk dalam sejarah pilihanraya, populariti UMNO dan Pat Lah menjunam bawah daripada 50%. Lima buah negeri dan Wilayah Persekutuan KL terlepas kepada pembangkan dan kuasa 2/3 majority BN juga hangus. Di samping itu Pat Lah juga menghadapi dengan masalah perlantikkan menteri besarnya di Perlis dan Terengganu di mana calon pilihan Pat Lah telah di tolok oleh istana. Secara tidak langsung moral Pat Lah sudah tercalar.

Dalam tempoh dari sekarang hingga bulan December bermacam-
macam perkara boleh berlaku dan dalam jangkawaktu yang panjang itu akan memberi peluang kepada Pat Lah untuk "consolidate power base"nya.
Sebagai presiden parti Pat Lah sudah pasti akan menggunakan semua tenaga sama ada melalui menantunya Kairy Jamaluddin atau pun orang-orang suruhannya untuk bertindak dan memastikan agar pencalonan Ku Li oleh bahagian-bahagian tidak tercapai.
Kalau Ku Li bercita-cita hendak mengambil alih teraju kepimpinan UMNO, sekaranglah masanya dan jangan tunggu sampai bulan December ini. Ku Li hendaklah meyakinkan sebilangan besar daripada ahli-ahli parlimen BN yang menang itu untuk memihak kepadanya dan dengan sekali gus dengan pembangkang menggulingkan gomen Pat Lah.
Namun tindakan sebegini mungkin tidak akan menguntungkan Ku Li kerana matlamat Ku Li adalah untuk menjadi Perdana Menteri. Tetapi, dengan cara begini sajalah, peluang Ku Li untuk memimpin UMNO adalah yang terbaik baik daripada menunggu sampai dapat 60 pencalonan baru boleh bertanding dan itu pun belum tentu boleh menang.
Kini Pat Lah ibarat seekor kuda yang patah kaki sebelah, apakah dia sanggup berlari sepantas dulu, jika dikejar Ku Li? demikian juga dengan KuLi yang kini usianya sudah lanjut, mampukah dia mengejar Pat Lah? Yang tersenyum lebar nanti adalah Najib, tapi tak kan Mahyuddin akan berdiam diri......
cheers.
No comments:
Post a Comment