
Anwar Ibrahim,dalam ceramah Maulidul Rasul tersebut menyentuh beberapa hal berhubung dengan kebesaran Nabi Muhammad S.A.W serta sumbangan-sumbangan baginda kepada umat Islam. Ceramah Anwar juga diselang seli dengan isu-isu semasa terutama berkaitan dengan kejayaan pakatan pembangkang yang berjaya merampas 5 buah negeri di Semenanjung serta kejayaan pakatan pembangkang menafikan majoriti 2/3 BN dalam parlimen.
Anwar juga telah menyelar sikap media tempatan terutama akhbar-akhbar gomen yang masih tidak mahu menerima hakikat bahawa BN telah tewas dengan teruk. Anwar menegaskan bahawa akhbar-akhbar ini masih berfikir bahawa pilihanraya umum masih belum tamat. Sekarang ini, agenda mereka ialah cuba hendak membelah bahagi pakatan pembangkang yang telah berjaya menubuhkan gomen masing-masing di negeri-negeri yang ditawannya itu. Tegasnya lagi, sepatutnya media-media memberi tumpuan kepada Terengganu kenapa sehingga kini masih tidak mempunyai Menteri Besar, sedangkan BN menang dengan selesa di negeri itu?
Anwar juga berjanji bahawa Barisan Rakyat yang telah menang besar itu tidak akan mengecewakan rakyat yang memilihnya. Namun,Anwar berpesan bahawa rakyat perlu terima hakikat bahawa rakyat tidak akan mengalami perubahan-perubahan seperti yang dijanjikan itu dengan serta merta,kerana perubahan akan mengambil masa yang agak panjang.
Anwar juga mengingatkan rakyat bahawa sungguhpun pakatan pembangkang ini telah menawan 5 buah negeri, pihak gomen akan buat apa saja untuk memastikan pembangunan di negeri-
negeri ini akan diperlambatkan, termasuklah melewat-lewatkan pememberian peruntukkan kewangan. Namun begitu beliau akan berusaha mendapatkan pelabur-pelabur luar untuk melabur di negeri-negeri yang diperintah oleh pakatan pembangkang.

Ceramah Anwar juga bukan saja dihadiri oleh orang Melayu saja,malah ramai orang Cina dan India turut serta mendengarnya. Apa yang kurang,adalah sistem pembesar suara yang sering terganggu. Walaupun skrin besar diletakan,tetapi semuanya dalam ruangan mesjid saja. Sepatunya skrin besar dan pembesar suara juga perlu dipasang di kawasan tempat letak kereta mesjid tersebut. Mungkin, AJK mesjid yang 'organise' acara ini menganggap bahawa negeri Pulau Pinang masih ditakbir BN oleh itu mereka membuat perancangan secara berhati-hati. Sekarang gomen Pulau Pinang adalah pakatan pembangkang dan JAIPP yang mengeluarkan permit jadi nak takut apa? Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, MP Bayan Baru dan MP Patit Buntar turut menghadiri majlis tersebut.
Itulah 'bahang ketakutan' yang masih membelenggui rakyat di sini ketika di bawah BN dulu yang terbawa-bawa hingga sekarang,walaupun mereka sedar bahawa BN ketika ini adalah pembangkang.
cheers.
2 comments:
Greetings from Italy :D
Post a Comment