
"Kita tahu keadaan di peringkat bawah. Ada pihak yang mengeksploitasi keadaan itu untuk kepentingan mereka. Jadi wujud macam-macam kekeliruan.
"Kita mesti bertenang dan pada masa yang sama tidak mengabaikan isu yang perlu ditangani," katanya lagi.
PM mengulangi kesediannya untuk menghadap Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong bagi menyelesaikan krisis pelantikan MB itu - perebutan antara Ahmad dengan Idris Jusoh.
----------------------


Pihak mana pula yang Pat Lah maksudkan yang sedang mengeksploitasikan perlantikanMB Terengganu itu, kalau bukan UMNO itu sendiri.
Bukankah UMNO yang mengadakan perhimpunan haram di hadapan istana ketika Ahmad Said sedang menerima perlantikannya sebagai MB?
Bukan UMNO kah terang-terang mengatakan bahawa mereka mahu Idris Jusoh saja dipilih untuk menjadi MB dan bukan calon lain?
Bukan UMNO kah yang memberi amaran hendak pecat Ahmad Said daripada UMNO jika dia menerima perlantikan ke jawatan MB?
Bukan UMNO kah yang menyuruh ahli-ahlinya mengantungkan sepanduk dan kain rentang di sana sini mengutuk istana kerana tidak memilih Idris Jusoh menjadi MB?
Bukan UMNO kah yang bangga dengan ketuanan Melayu, pembela institusi Sultan dan Raja Melayu tiba menjadi penderhaka besar kepada Sultan dan Raja serta bangsa Melayu?
Bukankah kain rentang berbunyi "Kami nak Idris, natang", yang bermaksud "kami hendak Idris, binatang" dalam loghat Terengganu perbuatan orang-orang UMNO?

Ahmad Sabky Yusof, seorang peguam berkata, “Sepatutnya BN mengemukakan calon lain bukan berkeras untuk melantik Idris Jusoh sahaja.” Dia juga merasa hairan dengan sikap itu sehingga Pat Lah sanggup memperjudikan nasib sebuah kerajaan negeri miliknya.
Pat Lah... jangan salahkan orang lain, sebenarnya yang dok eksploitasikan situasi sekarang ini adalah orang-orang UMNO itu sendiri. Oleh kerana UMNO mahu pertahankan seorang pemimpin yang dikatakan begitu korup agar rahsia pakatan melakukan jenayah rasuah dan salahguna kuasa secara leluasa bersama dengan pemimpin nombor satu negara itu tidak terbongkar, maka mahu tak mahu Pat Lah mesti pastikan Idris Jusoh kekal menjadi Menteri Besar Terengganu.

Bacalah rempah ratus dosa Idris Jusoh yang diadukan oleh rakyat Terengganu kepada Sultan mereka...baca di sini.
cheers.
No comments:
Post a Comment