13 March 2007

DSAI tidak perlu melakukan seppuku terhadap karier politiknya.

Sdr. Datuk Seri Anwar Ibrahim(DSAI) telah memberi lampu hijau untuk bertanding jawatan Presiden PKR,walaupun perbuatan itu akan mengundang berberapa masalah kepada beliau dan juga parti PKR. Walaupun di bawah Section 9A (4) Societies Act, beliau boleh memohon pengecualian tersebut,tetapi terpulang kepada Pendaftar untuk menentukan sama ada ia boleh dibenarkan atau tidak. Seperti biasa dalam Malaysia boleh ini,lazimnya Pendaftar tidak boleh membuat keputuan cara sendirian,kerana,si Pendaftar perlu menerima arahan dari towkaynya terlebih dahulu(tau-tau sajalah siapa dia).

Sdr.DSAI perlu ingat,dalam keadaan sekarang Pat Lah & juak2 UMNO/BN sememangnya mahukan sdr. DSAI berbuat demikian,kerana sekurang2nya depa(gomen) ada alasan untuk tangkap dan hantar sdr.DSAI ke Sungai Buloh semula.Kenapa tidak tunggu sehingga April 2008 saja? Bila gomen Pat Lah mengadakan pemilu lebih awal,rakyat akan tahu bahawa Pat Lah berbuat demikian kerana gomennya takut penyertaan sdr.DSAI dalam pemilu tersebut. Dan dalam suasana sekarang,penyertaan sdr.DSAI pun belum menjaminkan DSAI boleh menang mudah dengan pelbagai penipuan yang di atur secara pintar oleh gomen Pat Lah.

Janganlah DSAI melakukan seppuku terhadap masa depan karier politik anda, semata2 nak menegakkan benang yang basah. Tidak guna mengwujudkan kontroversi semata-mata dengan tujuan untuk menarik perhatian orang ramai.The rakyat cannot do much now,but you can do more for the rakyat when the time is right.

cheers.

No comments: