10 March 2007

Akademi Fantasia yang sia-sia....

Senario titisan air mata di kalangan peserta Akademi Fantasia (AF) yang digerakkan oleh ASTRO bagi mengaut duit rakyat melalui kaedah undian sistem pesanan ringkas (SMS) bermula hari ini selama 3 bulan yang akan datang. Dengan menggunakan khidmat pengundian melalui SMS, seseorang penonton akan berusaha mengundi seberapa banyak kepada peserta kegemaran bagi menggelakkan mereka daripada tersingkir. Kaum muda mudi,pakcik dan makcik mula sibuk Afundi calon yang digemari. Akibat kegilaan yang menjadi2 ini,ramai yang lupa bersolat,isteri yang lupa siap makanan untuk keluarga,bapa yang lupa beli barang rumah kerana wang habis digunakan untuk membeli kad2 prabayar telefon bimbit mereka,murid2 sekolah lupa siapkan kerja rumah kerana asyik dok cit chat di saluran 15 astro dsbnya. Inilah kelemahan orang Melayu yang sentiasa lalai dengan hiburan dan lupa tanggungjawab mereka sebenarnya.

Berfantasilah dengan Akademi Fantasia.

cheers.

3 comments:

Unknown said...

betul tu, akademi fantasia 5 nie membuatkan ramai org lalai.. ishk.. org2 kita memang suke dgn perkara2 yg melalaikan

ali allah ditta said...

pc gadgets,

selamat datang ke blog saya,komen2 anda dihargai.

cheers.

mizs ruby said...

hehehehe...ruby mengaku that i used to be one of them la abah.. but ever since AF3, ruby dah pulang ke pangkal jalan..tak wasted all my credits for all those nonsens already :) as if im sober from all those addiction already.. hik hik hik alhamdulilah im so proud of myself (haha!) arent you abah? hehehe ;p *muah*