27 July 2015

Jika hudud jadi isu PRU13 lalu,PR dah lama tonggek...


Rangka dasar bersama atau common policy framework perlu menjadi pegangan dan amalan asas untuk gerakan baru pembangkang mencapai kemenangan.

Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang berkata, gabungan pembangkang akan tewas teruk dalam PRU akan datang jika ada komponennya melanggar atau tidak mempedulikan dasar bersama, khususnya jika ia melibatkan hudud sebagai isu kontroversi.

“Rakyat sedang menanti kelahiran gabungan baru progresif Malaysia, dan DAP akan bekerjasama dengan mana-mana kumpulan dan parti seperti PKR dan parti baru yang akan ditubuhkan oleh Gerakan Harapan Baru (GHB).

“Gabungan baru ini penting untuk menyelamatkan Malaysia daripada menjadi negara parah akibat korupsi teruk, ketidakadilan ekonomi, dan runtuhnya pentadbiran baik,” katanya dalam dialog Citra Baru DAP: Meneroka Masa Depan Baru di sini semalam.

Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Gelang Patah menjelaskan bahawa jika pelanggaran Dasar Bersama Pakatan Rakyat berlaku sebelum PRU13 yang lalu dengan hudud sebagai isu kontroversi, keputusan pada 5 Mei 2013 sudah tentu berbeza.

Ujar beliau, keputusan yang berbeza itu akan memperlihatkan Pakatan kehilangan Selangor manakala UMNO-Barisan Nasional kembali menguasai majoriti dua pertiga Parlimen.

Beliau mengingatkan semua pihak bahawa undi bukan-Melayu pada PRU tahun 1999 telah memihak kepada BN kerana ia berjaya memanipulasi keadaan melalui penguasaan media dengan memaparkan pembangkang Barisan Alternatif sebagai pendokong “Negara Islam”.

Walaupun PRU 1999 dikelilingi dengan semangat reformasi di kalangan pengundi Melayu, undi bukan-Melayu yang takut dengan “Negara Islam” sebenarnya telah mengekalkan kuasa UMNO-BN.

Sehubungan itu, Kit Siang menyatakan bahawa perkara yang sama mungkin berulang dalam PRU13 lalu kerana 20% undi bukan-Melayu akan gagal diperolehi Pakatan jika hudud menjadi isu utama pada 2013.

Beliau memberi contoh, jika undi Melayu meningkat 1% tetapi undi bukan-Melayu merosot 20% dalam PRU13 (kerana isu hudud), kesannya amat buruk kepada pembangkang, khususnya di Pantai Barat Semenanjung, iaitu:

Bagi keseluruhan kerusi Parlimen, Pakatan Rakyat akan hanya mampu menang 21% atau 46 kerusi, dan ini bererti UMNO-BN merampas semula majoriti dua pertiga kerusi (Pakatan sebenarnya menang 89 kerusi Parlimen, dan UMNO-BN masih gagal memperolehi majoriti dua pertiga kerusi);

Bagi keseluruhan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di seluruh negara, Pakatan Rakyat akan hanya mampu menang 134 kerusi DUN (Pakatan sebenarnya menang 229 kerusi DUN);

Di Pulau Pinang, Pakatan Rakyat akan berjaya mengekalkan pentadbiran negeri tetapi dengan hanya 25 kerusi DUN (DAP 17, PKR 7, PAS 1) (berbanding 30 yang dimenangi sebenarnya);

Di Selangor, Pakatan Rakyat akan tewas dengan hanya menang 21 kerusi DUN (DAP 11, PAS 5, PKR 5) (berbanding 44 yang dimenangi sebenarnya);

Di Johor, Pakatan Rakyat akan hanya menang 4 kerusi DUN (kesemuanya DAP), berbanding 18 kerusi yang diperolehi sekarang;

Di Perak, Pakatan Rakyat akan hanya menang 17 kerusi DUN (DAP 14, PKR 2, PAS 1) berbanding 28 yang diperolehi sekarang;

Di Pahang, Pakatan Rakyat akan hanya menang 4 kerusi DUN (DAP 2, PAS 2) berbanding 12 yang diperolehi sekarang;

Di Negeri Sembilan, Pakatan Rakyat akan hanya menang 6 kerusi DUN (kesemuanya DAP) berbanding 14 sekarang; dan

Di Melaka, Pakatan Rakyat akan hanya menang 3 kerusi DUN (kesemuanya DAP) berbanding 7 sekarang.

 

Senario “peningkatan undi Melayu 1% – pengurangan undi-bukan Melayu 20%” – jika ia berlaku pada PRU13 yang lalu – menunjukkan bahawa walaupun DAP kehilangan banyak kerusi, PAS dan PKR yang sebenarnya kalah teruk, khususnya di Pantai Barat Semenanjung. – Roketkini.com

Ekstradisi saya perlu sebab2 yang lebih baik...

Clare Rewcastle-Brown, pengasas dan pengarang laman pendedah maklumat Sarawak Report berkata Putrajaya perlu mempunyai "sebab lebih baik" jika mahu mengekstradisi beliau ke Malaysia bagi tuduhan "campur tangan" hal ehwal negara.

Menjawab kenyataan Kementerian Dalam Negeri (KDN) semalam, kerajaan Malaysia mungkin akan mendapatkan bantuan Britain untuk mengekstradisi beliau jika terdapat kes "prima facie" dibuktikan, Rewcastle-Brown berkata alasan diberikan tidak boleh diterima mengikut undang-undang United Kingdom (UK).

"Beliau lebih baik menyatakan sebab dengan jelas. Kebenaran menjengkelkan terhadap perdana menteri bukan alasan baik dalam undang-undang Britian," katanya kepada The Malaysian Insider ketika dihubungi malam tadi.

Rewcastle-Brown diminta mengulas kenyataan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang mengatakan kerajaan mungkin mengekstradisi beliau kerana campur tangan urusan dalaman negara ini.

Kenyataan Zahid hadir sehari selepas sekumpulan kecil individu sebuah pertubuhan bukan kerajaan, Pertubuhan Minda Sosial dan Prihatin (PMSP), menyerahkan memorandum kepada Suruhanjaya Tinggi British di Kuala Lumpur, meminta UK menghalang Rewcastle-Brown daripada campur tangan hal ehwal Malaysia.

Kumpulan itu mendakwa pendedahan Sarawak Report ke atas syarikat sarat hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB) adalah satu percubaan untuk "meruntuhkan" negara.

Rewcastle-Brown dituduh menyalahgunakan dokumen 1MDB sebagai sebahagian daripada rancangan menjatuhkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, yang juga menteri kewangan dan pengerusi lembaga penasihat 1MDB.

Beliau menafikan dakwaan dibuat bekas wartawan Sarawak Tribune Lester Melanyi, yang mendakwa berkhidmat sebagai pengarang laman sesawang berkenaan. Melanyi membuat "pengakuan" itu menerusi satu video disiarkan oleh pemimpin PMSP, Ramesh Rao Krishnan Naidu.

Melanyi kemudian mengakui dia dibayar kos perbelanjaan perjalanan dan elaun untuk membuat video itu di Kuala Lumpur.

Rewcastle-Brown, bagaimanapun berkata Melanyi tidak pernah bekerja untuk laman sesawang itu.

Laman sesawang Sarawak Report juga disekat pengawal selia Internet Malaysia sejak seminggu yang lalu, atas alasan kandungannya berhubung 1MDB dan boleh menjejaskan kestabilan negara.

Rewcastle-Brown dan laman sesawangnya dipersalahkan kerana mengubahsuai dokumen 1MDB, yang dicuri warga Switzerland, Xavier Andre Justo, daripada bekas majikannya PetroSaudi International.

PetroSaudi mempunyai perjanjian usaha sama dengan 1MDB pada 2009, dan dokumen daripada Justo kemudiannya mendedahkan usaha sama itu didakwa penipuan rumit untuk mencuri AS$1.83 bilion duit Malaysia.

Justo kini dalam tahanan polis Thailand dan akan dihadapkan ke mahkamah atas pertuduhan peras ugut.

Beliau baru-baru ini membuat pengakuan kepada polis untuk menyerahkan maklumat yang dicuri bagi penerbitan Sarawak Report dan beberapa rakyat Malaysia sebagai pertukaran untuk pembayaran, namun berkata tidak pernah menerima wang tersebut.

Dalam satu emel dihantar malam tadi bagi senarai tidak didedahkan penerima melalui salinan karbon, yang mana turut diterima The Malaysian Insider, Sarawak Report berkata, rangkaian peristiwa membawa kepada penyerahan dokumen Justo menunjukkan adalah mustahil untuk maklumat itu diubah.

Ini kerana Sarawak Report sudah mengambil maklumat yang diterima daripada Justo dan menyerahkannya kepada akhbar Sunday Times UK untuk membantu membocorkan maklumat, menurut emel daripada laman sesawang tersebut.

Mereka berkata, maklumat itu sekarang berada dengan pihak berkuasa Amerika Syarikat dan merupakan maklumat sama diberikan The Egde kepada pihak berkuasa Malaysia.

"Malah, pelbagai transaksi, yang dipaparkan dalam artikel Sarawak Report dan penerbitan lain, diluluskan melalui pelbagai bank dan pengawal selia.

"Oleh itu, jika maklumat kami 'dipalsukan', dengan mudah boleh dibuktikan melalui ujian dengan rekod mana-mana satu daripadanya," kata Sarawak Report. – tmi


Annoying Najib not good enough reason to extradite me, says Sarawak Report founder


PAS's Permatang Pasir assemblyman Datuk Mohd Salleh Man (in skull cap) says party candidates in Penang did not take any 'talaq tiga bai'ah' oath before the last general election. – The Malaysian Insider pic, July 26, 2015.

Sedia bercerai dengan PKR,kalu...
Story kat SINI dan SINI 

Kenapa Harun Din begitu kisah dengan PKR. Biarlah PKR nak sertai siapapun, kerana PKR bukan berpresidentkan Hadi. Dulu Hadi begitu hina President PKR, bermusuh dengan Anwar Ibrahim, sekarang nak ugut pula. Bukankah muktamar yang lepas habis dilaknat PKR? Muktamar baru ini dilaknatnya DAP serta kumpulan prograsif PAS. Putuskan aja, nak tunggu apa lagi? Lagi cepat lagi mudah orang nak teruskan hidup.

Clare Rewcastle Brown, Investigative journalist, founder of Sarawak Report and Radio Free Sarawak, 56.

On pissing off rich Malaysians, getting things wrong and flower power...

I have happy childhood memories of Sarawak. I didn’t return until I’d grown up and established myself in a completely different world [back in the UK], but I’d always followed what was happening in Borneo. By the time I came back in 2006—ironically because I’d been asked to take part in an environmental conference that [Tun Abdul] Taib [Mahmud] was holding at the time—I’d taken time out to have my two boys and it was my little window in life to say, “Well, what do I really care about doing something about?”

There was an attitude, you know: let’s tell the world about what’s happening in poor old Borneo. After a while, I started to think, what about the people in Borneo? If things are going to change in Borneo, it’s going to be the people in Borneo who are going to change them, so why am I talking to people back in the UK? Why not speak to those who are directly affected, instead of making urban dwellers in the west feel guilty about environmental issues that they feel a bit powerless about?

It’s funny how people think they have a right to a reputation just because they’ve made a lot of money.

I’ve learned that if you piss off rich Malaysians in positions of political power, they are ruthless and unscrupulous in what they are prepared to do to get their own back. I’ve had PR outfits, lawyers, computer hackers and radio-jamming professionals thrown at me, but they’ve shot themselves in the foot. They’ve made me into a character I wouldn’t have been if they hadn’t reacted so angrily and expensively. They created my Wikipedia site, for god’s sake.Continue reading...


 
 
'OKAYLAH..'tu.Janji Najib,Jho Low dan kuncu2nya 
bebas bermaharajalela di tanahair yang tercinta...


cheers.

No comments: