20 October 2014

Zahid sendiri mengaku ibubapanya pendatang, yang NGO Melayu lain dok kalut sangat pasai apa...


NGO Melayu mahu Tan disiasat kerana hasutan...

Kumpulan pertubuhan Melayu berang dengan desakan seorang perwakilan Gerakan supaya pemimpin Umno berhenti membuat kenyataan mengenai "pendatang" kerana menurutnya, orang Melayu juga adalah pendatang.

Sebuah gabungan 82 kumpulan Melayu-Muslim - Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) berkata presiden Gerakan harus memecat perwakilan Tan Lai Soon kerana membuat komen tersebut dalam mesyuarat agung tahunan parti itu di Setia Alam semalam.

Timbalan Pengerusi PEMBELA, Aminuddin Yahaya yang mengetuai delegasi ke Ibupejabat Polis Dang Wangi di Kuala Lumpur pagi ini, menuntut supaya Tan disiasat di bawah Akta Hasutan.

Bersama dengan oleh NGO lain seperti Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dan Pejuang Islam Melayu Malaysia (Pewaris), mereka membuat sekurang-kurangnya tiga laporan polis terhadap ahli Gerakan itu.

Aminuddin berkata mereka menuntut presiden Gerakan, memecat ahli yang membuat kenyataan agar konsisten dengan janjinya bahwa beliau akan memecat mana-mana ahli yang membuat kenyataan perkauman.

"Kami, Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) mengutuk keras kenyataan yang berbentuk menghasut untuk menimbulkan situasi yang tegang dan mencetus kemarahan orang Melayu.

"Secara tidak langsung ia juga menghina kedudukan kesultanan Raja-raja Melayu," laporan polis Aminuddin dipetik.

Dalam laporan polis itu juga, Aminuddin mendesak Presiden Gerakan Datuk Mah Siew Keong memecat keahlian Tan.

Mereka juga, tegasnya, mahu pihak berkuasa untuk menyiasat dan Peguam Negara mendakwa Tan Lai Soon di bawah Akta Hasutan.

Sementara itu, Rakyat Post melaporkan Tan meminta maaf atas kenyataannya semalam.

Tan dilaporkan berkata beliau amat menyesal dan menurutnya, beliau bermaksud untuk mengatakan bahawa tidak seorang pun rakyat Malaysia yang harus dipanggil sebagai 'pendatang', kerana mereka semua adalah rakyat Malaysia - mk


Najib keturunan Bugis dan Rosmah anak Minangkabau,bapa Mahathir mamak kutty dari Kerala.... ini adalah fakta kenapa nak nafikan?bukankah ini kaum pendatang? 

NGOs want Gerakan man hauled up under Sedition Act for calling Malays ‘pendatang’ 




Gerakan gantung uncle Tan Lai Soon yang cakap "UMNO,awak juga pendatang"...

Gerakan menggantung keahlian seorang anggotanya daripada Johor Tan Lai Soon ekoran kenyataannya yang menggelar Melayu juga “pendatang”.

Surat tunjuk sebab juga dikeluarkan kepada Lai Soon untuk dijawab dalam tempoh 14 hari.

Lai Soon digesa menjelaskan kenapa beliau tidak patut dipecat ekoran kenyataannya dalam mesyuarat agung tahunan Gerakan di Shah Alam semalam.

“Bagi pihak parti, kami memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia yang tersinggung dengan kenyataan itu,” kata Timbalan Presiden Cheah Soon Hai (kanan) dalam sidang media di ibu pejabat parti.

Sehingga semalam, 14 aduan dibuat terhadap Lai Soon ekorannya kenyataannya, kata Soon Hai.

Lai Soon semalam mengingatkan pemimpin Umno untuk tidak menggunakan kenyataan “pendatang” kepada bangsa lain kerana Melayu juga pendatang di negara ini.

Beliau berkata demikian ketika membahaskan usul ucapan dasar presiden Datuk Mah Siew Keong dalam perhimpunan tahunan Gerakan di Shah Alam.

Kumpulan pertubuhan Melayu hari ini berang dengan kenyataan Lai Soon dan mahu beliau dipecat.

The Rakyat Post bagaimanapun melaporkan bahawa Lai Soon meminta maaf atas kenyataannya semalam. - mk


Anonymous - Hampa ingat hampa ni Melayu jati dari tanah Melayu kah? Poooorah!!!

Najib keturunan Bugis dan Rosmah anak Minangkabau,bapa Mahathir mamak kutty dari Kerala.... ini adalah fakta kenapa nak nafikan?bukankah ini kaum pendatang? 

Nah tengok pengakuan Menteri hampa dalam video di atas...

http://www.youtube.com/watch?v=XXbhZLVWa9A

Janganlah jadi hipokrit!!!!

Raja Mohd Shahrim - Kenapa perlu digantung ..?? Kenyataan beliau utk menasihati Umno yg sering melanel rakyat dinegara ni sebagai pendatang !! Gerakan sepatutnya mempertahankan ahlinya bukan tunduk pada tekanan parti tertentu yg bukan saja menipu org melayu tapi merampas hak mereka iatu UmnoputKERA !!

Jacky Chu Chee Hua - Parti Gerakan sudah tak ada semangat dalam politik , biar dia hilang pada pilihanraya yang ke 14 

Mujahid Yusoff - Kita semua pendatang di bumi tuhan ..sampai masa pergi jua.. 

Gerakan suspends 'pendatang' man...

Gerakan today suspended the membership of Tan Lai Soon, the delegate who claimed Malays are also "pendatang" (immigrants).
 
The party also issued a show-cause letter to Tan, calling on him to explain his position within 14 days.
 
"We apologise on behalf of the party to all Malaysians who have been hurt by his remark. 
 
"He should go back and ask what is the feeling of his Malay neighbours," Gerakan deputy president Cheah Soon Hai told a a press conference at the party headquarters this afternoon.
 
As of yesterday, at least 14 members had lodged complaints to the party against Tan's remark, added Cheah (right).

While debating the Gerakan president’s policy speech yesterday, Tan said, "Let me make the positions of Malaysians clear: Malays, Chinese and Indians were all 'pendatang', except the Orang Asli, Sabahans and Sarawakians, who are the original bumiputera."

Pertubuhan Pembela Islam (Pembela), a coalition of 52 Malay-Muslim groups, said Gerakan president Mah Siew Keong should sack Tan.

Together with Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) and Pejuang Islam Melayu Malaysia (Pewaris), they went to the Dang Wangi district police headquarters in Kuala Lumpur this morning, demanding that Tan be hauled up under the Sedition Act.

Meanwhile, online news portal The Rakyat Post reported that Tan last night apologised for his remark.

"I am profoundly sorry and had meant to say that no Malaysian should be called 'pendatang', as we are all Malaysians,” Tan was reported as telling the online news site.- mk

Siang Malam - This video says Zahid has openly said he is a pendatang too so why is Mah Siew Keong so jumpy? http://www.youtube.com/watch?v=XXbhZLVWa9A

Haveagreatday - Just look at the Gerakan eunuchs rushing to pacify their political masters!! The truth hurts, doesn't it? To the pure UMNO breeds , they have forgotten their roots are not the Malay archipelago!! So, they cannot bear to be reminded of this fact - yet, a fact is a fact!!

schroedervannutt - Dont be surprised. Its expected. Gerakan is a 'no balls' party. Uncle spoke the factual truth and his so called leaders will not even protect him.

Caripasal - This old man has nothing to fear.He merely told the truth.If Non malays are pendatang,so is the Malay. Gerakan is done. Has umno ever suspended their member for calling Non malay as pendatang?

Mamba - Najib is a Bugis and Rosmah a Minangkabau, aren't they not pendatang? Mahathir is half Indian from Kerala.....fact is fact, why deny it?

Louis - Gerakan and MCA are UMNO's doormats. An UMNO office boy does not even respect Mah Siew Keong! Gerakan and MCA are cari makan parties. UMNO drop a piece of crumb, both will scramble for the spoil!!

Land of Boleh - Gerakan boleh bungkus, campak masuk jamban.

"UMNO,awak juga pendatang",kata perwakilan Gerakan...

Perwakilan dari Johor, Tan Lai Soon(gambar,bawah) berkata bukan hanya orang Cina dan India sahaja pendatang, tetapi orang Melayu juga bukan bumiputera kerana mereka berhijrah dari Indonesia.

"Kecuali penduduk asal Sabah dan Sarawak dan Orang Asli, orang lain di Malaysia adalah pendatang," kata Tan semasa Persidangan Perwakilan Nasional Gerakan ke-43.

Persidangan itu diadakan di Pusat Konvensyen Setia City di Setia Alam dan dirasmikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pagi ini. – tmi


Remember you are pendatang too, UMNO told...

A Gerakan delegate today cautioned Umno leaders against making "pendatang" (immigrants) remarks, reminding them that Malays were immigrants as well.

"Let me make the positions of Malaysians clear, Malays, Chinese and Indians were all pendatang, except the Orang Asli, Sabahans and Sarawakians, who are the original bumiputera," said Johor delegate Tan Lai Soon.

"Umno members who often said Chinese were pendatang never thought that they themselves were also pendatang," said Tan(right) when debating party president Mah Siew Keong's policy speech during the Gerakan annual general meeting in Setia Alam today. 

The Parit Sulong division member, however, in praising the Prime Minister Najib Abdul Razak's speech, which emphasised the importance of moderate politic and reiterated BN rejects all form of extremism earlier today, asked if Najib was just all rhetoric.
 
"Najib's speech is very good, but would he hold to his promise?" said Tan.
 
"This is important. If (Najib) just talked and not do anything about it. That would be just syok (sendiri). It would be a total failure," he said.

"Mentally ill" people caused disunity

Tan, also touched on the past leadership where the country was once peaceful and free of religious and racial problems. 
 
The problems start in the 70s, where people realised the federal constitution was being "dismantled", he said.
 
Tan personally opined, there was hidden agenda in the mind of Umno leaders, caused by greed for wealth and power back then.
 
Tan also accused Malay rights group such as Isma and Perkasa, as well as some highly educated people and professors, for the disunity between the races in the country. 
 
"Malaysians and I think they are mentally ill, so serious that (it is) hard to cure," he said, and only when they are gone would the country be united and safe.
 
Tan said he is not concerned if the government probed him under the Sedition Act.
 
"When I speak the truth, why should I be scared of the government?
 
"We did not say something bad about the government, we just offered our views," he told KiniTV.- mk

Ini bukan kali pertama pesara M Krishnan melakukan perkara seperti meletakkan selipar ke muka perdana menteri, malah katanya akan melakukannya berkali-kali hingga mereka dapat 'mesej'nya. – Gambar dari Facebook, 19 Oktober, 2014.
Pesara M Krishnan marah terhadap kerajaan Barisan Nasional...

Dan kemarahan membuak-buak inilah yang mendorongnya meletakkan selipar di atas wajah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di satu poster semasa membuat protes terkini terhadap pemotongan subsidi bahan api di luar bangunan Parlimen minggu lalu.

"Kehadiran saya hari itu tidak ada kena mengena dengan pemotongan subsidi. Saya marah dengan kerajaan, mereka melakukan sesuatu yang salah, mereka menyalahguna undang-undang kerana mereka tidak memahaminya, mereka menjadi bahan lawak dunia, dan saya mahu mereka tahu itu," kata Krishnan kepada The Malaysian Insider di Kuala Lumpur minggu ini.

Kisah Krishnan adalah cerita tentang kekecewaan terhadap sistem penyampaian awam yang dialami golongan berpendapatan rendah sepertinya.

Beliau bergantung kepada pembayaran Perkeso untuk hidup, mengalami kecederaan di tempat kerja, dan tinggal di rumah kos rendah awam di mana suasananya memeritkan.

Gambar dia memegang selipar di atas muka Najib dalam poster itu diterbitkan di Facebook melalui laman "Friends of BN - Barisan Nasional".

Kerana tindakan itu, bekas pengendali kren berusia 56 tahun itu ditahan.

Tetapi ia bukan kali pertama. Dia membuat tindakan yang sama bulan Mei lalu ekoran kerosakan pada flat kos rendahnya, dan berkata akan melakukannya sekali lagi.

"Saya melakukannya berkali-kali sebelum ini dan saya sudahpun ditahan kerananya, tetapi saya akan melakukannya sekali lagi dan sekali lagi sehingga mereka dapat mesej bahawa kita ingin dilayan sama rata sebagai warganegara," kata Krishnan.

Penangkapan terbarunya pada 11 Oktober, tiga hari setelah protes anti kenaikan harga minyak dibuat di luar Parlimen. Putrajaya mengurangkan subsidi minyak pada 2 Oktober, menaikkan harga petrol RON95 dan diesel sebanyak 20 sen seliter.

Krishnan ditahan lebih 24 jam kerana polis mahu menyiasatnya atas penghinaan yang disengajakan dengan niat membuat provokasi terhadap keamanan dan ugutan jenayah. Dia kemudian dibebaskan dengan jaminan polis.

Kisah kekecewaannya terhadap Putrajaya bermula sejak zaman kanak-kanak lagi, dia seorang yang tidak bernegara, dilucutkan kewarganegaraan, sehingga umur 12 tahun.

Sejak itu, setiap sedikit "kesalahan" atau "ketidakadilan" oleh Putrajaya memberi kesan mendalam terhadap Krishnan, yang lahir di Kajang, Selangor, termasuk fakta bahawa dia disenaraikan sebagai "keturunan India" dalam dokumen rasminya.

"Mengapa saya 'keturunan India'? Saya tidak dilahirkan di India.

"Saya mahu dikenali sebagai keturunan bangsa Malaysia, saya orang Malaysia," katanya yang fasih bercakap dalam Bahasa Melayu. Baca sterusnya...

It's BN policies that cost Chinese votes...

DAP supremo Lim Kit Siang today said that it was ‘shocking’ that Prime Minister Najib Abdul Razak could claim that the Chinese votes fell dramatically during the last general election because they believe the ‘lies’ about the 40,000 Bangladeshi phantom voters.

“It is to the credit of the Gerakan delegates that they laughed at Najib’s tall tale as it is not only unbelievable, but reflects a shallowness which does not befit a prime minister,” said Lim in a statement today.

Lim then told MCA and Gerakan ministers to convince Najib to be consistent to the cause of moderation in national policies, starting with the prosecution of (Perkasa president) Ibrahim Ali.

“Can MCA and Gerakan ministers dismiss Najib’s claim (about the Bangladeshi phantom voters) and admit it was because of disillusionment of the Malaysian voters over a whole spectrum of BN government policies which caused Najib to be the prime minister of a minority government?”

Meanwhile, the Gelang Patah MP added that Najib’s (left) claim that BN rejects extremism has "no traction" and is "incapable" of making any impact.

This is especially since there was a "glaring" contradiction in Najib’s declaration with the immunity from prosecution enjoyed by Ibrahim over his threat to burn the Malay-language bible, said Lim.

“What is worse, no minister from either the MCA or Gerakan had dared to speak up to demand that Ibrahim Ali should be prosecuted for his threat to burn the Malay-language bible.

As such, Lim said this was Najib’s ‘greatest disservice’ within 48 hours after Malaysia’s election as a non-permanent member of the United Nation Security Council (UNSC).

Commenting on Najib who had outlined five areas of priority for the country to push in the UNSC, Lim opines that the country should add a sixth priority, which is to advance moderation domestically in Malaysia.

“Otherwise, its campaign to advance moderation globally is dead even before it could get off the launching pad.” - mk


Dear YAB Dato’ Seri,

You say that the Chinese votes fell during GE13 because Chinese voters believed “lies” about Bangladeshi phantom voters.

Actually they hate your party and want Umno dead and BN buried.


Why do you still keep giving excuses and deluding yourself?


They tsunami-ed you, remember? - helen ang


KERAjaan 'gila' melarang penggunaan Kalimah Allah di Semenanjung (utk bukan Islam) TAPI di Sabah Sarawak dibenarkan pula...

Photo: ADAKAH BENAR.. RM45 untuk satu hidangan nasi lemak MAS?
Harga sebiji telur yang dibeli oleh MAS pada harga RM8?
TELUR APA semahal itu, TELUR BURUNG UNTA KA?

Seorang kakitangan syarikat penerbangan itu mendakwa, MAS bukan tidak boleh menyediakan sajian yang lebih baik tetapi TIDAK MAMPU.

"Kalau hendak tahu nasi lemak yang dihidangkan dalam pesawat MAS berharga RM45," dakwa kakitangan itu kepada MalaysiaGazette yang bertanyakan mengenai sajian nasi lemak itu.

Wartawan dan jurugambar MalaysiaGazette diberikan sajian nasi lemak itu ketika dalam penerbangan ke Kuala Lumpur dari Amsterdam baru-baru ini.

Kakitangan MAS itu memberitahu, sajian nasi lemak sering dipertikaikan khususnya oleh penumpang tempatan, lantaran itu mereka lebih suka menawarkan roti dan omelette sahaja, selain rasanya lebih enak.

"Sejujurnya kalau ada penumpang yang tanya mana yang sedap, saya akan cadangkan penumpang memilih omelette.

"Kalau beri nasi lemak kepada penumpang yang cerewet, macam-macam yang tidak puas hati dengan hidangan itu," tambahnya.

Malah, beliau mendakwa, harga sebiji telur yang dibeli oleh MAS pada harga RM8.

Tambah kakitangan itu, kalau awal tahun ini, hanya nasi lemak, telur dan sambal ikan bilis tetapi sekarang ditingkatkan dengan sambal udang, telur serta ikan bilis dan kacang.

"Itu sahaja kemampuan MAS yang ada," katanya.

Sementara itu, sumber dalaman MAS ketika diminta mengulas harga makanan yang sangat tinggi terpaksa dibeli oleh MAS, beliau berkata: " Ia adalah salah satu faktor kakitangan MAS marah dengan penjualan MASCatering dulu.

"Tapi siapa yang mahu mendengar rayuan kakitangan MAS, sekarang inilah akibatnya," jawabnya ringkas.


cheers.

No comments: