22 October 2014

Diwali, Isu kpg. di P.Pinang & Chong Wei gagal ujian dadah...


Pulau Pinang ada 55 buah kampung bakal dilanda pembangunan...

Bendahari PAS Pulau Pinang, Iszuree Ibrahim kini telah berdiam diri setelah menimbulkan kontroversi beberapa minggu yang lalu, apabila beliau dilaporkan menuduh kerajaan pimpinan DAP Pulau Pinang sebagai terlalu akrab dengan pemaju-pemaju, sehingga mengabaikan nasib penduduk setinggan.

Namun Iszuree menyatakan bahawa ucapannya itu pada muktamar tahunan PAS, telah dilaporkan secara tidak tepat.

Apa yang mencetuskannya adalah dia dilaporkan mendakwa bahawa kerajaan negeri itu pro-pemaju, apabila ia melibatkan pembangunan.

Dan dasar-dasarnya tidak lebih baik daripada dasar-dasar Barisan Nasional yang menguasai Pulau Mutiara itu sejak 55 tahun sebelum itu.

Apabila masalah itu seolah-olah makin menyebabkan keruncingan di antara PAS dan kerajaan pimpinan DAP itu, kini jalan buntu muncul – sikap berdiam diri secara elegan.

Atau mungkin ianya tenang sebelum ribut.

Kerana kenyataannya, Iszuree telah dilucutkan dari jawatan jawatankuasanya sebagai ahli Majlis Perbandaran Pulau Pinang.


Kampung Melayu Batu Uban

Tetapi tidak dapat dinafikan bahawa beliau telah kembali mengenengahkan isu setinggan di negeri yang memiliki tanah yang terhad itu.

Bagi mempertahankan dirinya, Iszuree juga menyatakan kepada hadirin yang menghadiri sebuah ceramah PAS baru-baru ini bahawa "mereka yang berkuasa perlu lebih mendengar rakyat.” 

Sentimen yang diucapkan Iszuree ini turut dikongsi sesetengah pihak di sini.

Beliau mungkin benar bahawa pemimpin-pemimpin perlu lebih banyak mendengar dan bukan hanya mengajar, dan yang kedua, nasib setinggan perlu diteliti semula di seluruh negara.

Dan ia perlu dilakukan dengan bantuan daripada kerajaan persekutuan.

Para pemimpin-pemimpin kita mesti mengetahui bahawa satu-satunya cara untuk kekal berada di atas adalah untuk memastikan bahawa mereka yang di bawah, berada kukuh di sebalik mereka.

Oleh itu, mereka perlu berusaha keras untuk memenuhi keperluan mereka yang berada di bawah, ramai daripada mereka adalah penduduk kampung yang telah diklasifikasikan sebagai setinggan, tetapi mereka mempunyai hak untuk mendapat perlindungan. 

Pada kiraan terakhir, Umno Pulau Pinang mendakwa bahawa terdapat kira-kira 55 buah kampung di negeri ini yang bakal dilanda pembangunan, dan apabila dan jika ini berlaku, akan berlakunya ledakan setinggan.

Kira-kira 7,000 buah keluarga bakal menjadi mangsa – kira-kira 35,000 orang penduduk setinggan di negeri ini.

UMNO mungkin membesar-besarkan angka ini, mungkin demi kepentingan politik, tetapi Pulau Pinang mempunyai jumlah setinggan yang tinggi.


Kampung Melayu Tanjong Tokong

Isu setinggan tertua yang diketahui adalah di Tanjong Tokong, yang dahulunya merupakan sebuah kampung nelayan di sini.

Realitinya adalah penduduk setinggan tidak berada dalam kedudukan yang sesuai untuk keluar dari rumah-rumah yang nenek moyang mereka telah bina. Dan jika adanya pampasan, ia perlu adil dengan mengambil kira status kewangan mereka yang bakal diusir.

Pemimpin yang tergesa-gesa dalam memerintah cenderung mengabaikan seni mendengarkan, terutamanya ketika mereka sedang dibebani dengan isu-isu.

Peguam-peguam Yusmadi Yusoff, Jason Ong Khan Lee dan S Raveentharan, kesemuanya mempunyai kes-kes yang melibatkan setinggan.

Mereka juga mempunyai suatu persamaan lain – kesemua mereka adalah bekas wakil rakyat PKR. 

Mereka menyeru supaya adanya semakan semula terhadap Kanun Tanah Negara yang menguruskan perjanjian tanah, termasuk yang memberi kesan terhadap koloni-koloni setinggan; untuk mencari keseimbangan antara keperluan pembangunan dan keperluan untuk memelihara kampung-kampung tradisional.

Kita berharap supaya pemimpin-pemimpin, yang mempunyai kuasa untuk mengubah keadaan, sedang mendengar. - Ian McIntyre,theantdaily

Time for a re-look into the plight of squatters

Citernya sini dan sini 

<i>Illustration: John Shakespeare</i>


cheers.

No comments: