15 January 2014

Pengerusi SPR kecut teloq bila disuruh letak jawatan...


Selepas diminta letak jawatan, pengerusi SPR ajak pemimpin UMNO berbincang...

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof mengajak pemimpin Umno yang tidak berpuas hati dengan badan itu agar berdialog dengan mereka.

Abdul Aziz mempertahankan diri dengan berkata, mereka tidak dipengaruhi oleh mana-mana parti politik seperti yang didakwa.

Abdul Aziz berkata demikian sebagai mengulas desakan pemimpin Umno, Datuk Saifudin Abdullah yang meminta beliau dan rakan-rakannya dalam SPR melepaskan jawatan untuk membolehkan mereka yang lebih berintergriti memimpin badan itu.

Abdul Aziz ketika dihubungi The Malaysian Insider berkata, SPR bersedia mengadakan perbincangan bagi memperbetul segala dakwaan bekas timbalan menteri pengajian tinggi itu bagaimanapun ia memadai sekiranya pertemuan diadakan secara tertutup dan bukan melalui dialog terbuka.

"Seperti yang sedia maklum badan ini ditubuhkan sebagai suruhanjaya bebas untuk melaksanakan tiga tanggungawab utama seperti termaktub dalam perlembagaan persekutuan dan ia bukan untuk membantu mana-mana parti politik  menang dalam pilihan raya.

"Saya harap beliau (Saifuddin) bersabar dan saya sedia berbincang untuk mengetahui fakta dakwaan tersebut  dan beliau boleh berjumpa saya di SPR," katanya kepada The Malaysia Insider melalui sistem pesanan whatsapp.

Saifudin terdahulu dalam kenyataannya mendesak  ahli  SPR untuk meletakkan jawatan berikutan kencenderungan badan itu membantu Barisan Nasional (BN) memenangi pilihan raya.

Saifuddin yang berkata demikian dalam satu forum malam tadi mendakwa negara memerlukan  pengerusi SPR berpendirian bebas memandangkan keyakinan awam terhadap badan itu semakin menurun.

"Kita memerlukan sesaorang yang tekun, bebas dan seorang yang tidak bercakap bagi pihak BN. Awak tidak membantu BN sebenarnya," kata Saifudin.

Menjawab mengenai pendirian Pakatan Rakyat (PR) yang menolak pensempadanan semula kawasan pilihan raya sekiranya dikendalikan ahli SPR sedia ada, Abdul Aziz berkata, badan itu hanya menjalankan tanggungjawab mengikut undang-undang.

"Saya rasa elok mereka baca dan faham betul-betul mengenai Perlembagaan Persekutuan kerana SPR hanya menjalankan tanggungjawab," katanya.

Dalam forum malam tadi, Pengerusi Bersih 2.0, Marina Chin juga mendesak agar semua ahli SPR  diberhentikan dan akan bertindak melancarkan petisyen untuk membuat tuntutan itu dan diserahkan kepada Yang di-Pertuan Agong.

Bersih 2.0 turut memutuskan  persempadanan semula kawasan pilihan raya yang sedang dilaksanakan dihentikan oleh SPR sehingga masalah berkaitan dengannya diselesaikan.

Kenyataan itu datang ketika pendedahan kontroversi bekas pemimpin SPR, Tan Sri Rashid Abdul Rahman yang berkata persempadanan semula dibuat untuk mempastikan sesetengah pihak kekal berkuasa.

Sebelum ini, Abdul Aziz berkata, PR perlu menyokong persempadanan semula kawasan pilihan raya kerana ia untuk kebaikan semua pihak termasuk mereka.

Kali terakhir persempadanan semula dilakukan adalah pada 2003.

Proses itu pernah dijalankan pada 1958, 1974, 1984 dan 1994. Semua persempadanan semula dilaksanakan dalam tempoh 10 tahun kecuali antara 1958 dan 1974 (16 tahun) dan 1994 hingga 2003 (9 tahun).

Setiap kali pilihan raya umum diadakan selepas persempadanan semula, pencapaian BN akan melonjak dalam pilihan raya tersebut. Antaranya pilihan raya 1986, 1995 dan 2004.

Tiada persempadanan semula dibuat menjelang pilihan raya 2013 kerana BN tidak mempunyai majoriti 2/3 untuk meminda perlembagaan.- tmi



Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Yusof ajak pemimpin Umno berdialog dengan SPR. Gambar fail.


Ex-Minister Saifuddin Abdullah urges EC's resignation and Election Commission calls Saifuddin for dialogue...

Stung by calls for the removal of its office-bearers, the Election Commission (EC) has invited unhappy Umno leaders to have dialogue with them.

In defending itself against claims of partiality, EC chairman Tan Sri Abdul Aziz Yusof (pic) said the commission was not influenced by any political parties as claimed.

He said the commission is ready to have discussions with its critics such as Umno's Datuk Saifuddin Abdullah but it should be a closed-door session instead of an open dialogue.

"The EC is independent and it is entrusted to implement three main responsibilities as prescribed under the Federal Constitution. It does not help any political parties to win any elections.

"I hope Saifuddin is patient and I am ready to have discussions with him. He can see me at the EC office," he told The Malaysian Insider through a text message.

At an election forum last night, Saifuddin had joined the chorus of calls calling for the removal of Abdul Aziz.

Saifuddin had said there was a need for a new EC chairman, who was impartial, in the wake of the public’s loss of confidence in the commission.

"We need someone who is passionate, independent and who does not say things on behalf of BN," he said, referring to the ruling coalition Barisan Nasional.

"You are not helping BN anyway," he had said.

On the rejection by Pakatan Rakyat on EC's plan for redelineation, Abdul Aziz stressed the commission is just conducting its duties according to the laws.

"I think they should read and truly understand the Federal Constitution because the EC is just doing its job," he said.

Newly elected chairperson of electoral reform coalition Bersih 2.0 Maria Chin Abdullah had called for the removal of all EC members, citing loss of confidence.

She had said a petition drive would be launched to be delivered to the Yang di-Pertuan Agong.

The statement came in the wake of an admission by former EC chairman Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman that past redelineation exercises were designed to keep certain parties in power.

Abdul Rashid led the EC in managing six out of the 13 general elections, as well as four redelineation exercises. The last redelineation exercise was conducted in 2003. It was previously done in 1958, 1974, 1984 and 1994.

The performance of BN in the general election improved after every redelineation exercise, among them in the 1986, 1995 and 2004 national polls.

There was no redelineation done before the 13th general election because BN did not have the two-thirds majority to amend it. – tmi



Pastikan anda tidak memakan kangkung sebelum membaca puisi ini kerana anda akan terus kekangkungan...


cheers.

No comments: